Kisah Sebelum dan selepas lunch

Sebelum lunch time tadi, ada trip kt opis. Bukan trip berjalan-jalan makan angin tu, tp electrical trip.



kahkahkah siap Thesaurus lagi..

Memang semenjak dua menjak ni, asek trip ajer..Memang ada wiring problem pon. Bila nk setel. Nnt aku tanya maintenance department. So masa trip ni la..lampu kt level 2 padam, internet down, server down..ape lagi nk down? Mood aku pon down jugak sebab of koz la tak boleh bloghopping :P

Since time trip tadi tinggal setengah jam je lagi nk lunch time (1pm), maka semua orang pon telah men'trip'kan mood kerja mereka. 2 ITmate aku pon dh mula beransur membawa haluan lunch break time mereka. Aku terkebil-kebil gak la sorang-sorang dlm bilik gelap ni. Apa nk buat ek? 

So aku pon decide la utk ke RHB Bank Cawangan Kota Damansara kt belakang opis aku ni.
Sebab ke bank adalah utk mengeluarkan wang dari ATM dan memasukkannya kedalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020. 
Utk pengetahuan, aku adalah bendahari pada Persatuan Keluarga En Rusman b Diron (bapak aku la tu). Ahli-ahlinya pula adalah anak-anak dan cucu-cucu, dan mungkin cicit-cicitnya nnt..Kami adik beradik sepakat utk mengumpulkan dana utk buat Family Day suatu hari nanti. Projek mengumpul dana ni dah berlangsung sejak tahun 2008 lagi. Tergendala sekejap collection masa aku bergelar penganggur selama setahun yg lalu. Dan collection kembali aktif setelah aku diterima bekerja disini. Memandangkan collection tak lah berapa nk byk, RM50/family maka collection tu takdek la byk sangat up to today :P tak pa, lambat lagi family day tu. Kena tunggu adik bongsu aku abes SPM dulu hujung tahun ni. Baru la syok nk bawak dorang p jenjalan.

Flashback sket, last week aku keluarkan duit RM200 dari ATM kt RHB tu. Sekali bila dh sampai rumah, baru aku perasan yg salah satu not RM50 tu terkoyak dihujungnya sampai tak nampak tulisan 50 kt tepi tu. Lupa plak nk snap gambar dia. Dari hari jumaat tu lagi aku dok ragu-ragu, boleh guna ke tak duit ni..sampai kekadang jadi tensen sebab dapat duit koyak...Aku kompom kalo nk belanja kt kedai or kt pasar tani, dorang mesti reject note tu. So takpe, aku simpan dulu. Worst case aku try je bank in balik duit tu masuk akaun. Mungkinkah diterima oleh ATM machine??

So tadi masa tengah keluarkan duit kt ATM, timbul idea utk aku masukkan je duit tu dalam ASW. Lepas siap-siap isi borang, aku pegi la amek nombor. Aku terus tanya dgn brother yg ada kt situ, Dia staf RHB lah.

Aku : Abg, kalau saya nk bank in duit ni kt sini, diterima tak? Saya amek duit ni kt ATM RHB ni la last week.. (sambil tunjuk note RM50 tu)

Brother itu : Ermmm tak pasti la saya. Tp adik ada resit tak? Sebagai bukti keluar kt sini.

huh aku ni kalo kuarkan duit kt ATM selain Maybank, selalu malas nk amek resit dia. Sebabnya takdek pon tunjuk baki dan menyemak je bila simpan dalam purse. 

Aku : Takdek kot..
Brother itu : Kalo ada resit lagi senang la dik..

Ok kau tak membantu apa-apa nmpaknya. 

Aku : Ok tak per lah bang..

Aku pon berlalu ke kaunter. Sebab no aku dh tertera kt skrin QMS tu. 

