Asek-asek cerita personal je published kt blog ni kan?
Hehe..aku bukan takmo masukkan cerita-cerita general mcm cerita footballer terhangat abad ini, gossip artis atau pon kenaikan minyak RON97..suka jugak. Sesekali terselit jugak apa..Tapi selalunya lebih excited nak cerita pasal hal sendiri je kt blog ni. Takpa la kot kan.. :P
So hari ni, satu lagi cerita peribadi adalah pasal tajuk kt atas nun.
Sebelum tu, meh aku habaq mai kt hangpa semua. Semalam 4hb Januari 2011 adalah my 1st anniversary dengan kompeni aku, PBJV Group Sdn Bhd. Pejam celik pejam celik pejam lagi..dah setahun dah.
Aku tak dapat meramalkan berapa anniversary aku bakal berada kt sini. Maklumla, kita mesti la mencarik sesuatu yg lebih baik utk diri kita kan. Kalau ada yg offer lebih baik, takkan la aku takmo grab peluang itu..Lain la kalau aku kerja gomen, kompom aku akan menghamba abdikan diri aku sampai ke tua kt situ je.
Meh pakat ramai-ramai wish aku "HAPPY ANNIVERSARY!!!!!"
Bersempena tahun baru dan anniversary, kami di IT Unit PBJV telah pon terpaksa berpisah. Berpisah kerana aku dan Zul dah dapat work station sendiri. Sepanjang setahun yg lalu, kami bersempit-sempit dalam bilik IT.
Share 1 meja dgn immediate bos kami.
Hihi ngeri kan, share meja dgn bos. Siap mengadap hari-hari lagi.
Hehe ! Tak la, immediate bos aku tu baik orangnya. Kami pon sebaya. Mana ada dia marah-marah or paksa-paksa or bebel-bebel.. Sangat considerate dan boleh dibawa berbincang. Tu yg untungnya bos lelaki ni kan.. :)
Actually bukan la sebab tahun baru kami dapat workstation ni. Cuma sebab proses renovation office yg sedang berjalan since 2 bulan lepas telah membolehkan staff yg duduk workstation ni berpindah ke bilik dia sendiri. So bila dia berpindah tempat, dapat la kami merampas tahta dia pulak. Immediate bos kami pulak duduk la sorang-sorang dalam bilik IT tu, sambil menjaga segala jenis barang-barang IT :)
Dari jauh - L shape working table |
Dekat sikit..cuma ada laptop dan notebook saje. Simple abes! |
Baru request personal stationery setelah setahun kerja kt sini..selama ni share je |
Nak tayang sket tempat baru aku. Masih kosong lagi. Tengah berpikir-pikir apa nk buat dengan workstation aku ni..Paling penting mesti la nk letak gambar aku anak-beranak.
23 words from u:
puas ke mengadap laptop tu, aku memang tak puas kerja kalo tak pakai pc..
mamasue suke lg work station yg kosong.bila2 stress tu,tak la rasa sesak nafas sgt.tp,bilik ofis yg mamasue dpt,sekangkang kera lg besar kot...mmg sesak
azam tahun baru ni pun nak menghias bilik bagi bernyawa sket..hehe
wow..dah setahun u keje kat situ ye..hepi anniversary dear...
best la workstation baru u tu...nampak sunyi jer...boleh BW banyak2...hehehe...
happy 1st anniversary lydzar..kerja rajin2 kay..hehe
wow, tahun baru dpt new work station juga
bestnye, lagi semangat la nak bekerja kan...n hepi aniverseri again to u Lydzar, hehehe...
kami kat opis ni....meja masing2 penuh dengan sourviner orang bagi....
waa, baru le semangat nak keje kan..happy 1st anniversary lydzar..keje rajin-rajin..leh dapat pekerja cemerlang..
epi anniversary ea... setahun dah.... wah best dah ada w/station sendiri.,. leh gntung mcm2 kat situ.. tmpat akak gak crowded ngan kertas..
@e.l.i.s.s.m.i.e dh bertahun, since 2005 lagi dh takdek jodoh ngn PC..so mmg selesa je even dgn laptop :)
@mamasue td ada opismet cakap, eh ni mcm workstation orang laki je, kosong sangat..hahaha
@amirah mari mari mari!
@wahida actually mmg dekat ngn laluan orang jugak, cuma ada partition yg agak tinggi..
@ayu tq ayu :)
@eMMe TQ emme!
@Atia Adina kawan-kawan kt sini pon dok gantung byk keychain souvenier orang bagi..nice deco apa :D
@Nordiana Nordin huhu pekerja cemerlang eh..kalau kt kompeni ni, yg dapat tu adalah orang yg boleh generate income/sale utk opis je kot..
@Iela Fazielah cadang nk gantung n lekat jugak. but simple one saje laaa..
dapat workstation baru seronoknya
bercerita ttg personal mmg santai..leh ilangkan stress
nak2 lagi leh benda baru cam lydzar
sure rsa semangat je nak keje kan
ehehe
kemasnyer workstation, kalau tgk workstation liza mmg pengsan
gambar anak beranak wajib wooo....
i loike ur workstation, like mine....mende2 penting jek ade.. :)
Post a Comment