Kepulangan

Abg dah balik.

Malam tadi pergi amek dia kt Uitm. Kesian pulak nk suruh balik naik motor jer, sebab dia beli beg besar kt Langkawi..susah nk bawak naik motor. Since beg-beg sedia ada kt umah tu mostly rodanya dah rosak. So memang elok sgt la dia beli beg besar kt sana. Lagipon esok, dah nk outstation lagi.

Pengembaraan yg mencabar dengan dua beradik ni. Car seat dah angkut naik atas. Malas pulak aku nk bawak turun. Susah. Nak dukung hadif lagi, nk angkat carseat lagi. Tak terdaya aku. Nak tinggalkan dorang kt atas or kt kereta sementara aku angkut car seat adalah sesuatu yg bahaya (macamla time aku drive sambil pangku hadif tu tak bahaya..kan?) Harap-harap takdek abg polis baca entry ni :D

So memula aku dudukkan dua beradik ni kt passenger seat, pastu pakainkan seat belt. Awal-awal tu ok la. Hadif pon boleh duduk bersandar sambil peluk bantal. Baru je melepasi guard house apartment aku, dia dh mula nk berdiri. Adeh..haru macam ni. Masa aku naik bumper, dia tak balance dan terjatuh. Nasib baik la kt lantai passenger seat tu aku letakkan small mobile trolley (tempat aku angkut segala-mala beg aku dan anak-anak)..so tidak la hadif terus tergolek di lantai kereta..iskiskisk..but stil, dia terhantuk kt troli tu.

Aku kasik signal ketepi, terus masukkan dia dalam sling yg memang aku siap-siap pakai time nk masuk kereta tadi. As expected la, hadif takkan nk duduk dendiam punya. So terus baringkan dan sumbat nenen. Dah agak-agak stabil, aku boleh gerakkan tangan kanan aku sket, aku pon mula drive semula. Hannah ok, dia diam je sambil sembang-sembang ngn aku. Cuma bila dia rasa 'eh lamanya, napa belum sampai-sampai ni' dia boleh pulak nk nenen jugak. Kena la guna segala idea nk pujuk supaya dia boleh bersabar..

Dialog-dialog bersama hannah. Masa ni, hadif dah dibuai mimpi dah..

Hannah : Mama, nk nenen..
Aku : Ala..kan mama tengah drive. Tunggu kita sampai dulu la. Nnt papa drive, mama duduk belakang ngn hannah, baru hannah boleh nenen ye
Hannah : Ok

Hannah : Mama jom kita pegi sane (sambil tunjuk area apartment yg meriah dengan lampu, dia ingat shopping complex la tu)
Aku : Ermm kita pegi amek papa dulu la, baru best. Nnt mama boleh dukung adik, papa boleh dukung hannah. Baru best pegi jalan ramai-ramai. Kalo kita pegi 3 orang je, takdek sapa nk dukung hannah. Penat..
Hannah : Ok

Kesimpulan dari dialog-dialog tu adalah never say NO to Hannah but give her reasons. Kalau terus kata, takpayah, tak boleh, kompom dan dan tu gak dia tarik muka dan menangis. Macam tu jugak bila aku tinggikan suara, lagi tinggi suara dia dari suara aku. So kena la cakap slow-slow, cakap sayang blabla..baru la dia terima. Tp kadang-kadang bila cakap slow-slow-pon-tak-guna maka high pitching jugak la yg aku bagi sambil sedas dua 'hadiah' kt tapak kaki..huhuhu

Sampai kt pintu belakang Uitm, aku bgtau hannah kita nk pegi opis papa. Seronok dia tengok lampu-lampu yg menerangi bangunan dan jalan dlm Uitm ni. Bila stereng bertukar tangan, sesi berkenalan dgn opis papa pon bermula. Dari menara turun kebawah menghala keluar, hannah sibuk bertanya.