Aku bagi buku ASW aku dan tanya plak ngn abang kt kaunter tu soklan yg sama berkaitan dengan not RM50 aku. Dia ambil buku dan duit tu, lepas tu tanya kt akak kt meja belakang dia. Officer dia kot. Akak tu angguk. Ok lega aku. So proses menyimpan duit pon berlangsung dengan jayanya. Aku tak risau-risau lagi duit tu tak laku dibelanjakan. RM50 tu..saje je la kalo tak boleh dibelanja kt memana kedai kan..rugi jer..

aku wonder jugak la, bank-bank seantero malaya ni tak check dulu ke notes yg terkoyak ke terselotep ke tertukar warna ke, tertukar tekstur ke (ade ke?) before letak dalam ATM mechine tu ek? Aku rasa macam satu kes penganiayaan jer kalo customer dapat notes yg tak eligible utk dibelanjakan kt kedai/pasaraya/hypermarket..sebab kekadang memang ada kedai yg memilih sket notes-notes yg dorang terima kan..

Then aku g menapak ke depan Klinik Alpha tu nak tapau nasik.

Itu kisah SEBELUM lunch..

Kisah SELEPAS lunch pulak..

Macam biasa, kol 2.30pm adalah my milking time. Aku dgn mood lalalaalalalala pegi la kt surau. Masuk, duduk, setting up flanges dan on switch tu. 

To my surprise, takdek pape bunyi pon dari pump Spectra3 aku. Dan aku jugak tak dapat rasa suction from the breast shield.

Ah sudahhh!! Apsal plak ni?? Rosak ke Spectra3 aku..panik sekejap.
 Masa ni la terlintas, ruginya aku takdek spare pump..Siyes rasa nak nangis..Aku cuba bawak bertenang, dan pikir ape nk buat.

1st, aku terpikir nk pergi pump kt library. Tetiba aku ternampak hair dryer kak zila ada kt rak tepi cermin tu. Terlintas idea nk test dulu hair dryer tu kt soket yg biasanya aku plug in Spectra3 aku. Ok test dulu la..result, hair dryer pon tak berfungsi.

Perhhhgg ada sedikit kelegaan disitu. Maknanya bukan problem dengan Spectra3 aku kot. Aku dok carik-carik jugak kot-kot ada soket lain dalam surau tu. Alhamdulillah, bila aku berdiri tegak jer, ternampak la aku soket lain separas mata aku kt tepi suis lampu/aircond tu..Aku test dulu soket tu dgn hair dryer tadi..ok boleh on..lega berganda..takyah la aku keluar g pump kt library. Aku pon mulakan milking session seperti biasa. Tp soket agak tinggi la. Lantak la labu, yg penting boleh pump utk stok esok.

Memang menggelabah la kalo kes-kes mcm ni jadi kan. Sebab kt fridge aku memang stok frozen ada 3 botol je, itu pon tak dapat memenuhi keperluan harian Hadif. Aku memang bebetul pump today for tomorrow's use. Kalo la pape jadi kt aku, dan ada samting yang tak membolehkan aku mengepam..mmg sangat kesian kt Hadif. Kemungkinan besar terpaksa top up dengan formula. Kritikal sungguh rasanya. Memang tengah zaman kemelesetan hasil tenusu sekarang ni. 

Kena carik cara lagi utk up kan semula production. Sekarang ni aku tgh try pil Habbatussauda keluaran HPA pulak. So far belum ada positive improvement. Usaha terakhir nanti, aku ingat nk mintak ubat kt doctor kot.

Ok habis pumping, aku nk g simpan dekat fridge pulak. Bukak je peti ais tu, tak rasa kesejukan yg sepatutnya. Aku check kt dalam, rupanya lampu pon padam. Meaning, peti ais juga mengalami masalah soket. Dengan segera la aku basuh flanges dan botol tadi, then simpan balik dalam beg. Lepas tu terus aku pegi tanya dengan Zaharin (Maintenance) pasal soket tu. Part ni kena tanya terus. Zaharin check situ-situ-sane-sini, then soket pon kembali menyala..lega lagi..alhamdulillah 
Begitulah ceritera Puan Lydzar di opis hari ini. Adegan cemas dan menduga akal berakhir dengan sesuatu yang baik.



0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®