Family visit

Selamat hari Jumaat!!

Semalam aku hilang sehari tak update blog sebab aku on leave. Jumaat lepas kan tetiba je ditabalkan as public holiday ~sempena kemenangan Malaysia Piala AFF Suzuki~ so cuti Jumaat lepas aku transfer kan ke hari semalam. 

Merangkap sekali utk melayan tetamu yg datang ke rumah. My parents, abang dan adik bongsuku datang bertandang. Kalau ikutkan, hari ni pon nk cuti lagi, tp ada sesi appraisal la pulak. Terpaksa la meninggalkan mereka kt rumah saje. 

Berkesempatan bawak dorang makan dekat D'Arab Cafe dan meronda-ronda i-City. Hannah yg terover excited. Nenek dengan mama tak larat nk pusing-pusing dah. Duduk je dekat bench yg disediakan kt sana. Nenek sakit kaki, mama pulak sakit pinggang..Nasib baik la papa ada melayan kerenah anak dara excited tu, dan adik-adikku pon ada sekali jadi tukang dukung Hadif secara bergilir-gilir.

Gambar?? Takdek..sebab memori card tertinggal dalam SD/MMC card slot kt laptop. Haih! Asal ke iCity je, mesti kamera buat hal..hihi tuan dia actually..1st time dulu, bateri kong. This time, memory card plak tertinggal.

Oklah, lapar dan mengantuk bergabung menjadi satu ni. Idea pon dh abes...daaaaaaaaaaaaa

14 words from u:

Anonymous said...

eh!bestnye blh carry2 frwd plak cuti piala AFF tu...

wahida said...

alaaaa, nak gambar makanan kat D'Arab Cafe..x kira..nak jugak!! pegi makan lg sekali...hehehe...

Unknown said...

@mamasue mesti la boleh mamasue.. :D

Unknown said...

@wahida wahida belanja la..nnt kami prepare kamera siap-siap hehehe

Mek Rose said...

bes kan entertain family yg dtg sekali sekala..ehehe

tuan dia la tu eh..bkn kamera yg salah..:-p

gunela hp mek lydzar..ngeee

amirah said...

ehem ehem appraisal..review gaji baru kah? teringin beno nak gi i-city..bilala dpt peluang agaknya..ermm

Iela Fazielah said...

bestnyer mak dtg rmh.... mesti riuh rendah kan...

Eliss said...

D'Arab Cafe? aku kurang gemar makan situ :p kalo abu cafe lagi sedap.

Atia Adina said...

ruginya tak pat amik gambar....hubby ad...gambar yang penting....gi ICT sbb nak bergambar kat lampu2 tu

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- hakhak of kos la tuan dia yg salah..kamera hp tak cukup canggih laa..gelap punya gambar tu nnt

Unknown said...

@amirah review prestasi..review gaji sekali kottttt!

tp kan i-city tu rasa mcm kureng je skg ni. kena tunggu ada apa2 pesta or celebration kot baru meriah

Unknown said...

@Iela Fazielah seronok! tp kejap sgt la dia datang

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.e Abu cafe kt mana pulak?

Unknown said...

@Atia Adina tu la..papa hannah dh perli2 dah. asal dtg icity je, mesti problem ngn kamera

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®