Hannah : Mama tu apa? (Tunjuk menara SAAS)
Aku : Itu la opis papa. Papa kerja kt sini.

Hannah : Mama yang tu? (Tunjuk Library PTAR1)
Aku : Yang tu library
Hannah : Bukanlah mama..tu opis papa la..
Aku : Oo ye ke..hannah lagi terrer ek..ok la tu opis papa (iyekan ajer la)

Hannah : Mama tu ape? (Tunjuk Fakulti opposite kolej Cempaka/Kenanga)
Aku : Yang ni, mama tak tau la fakulti ape. Tak ingat..
Hannah : Bukan la mama ni..tu opis papa laaaaaaa
Aku : (Layaaaan..) ok tu opis papa jugak kan..

Hannah : (Soklan sama je) Mama tu ape?
Aku : Ni kolej Seroja.
Hannah : BUKAN! ni opis papa laa..
Aku : (lantak la labu) semua ni opis papa ke? Rajinnya papa kerja kt tempat besar macam ni.

Begitula seterusnya..sampaikan masjid besar Shah Alam tu pon dia nk kata opis papa. Tp yang ni aku tak iyekan, aku cakap jugak la, itu masjid. Tempat solat. Dia boleh absorb pulak dah..

Before balik rumah, p tapau nasik jap kt kedai. Lapar..

Naik atas, terus letak Hadif dalam bilik while yg lain lepak depan tv sambil dengar cerita Langkawi Abg. Sambil membongkar ape yg ada dalam beg besar dia bawak balik tu. Coklat, ikan bilis, kain batik dan tak lupa barang-barang hotel yg diangkutnya balik huhuhu..itu jer! (mana set pinggan mangkuk,periuk belanga, perfume harum semerbak dan sebagainya..aku lupa nk pesan ke)
Lagi satu tak dilupakan, baju-baju kotor dia la. Terus bawak baju-baju tu ke belakang, campakkan dalam washing machine. Kena basuh terus, Khamis nk outstation lagi (kes wardrobe tak penuh dengan baju berjalan)

Dan makan. Makan pon kena rush sebab hannah dah mula tunjuk simptom mengantuk-sangat-sampai-nak-mengamuk. Dan sambil tidokan hannah, mak dia ni pon tido jugak la. Tak dan nk layan cerita-cerita Langkawi abg lagi dah. Esok je la kita sambung yer..

p/s no 1: ada opismet bgtau, dia ada promotion trip ke Bandung rm500 merangkumi byk benda, tp kena deposit 3months earlier..mcm best je kan. Agak-agak hasben-perasan-muda aku tu (apa kaitan?)  bagi tak aku pegi.. 
TERINGIN nya..

p/s no 2: TERINGIN??? mengidam ke? hahaha nnt aku sambung next entry


3 words from u:

Iela Fazielah said...

alahai lydzar... mmg xleh drive dgn anak kecik mcm hadif tu.. irfan pun sepeel gak... pasal gi bandung tu... kak ila pun gi gak bandung ikut trip opis buat.. gi ngan irfan je bln Jun ni.. papa n piqah xikut..hahaha. puas pujuk tau baru dpt, belanja gi tanggung sendiri...

Unknown said...

kak ila : mmg bahaya pon. tp nk buat macammana kan, dok car seat pon dia berdiri jugak. papa kt sane, nk kena fetch jugak. kalo ada sedara mara dok dekat nk tumpangkan dia ok gak la..ni takdek laa

huhu best nya g makan angin. saya ni kalo dapat pujuk pon, tak tau lagi lepas g ke tak..sebab byk faktor la..duit, anak-anak, cuti tak entitle lagi huhuhu..verangan ajer laah

Iela Fazielah said...

xpe.... tunggu anak2 besor... keje dah steady... money dah steady...boleh ajak Din n anak2 gi jln2... akak pun sbb ada side income mengajar tu yg leh soping n jln2 tu... harap lakiku.... mmg xmerasa... huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®