Kalau dah sakit, sila la pergi klinik

Merujuk entry ini, batuk aku masih berlarutan. Siap hilang suara seperti dalam entry ini.

Yang bestnya, Hannah tak dapat la dengar mama dia menjerit marah sebab suara tak keluar. Dan yg tak bestnya, aku batuk sampai menjangkit ke sakit lidah. Mayb ada infection daripada batuk tu. So reseptor rasa pon ala-ala tidak berfungsi. Nasib baik weekend Abg takdek kt rumah, sebab aku masak pon tak tau la ape rasanya, Masin ka, manis ka..yg pasti pedas je dapat aku rasa. Anak-anak? Nasib la..tp aku tengok Hannah dgn Hadif berselera je makan nasik dgn sup ayam+sayur tu..

Masa lunch semalam, aku dengan rasa terpaksa je makan jugak sampai habis nasi yg aku tapau tu. Kalo tak makan, nnt lapar pulak. Ada lagi 2 sesi milking utk petang, kalau tak makan, kompom aku menggigil lepas pumping nnt. So abiskan jugak la juadah tengahari tu walaupon menelan tanpa sensasi dan kepedihan kt lidah.

So semalam, lepas kerja aku pon pergi la klinik. Dah la masuk lambat - 10.15am, balik pulak selamba jer balik awal macam biasa - 6.05pm..hehe pekerja berdedikasi kan..
Aku singgah klinik An Nisa dekat Subang Galaksi. Sebelum ni, kalau pergi klinik area tu, kami pergi Klinik Alam Medik. Tp petang semalam terasa nk try g Klinik An Nisa ni plak. Disamping nk jumpa doktor pasal batuk, aku nk tanya pasal family planning jugak kt doktor tu. I expect the doctor will be a lady doctor. Kt Alam Medik, doktornya lelaki kalau petang-petang gini.

*aku g klinik An-Nisa yg logonya begini *

Masuk je klinik, prosedur macam biasa la, registration. Bagi IC then tunggu.

Tak ramai patient hari ni. Tunggu beberapa minit, dah dipanggil..ingatkan dah kena jumpa doktor. Impressive, cepat sungguh servis nya..Rupa-rupanya, ada prosedur utk amek body temperature, heart beat and blood pressure. Lepas tu kena tunggu semula kt luar.

Aku rasa mcm impress jugak la dgn prosedur tu..Boleh gitu? Sebab seingat aku, akan ada prosedur mcm ni kalau aku pegi utk check up mengandung jer. Kalo pergi klinik General Practitioner (GP) setakat utk demam dan batuk ni tak pernah lagi la aku go through prosedur mcm ni. 

Dah terasa klinik ni best dah.

Then sampai la turn aku jumpa doktor. Ok, true..its a lady doctor. Pakai mask lagi. Precaution utk gejala H1N1 yg kembali melanda la kot..Dia pon diagnose based on result temperature and BP aku tadi. Normal katanya. Tak da demam. Then dia pon check yg berkaitan dgn batuk aku plak. Overall aku puas hati dengan cara dia check dan explain. Best. 

Lepas abes tu, aku pon mintak consultation dengan dia pasal family planning. 
(Abg dh bagi hint suruh pregnant lagi, tapi aku belum ready, that's why mintak consultation doktor ni)
Since aku tak sesuai dengan kaedah pil perancang, dia suggest aku pakai IUCD. Dia cerita la pro and cons semua. While aku pon mmg ada sket knowledge based on my reading dan cerita kawan-kawan. Nk pasang IUCD, dia advise buat 1 or 2 day before period habis.Tp utk pasang, doktor mintak aku buat appointment as early as my first menstrual day.  So dia boleh prepare and ready for my only case that day. Dia kata dia tak prefer kerja secara pressure disebabkan oleh ramainya waiting patient kt luar.. Aku pon angguk paham. So kalau nk buat prosedur tu, kena tunggu next month la since semalam tu dh kira terlalu lewat utk aku buat appointment. Hari ni dah last day period..

Ok, total bill adalah RM39. Dapat ubat batuk herba, antibiotik, ubat sakit tekak dan Zecuff utk sakit tekak jugak.

So malam tu lepas diner, aku pon telan la ubat-ubat itu. Pagi ni, sakit lidah dh hilang. Alhamdulillah. Batuk, mayb take one day or two.

5 words from u:

Kancilbiru said...

pegi klinik an-nisa mana? selalu saya pegi annisa sek7.. walaupun dah pindah pinggiran usj, mmg selalu nk p klinik tu jugak..

Unknown said...

Klinik an-nisa kt Subang Galaksi kt U5 ni..Dia ada byk cawangan kan..yg kt tempat-tempat lain sy tak penah pegi lagi..bagus rupanya klinik ni kan? :)

Iela Fazielah said...

ish.. lydzar nak ngandung lg ke... biar la rest 2-3 thn.. at least cr masa spend utk anak2 membesar dulu, gi jln2... nnt br pregnent lg... umor pun muda lg kan... ni nasihat je.. kak ila pun nak tunggu lg 3 thn lg br nak pregnt blk.. hehe

Unknown said...

kak ila, saya kalo boleh takmo la peknen lagi..mmg nk buat yg mcm kak ila advise tu la..bagi badan rehat, minda rehat dulu kan.. tp kawan akak tu la, cepat sgt nk suruh sy peknen lagi...

Iela Fazielah said...

isy... bkn sume dia suruh kita kena ikut.... yg baik ikut la.. tp bkn pregnent tu xbaik.. baik.. tp bg badan rest dulu ok... gi pasang je diam2... huhu... kita yg huru hara jg anak n buat sume bkn dia yg rasa pun... :D....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®