Mengapa susu merudum?

Terima kasih Kak Fid kerana telah membuat entry bertajuk seperti diatas. Hari tu memang ada request kak fid buat entry macam ni, tak tau la memang dibuat kerana permintaan aku atau memang kak fid memang dh plan nk buat entry ni..


So aku nk ulas sket situasi aku dengan entry Mengapa Susu Merudum yg kak fid dh buat tu..kira mcm check list lah dan juga problem identification. So mari aku check mana yg kena..

Mengapa hasil perahan kita tiba tiba merudum?
Mula mula kita periksa.check dulu..sama ada…(antaranya laa)

1. adakah anda hamil?
- Jika hamil ada terdapat kes susu ibu berkurang kerana ‘hormon hamil’ itu sendiri
adakala susu ada tapi rasa tak sedap..masin dan sebagainya…

owh saya tidak hamil. saya belum bersedia juga utk itu :P

2. adakah terdapat demand?atau adakah demand berkurangan?kerana supply on demand adalah apa yang otak kita tahu…jika ada demand adalah hasilnya
- Kalau anak dah amakn solid food..adakah dia akan krang menyusu amak badan kita akan memberi tindak balas sejajar dengan kehendak si peminum…maka kalau nak maintain kita kena tingkatkan sesi memerah…

demand memang ada kerana saya bertandem nursing. sekejap melayan demand si kakak, sekejap lagi layan demand si adik. maka pada pendapat saya, demand saya adalah sgt tinggi. terutama ketika tidur malam. saya tidak pernah dpt tidur lena kerana demand dari mereka. sekejap saya ke kanan, sekejap saya ke kiri

3. adakah latching menyusukan secara direct betul?
- setiap kali anak menyusu..adakah dia berada dalam posisi yang betul??tummy to tummy..perut anak ngadap/bertemu perut ibu…dagu anak menyentuh payudara ibu…areola dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut ibu(tapi bagi kes area areola besar tidaklah logik hendak dimasukkan semuanyaaa)..kita dapat mendengar anak menelan dan anak tidak meragam…

anak-anak saya ada posisi faveret mereka tersendiri. sambil duduk, sambil mengiring, sambil tertonggeng dan sebagainya. dari segi latching, saya rasa mereka tak punya problem. saya juga dapat dengar si adik menelan dengan baik ketika dia menyusu sambil berbaring.

4. adakah cara perahan kita betul??
- kena check cara kita perah…kalau guna pam..adakah pam digunakan dengan betul

insya allah cara penggunaan pam saya adalah betul dan benar belaka. Selama hampir 2 tahun penggunaan (termasuk zaman si kakak), saya tiada masalah besar dgn pam itu.
 5. adakah kita stress?ada masalah??dibelenggu keresahan?
- kerja hormon ni memang ada kaitan dengan emosi…gembirakan ada hormon gembira..hormon cinta pun sama..rasa makin LOVE jika bahagia….tenangkan fikiran…

stress terlampau tidak ada. cuma sesekali stress menguruskan rumahtangga :) adakah ia memberi kesan yg besar?

6. adakah kita terlalu sibuk sehinggakan mengabaikan sesi perahan?
Kalau ibu bekerja…perkara ini tidak boleh dipandang remeh…
kena ada jadual waktu memerah….dan kena follow barulah susu tak merudum…

saya tidak terlalu sibuk di tempat kerja. saya mengepam 4kali dalam masa 8jam diopis. alhamdulillah. tp hasil kutipan saya setiap sesi hanyalah 3oz sahaja. sgt berbeza dengan waktu dulu. saya boleh dapat 5-6oz setiap sesi. dan dulu saya mengepam 3 kali sahaja. walaupon sesi telah ditingkatkan ke 4 kali selama lebih sebulan, hasil masih begitu.

apa kata anda??adakah anda mengalami masalah susu merudum??adakah antara yang saya sebut ‘kena’ dengan anda?

saya pon tak tau la ape yg tak kena dengan saya. stok susu adalah sgt nazak. 3botol x 3oz sahaja yg ada dalam peti ais saya. Consumption anak saya buat masa ni adalah 3oz x 4 botol sehari. Utk umurnya yang dh mencecah setahun saya selalu berperasaan ia sebenarnya adalah tidak cukup. Walaubaaimanapun syukur, pengasuhnya di taska belum pernah komplen mengatakan dia tidak cukup susu kerana dia suka makan dan  minum air masak. Mungkin sebab itu pengasuh tak pernah komplen.

Weekend saya cuba juga utk mengepam, tp setelah direct feeding session yg terlalu byk dari mereka, saya tidak mendapat apa-apa hasil pumping itu..sedih
Power pumping ada juga saya cuba dirumah, tapi masih belum konsisten.. selalu terganggu dengan anak-anak. dan kalau dh lewat malam, saya pula tak terlarat nak berjaga lagi.

Semoga ujian ini dapat saya atasi..doa-doakan la yer

3 words from u:

Eliss said...

bagusnya fully bf.me menyusu waktu bdn time kat rumah ajer.bad me :(

Fid said...

gambare
insya Allah
kuatkan semangat pasti berjaya cheewaahhhhh

Unknown said...

e.l.i.s.s.m.i.e : tu azam saya utk fully bf my 2nd baby dan seterusnya selepas azam masa anak pertama tak berjaya..awk pon boleh je fully-breastfeed ur next-next babies nnt..
hehe

kak fid : chayo2!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®