SAYU hati ku

Aku cuma sayu, aku bukan sentap..

Apabila melihat seorang newborn baby yg kurang 2 minggu umurnya diberi minum air masak melalui botol oleh neneknya..

Sebagai seorang yg pro-breastfeeding, aku sayu apabila melihat seorang baby itu diberi air selain susu ibunya. Sayu juga bila melihat sebelah botol air masak, adalah sebotol air susu formula yg telah siap dibancuh.

Bayi yang menyusu susu ibu TIDAK perlu minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu kerana:
  • susu ibu mengandungi cukup air dan zat untuk bayi
  • pemberian air atau makanan lain akan menyebabkan bayi kurang menyusu susu ibu
  • bayi yang menyusu susu ibu tiada masalah sembelit (kecuali faktor pemakanan ibu)
dipetik dari blog Kak Fid

Mungkin kerana baby itu adalah baby susu formula, maka ibunya tidak ralat utk memberikan air masak (byk jugak kuantitinya yg aku tengok).

Bila aku cuba buka topik susu ibu dgn ibu si baby, si ibu membalas :

" Saya nk hantar dia kt pengasuh nanti, takut pengasuh cakap kita ni byk songeh pulak"
Owh begitu? 

Alhamdulillah, pengasuh Hadif kt taska tak pernah komplen lagi pasal penyusuan dia.

Menyusahkan pengasuh ke agaknya, kalau setiap botol yg hendak diminum telah disiapkan sukatannya oleh si ibu? Pengasuh cuma perlu meletak penutup berputing dan memasukkan botol susu tu ke dalam warmer/air suam utk menghangatkannya sebelum diberi kepada baby.

Aku tak berani nk ber'ceramah' lebih lanjut bila dapat respon dan negative feedback dari si ibu. Itu pilihan dia. Dan juga mungkin mitos si nenek.

Teringat jugak dengan conversation bersama seorang ex-officemate aku. Dia adalah si BAPA.
Begitu berazam dan nekad meminta si isteri menyusukan anak mereka secara beristiqamah. Dibelikan si isteri set pump yg canggih (Spectra3 extravaganza adalah sudah cukup canggih dan membantu aku), dibelikan makanan tambahan supaya si isteri dapat memberikan susu ibu yg penuh khasiat, dibantu isteri dengan kerja-kerja rumah dsb yg aku kira adalah satu contoh BAPA MITHALI.

Tp akhirnya dia kecewa. Si isteri minta dibelikan susu formula utk si anak. Alasan. Dia PENAT. Penat utk menyusukan si anak secara exclusive. Si suami cuba pujuk lagi  si isteri supaya bersabar dan meneruskan penyusuan kerana dia cukup berbangga dengan para ibu lain yg mampu menyusukan anak-anak mereka walaupun si ibu itu berkerja.

Si isteri tetap dengan keputusannya. Mahu mencampur susu formula dan susunya. Dan kalah si suami dgn alasan isteri. Bagi aku, kasihan si baby. Ibunya tidak kuat semangat walaupon ayahnya memberi sepenuh sokongan. Bukan semua ibu mendapat sokongan moral dan fizikal yg kuat dari suaminya bila berkaitan breastfeeding. Sungguh rugi wanita itu..isk isk!

Apa-apa pon, aku menyeru sahabat-sahabat yg membaca entry ini. 
Jika anda adalah 1st time momma, tanamkan semangat utk breastfeed anak anda kerana terdapat sejuta kebaikan susu ibu.
Jika anda sedang mengandung 2nd, 3rd, 4th junior dan pernah gagal breastfeed ur previous kids, tak apa. Jangan pandang belakang. Tanamkan semangat utk breastfeed anak dalam kandungan anda itu.. Carilah ilmu breastfeeding sampai negeri China. Insya allah anda akan berjaya


*my fully-breastfeed baby*


 




10 words from u:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

kita nie dah cuba mcm2 tetap tak berjaya fully bf .. usaha dah usaha tp alah yg tentukan .. bkn awal2 dah surrender

Unknown said...

diana : alhamdulillah, kalau dh sepenuh daya usahakan utk breastfeed, itu takpa. yg kita sedihkan, org yg awal2 surrender..tak tengok lg cemana kemampuan dia, terus kata takmau kan..kesian kt baby la

btw, congrates utk awk. next baby boleh cuba utk fully breastfeed lg kan..usaha tak pernah habis :)

Ad said...

huhuhu...sedihnya kalo citer pasal breastfeed ni...anak saya tak nak langsung...puas paksa...dia nak gak botol susu...2nd baby ni...harap2 nak lah...

Unknown said...

Ad: mayb dia dh kenal teat botol terlalu awal. so dia jd nipple confusion. tu pasal takmo direct breastfeed dah.
Ada byk masa utk yg 2nd nih, gali lg ilmu breastfeeding byk2 ok..
kenalkan puting botol at least umur dia sebulan kalau takdak keadaan mendesak, dan kalau dia takmo direct breastfeed, boleh pump and bg thru cup/bottle

Anonymous said...

aku suka je bf baby...selain bagus utk baby mcm momma lydzar ckp,blh gak menghilangkan lelemak yg tegar

Unknown said...

yer yer..ubat kurus yg mujarab :D

Iela Fazielah said...

mmg kesian tgk ibu2 yg xkuat hati nak bf anak2 dia.. tp mostly kita tgk pasal mitos dr nanny n mommy dia la... 1 lg pasal xde supportive dr hubby or org sekeliling dismping ilmu yg agak cetek...

tp kan bab kurus tu er... mcm xde kesan pun.. tp maybe sbb kak ila mmg mkn byk kot!! tu sbb makin berisi je.. hehehe...

Unknown said...

kak ila, hmm betul la apa kak ila cakap tu. Kekadang kita anggap breastfeed ni senang mcm petik jari. Tu yg ramai gak tersungkur depan formula milk..

yg penting mmg keazaman tinggi si ibu n support dari org sekeliling.

hah said...

bila citer pasal bf ni...sedey teringatkan anak 1st. Masa tu tak cukup kuat + jahil dlm ilmu bf. Utk anak 2nd ni mmg nekad nak fully bf.

Maesan said...

Hasrat saya utk bf secara esklusif anak pertama dulu terbantut masa dalam tempoh pantang lagi sebab dapat tau mak bapa mertua bagi air masak dan susu formula pada anak dengan alasan anak xcukup kenyang. Sedih sangat2 masa tu, nak bangkang pun suami xada disisi dan ipar duai pulak xbagi sokongan. Sekarang, anak kedua alhamdulillah dan Insyaallah saya nak bf sampai umurnya 2 tahun

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®