Memulakan Penyusuan Ibu

Sekarang ni perasaan sangat membuak-buak nk menyambut kelahiran our 3rd bundle of joy..Haa kau..berbundle-bundle sampai dh nombor 3 dah..hahaha!! 

Weekend baru ni, dh berjaya setelkan kerja cuci-cuci baju, mitten n booties, towel, selimut, napkin dan yg seumpama dengannya. Bila tengok semua yg tergantung kt ampaian tu, rasa bahagia menyelinap seluruh anggota badan. Tambah seronok bila Hannah dan Hadif pon sama-sama enjoy tengok baju-baju comel.

"Mama, ni baju baby kan?? " soal Hannah berulang kali. Dia pon tak sabar nk tengok baby keluar agaknya.

Selain perasaan bahagia tengok pakaian tu semua, perasaan tak sabar nk memulakan perjalanan penyusuan pon sama berlumba-lumba nk join sekaki.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu untuk kita kongsikan dan manfaatkan bersama; 



Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin -kaedah rooming in bersama baby adalah cara paling tepat utk berjaya dalam misi penyusuan-
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa -jangan kecewa andai si anak lebih suka tidur dari menyusu diawal kelahiran. Kejutkan dan beri galakan padanya-
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu -minta izin dari pelawat jika sudah sampai masa utk menyusu. Rakan dan ahli keluarga tentu boleh memahami keinginan utk menyusukan bayi itu-
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama. -mungkin ada sedikit masalah timbul jika anda berpantang bersama anak-anak lain yg turut memerlukan perhatian, cuma pastikan ada orang lain di sisi yang boleh membantu dan pastikan anda dapat rehat yg cukup-
  • Jangan guna nipple artificial -boleh menyebabkan nipple confusion-
  •  
  • Menyusu ‘on demand’. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan. -boleh expect penyusuan setiap 1 atau 2jam dari newborn baby. Jika bayi mudah tertidur, si ibu digalakkan mengepam menggunakan breastump yg sesuai bertujuan mengosongkan payudara-
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang. -ketidakselesaan boleh mengundang perasaan stress pada si ibu-
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi -posisi yg betul agar anda dan bayi selesa sepanjang penyusuan-
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda -posisi yg betul boleh membantu bayi anda latch dengan betul dan dapat mengurangkan risiko sore nipple-
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.

Credit info to : AlamHamil.com


pssst : tulisan biru tu, serba sedikit ulasan aku yer..

7 words from u:

Anonymous said...

mamasue yg dah lama tinggalkan BF ni bukannya excited,takut lg ada lah....harap2 kali ni tak luka2 lg...

eija_sweetmama said...

hehehe..btol2 tu mmg teruja kan nak timang baby lagi..w/pun bkn yg pertama..

lepas ni sesi b/f kembali lagi la ye..good luck ok.:)

alinalan said...

seronok kan buat preparation utk bersalin sbb ada anak2 lain akan bertanya & insist kata dia punyer...

tip penyusuan... teringat masa dulu2 b4 bersalin.. Semoga dipermudahkan perjalanan lydzar juga nnti. AMin!

Unknown said...

@mamasue mamasue kena prepare krim bepanthen siap-siap la..sbb sore nipple ni susah nk agak boleh jadi ke tak kan..

Unknown said...

@EiJa ZaQuaN tq eija..sama2 la kita bf anak2 bukan anak pertama kita nihh hehehe

Unknown said...

@Momma Mia terima kasih..doadoakan selalu yer..semoga rezeki HM Jr semurah rezeki dzakirah :)

ayukhairy said...

dear, moga2 dipermudahkan penyusuan susu ibu kali ni ye.dah ada pengalaman kan?? enjoy ye nanti...pssttt....tiba2 rasa teringin plak nak memulakan penyusuan semula ni..huhu...almaklum la, danial dah 1 thn 3 bulan, menyusu pun tak la kuat macam awal2 dulu..ala2 main pun ada...^_^

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®