Appetizer and Cry

Sejak bila ntah, si kecik ni mula berminat SANGAT dengan frozen dessert yg satu ni. 

Semalam balik dari taska, kami duduk-duduk bertiga sambil layan cerita Kiteretsu sebelum drama Tiramisu start. Mula-mula si kecik ni mintak biskut. Bangun la si mama yg dh berat macam lori ni menuju ke almari dapur dan bagi dia sekeping biskut Oreo. Of course la bagi jugak kt si kakak. Dan of course lagi sekali, masuk jugak dalam mulut mama dia sekeping ..Acara wajib, mana boleh tertinggal.

Abes separuh biskut, dia letak kt lantai. Memang peel tak penah nk perabis makanan. Even lolipop or gula-gula mentos pon dia buat mcm tu. Gigit sikit, pastu bagi mama or campak ke lantai..Haiyakkk!!!

Mintak keropok ikan plak. Adegan si mama besar bangun skali lagi berulang. Aku amek je terus sebalang keropok ikan dh siap goreng tu, letak depan dia. Ambek jugak sebalang kuih amplang sekali. Hah hambek ko, semua mama letak depan mata so mama takyah nk bangun 40kali lagi dah.

Sempat la sampai azan magrib, si kecik ni diam melayan toys dan keropok. Mama bangun utk solat magrib dan lepas tu bersedia nk bertukang kt dapur. 

Bila nampak je mama masuk dapur, terus dia merengek mintak bukakkan pintu fridge. OK, mama bukak. Dia scan seluruh isi peti ais tu. Memang salah satu hobi lepak depan fridge. Sejuk kot..tu yg dia suka tu. 

Lantak korang la. Yang pasti dorang berdua ni mmg tak usik la bekas-bekas cili dan bawang yg dh siap blender. So tak risau sangat. Tak sempat lagi mama siapkan juadah simple utk hari ni, dia dh mula buat perangai. Menangis dan mintak dukung. Ada benda yg dia carik dalam fridge tu, dia tak jumpa. Menangis dan menangis. Mama ni dh rasa tensen tahap gaban dah. Kuali tak sempat basuh lagi. Buat bodo je dgn si kecik yg kuat berpaut kat kaki sambil teruskan basuh kuali.

Abes je keje kt dapur, aku ajak dorang berdua makan. Si kecik beria menggeleng. Ku offer susu, dia geleng jugak. Offer segala macam gula-gula dan keropok pon dia geleng gak. Memang rasa nk je bagi sedas. 

Dia tarik tangan mama ke fridge lagi sekali. Dah bukakkan pintu, dia scan peti ais tu, dan sambung menangis. Mama pon bukak la pulak pintu belah atas, tunjuk yg ada cuma haiwan belaka ~bak kata mamasue~

Tak puas hati jugak. 

At last, dia tunjuk bekas biru ni,
Laaaaa..nk ice cream ke????? 

Aku ceduk ice cream bagi sorang secawan kt dua beradik ni. Tak boleh bagi byk-byk sebab hingus tengah meleleh. Ralit la diorang makan. Lepas tu ajak makan nasik, terus OK je, Makan dengan banyak..
 
Punya la penat menangis semata-mata nakkan ice cream. Tu la sapa suruh tak pandai cakap lagi..hahahahha!!

Sorry la dik, mama ni mmg tak cukup master lagi bahasa isyarat dan bahasa kanak-kanak :D





5 words from u:

mamasue said...

hahahaha...sian adik.sian kt mommalydzar gak,mmg pyh kan,kene try n error apa benda yg buat diorg ni nangis...tak lama lg mamasue pulak laaaa

Iela Fazielah said...

alahai.. cian... nak watcamne... mmg tau tak ckp la mama....haha... mcm irfan gak... nangis guling2.. xhingat... rupa2nyer nak berak sakit perut sgt2... mama dia dah hangin satu bdn sbb xleh nak trace ape mslhnyer... huhu

makdara TERdiva said...

ahad lepas pun kami anak-beranak makan eskrem secara berjemaah..memang heaven even batuk masih menyisa.. :)

Atia Adina said...

alahai ciannya dia...nak makan aiskrim rupanya...nasib baik mama dia sabar....

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

mcm tu la kita ni liza.. baru nak landing bontot, sorg order ni.. lps tu sambung sorg lagi.. non stop.. kes mama x paham ni pun sama la.. esp si adini.. ntah apa2 nangis, x tau nak ape.. serba x kena.. lin dengar je, buat mcm dengar lagu ct.. hahah

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®