hari ni last day kerja for this week.
esok adalah cuti Hari Wesak. Walaupon aku tak menyambutnya, tp aku tetap happy menantikan Hari Wesak sebab esok kompom adalah public holiday yang aku nanti-nanti.
Too bad, tahun ni public holiday byk yg jatuh hari sabtu. So no extra cuti. Boring!~ Dahla ada lagi sebulan tempoh probation kt sini. Tak bleh sukak-sukak hati mau amek leave, kalo tak sesaje je gaji kurang sebab HR note it as unpaid leave. Cepat la bulan 7. Dengan segera aku mau amek cuti sempena hari keputerian Yang Berbahagia Yang Teramat Mulia dan Jelita Lady Lydzar pada 9 July..kwang kwang kwang tahun bila pulak naik darjat nih!~
Ok ok, kalut dan melalut.
Setelah hampir 1/2tahun aku tak jejakkan kaki ke tanah tumpahnya darahku, eh! aku tak lahir kt sana la. IC aku xxxx-10-xxxx la iaitu Selangor. Tp tanah itu adalah tempat aku dibesarkan.
Bebudak sekolah, bebudak universiti pon ada cuti semester. Aku yg mak budak ni, apsal la takdek cuti semester utk diluangkan dan pulang ke kampung eh! Adakah aku mak budak yg lupa daratan?
Tak la, jangan tuduh aku sebegitu. Aku tak balik kampung diatas beberapa sebab musabab ok.
Yang pertama : 3bulan pertama 2010, aku masih PJJ dengan Abg. Setiap minggu abg berulang-alik ke sini. So agak susah aku nk ajak dia balik Pahang sebab dia mesti penat dengan perjalanan tanpa henti mcm tu. Logik ni alasan ni.
Yang kedua : Aku masih dalam probation period. Tiada entitlement utk amek Annual Leave. Kalau amek advance leave, cuti tu akan bertukar jadi unpaid leave. Rugi wooo. Gaji dah la tak besar punya. So kalau terpotong barang seratus tu pon dh terasa sengkeknya.
Yang ketiga : Sejak Abg dah dapat bersekedudukan, word tak boleh blah!~ dengan kami. Dia asek bz dengan migrationnya, dengan outstationnya..isk isk, memang tempias bz dia tu turut terkena pada kami.
So salah dia la aku tak balik kampung kot.Haha! Heppppp..tak baik tuding jari kt orang.
Apepon, masanya telah tiba, semua alasan tu aku boleh letak tepi bila ada public holiday tetiba menjelma.
Lalalalala lalalalalaaaa....hati ku hepi..hip hip horay!
1 words from u:
yeay..cuti...
Post a Comment