Pegi Shopping

erita Yang Kedua : Kami telah menerjah Warehouse Sale Toys r Us pada hari Sabtu setelah berjaya membodek Abg ..hehe gembira hati ku.

Sampai Plaza Hamodal, Subang Jaya lebih kurang pukul 11pagi. Mula-mula agak frust sebab dok GPS kan adress tu, asek dapat error. GPS kata (pandainya dia berkata-kata), dia tak kenal adress tu. Memang rasa nak angin satu badan. Mula la nk mengunderestimate telepon Abg yg konon-konon canggih tp tak dapat membantu ketika keadaan memerlukan. So instead of masukkan address, Abg suggest aku search jer nama Plaza Hamodal tu. Setelah beberapa ketika, rupanya nama bangunan ni register as Plaza Halmodal. Patut laaa tak jumpa-jumpa!!


So hasil tangkapan berupa 2 bag plastik sahaja. Anak-anak buah pon dapat habuan jugak. Alhamdulillah, sempena birthday Hadif ni, Hadif yg buat giveaway ..tp utk sepupu-sepapat dia jer la hehe!




Utk Hadif, semua toys yg berwarna kuning..utk hannah, seorang Barbie sahaja :) Rattle belakang tu utk newborn baby, kawan papa baru dapat anak katanya. Utk sepupu sepapat yg bertiga, dah siap kasik dorang. So tak dapat amek gambar.

Jadilah, mama korang ni bukan pengecop duit nk beli macam-macam penuh satu umah walaupon sgt byk toys yg mengujakan mama korang..dia yg excited terlebih.. So sila ucapkan terima kasih kt mama dgn papa yg telah bocor poketnya ini..

Lepas perabis duit, lepak kt rumah MIL kt Kajang.  Dah abes lunch-free dan bersantai-santai, baring melepas lelah, pegi rumah kakak aku pulak, kt Kajang jugak. Sesi ziarah menziarahi. Lama tak jumpa dorang walaupon duduk tak la sejauh mana pon.

Destinasi seterusnya adalah Jusco Taman Equine. Sesi aku pulak perabis duit laki hihihi..
Dia dh janji nak beli baju utk sesi photoshoot dgn MyKhalish next week dan belanja makan sempena Mother's Day. Last week, time real mother's day dia kan kt Kuching. So belated celebration pon berbaloi-baloi juga..

Layan gambar :

*Adik jaga kakak tgh tido*

 tengah tunggu papa siap solat maghrib

*happy jer jagakan locker*

*diner @Resepi Rahsia*

 *concentrate la sgt ngn henpon dia tu*

*strawberry milkshake + mixed fruit yogurt shake*
ini je sempat di snap, the foods dah selamat kena NGAP once it arrive the table

*toche dear for the baju n the diner*
*Muahxssss 23kali..*

Habis makan, kami pun pulang kepangkal jalan..





4 words from u:

Eliss said...

wah syoknya shooping.x pernah berkesempatan pergi mana2 Warehouse Sale..huhuhu

Unknown said...

elis, ni pon my 1st time pegi warehouse sale haha..mmg eksaited..tumpang cik abg tgh sporting kan, kalo tak, mmmg melangut jer la kt website shopppingnsales tu..

Kancilbiru said...

nasib baik pulang ke pangkal jalan..kalau pulang ke tempat shopping camna? hehe

Unknown said...

niza, jangan la disuruh kembali ke tempat shopping, alamatnya minggu ni ngn minggu depan makan biskut ajer laaa

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®