Suami saya

Suara dah bertukar kepada serak-serak sebab batuk semalam. Nak bercakap pon mcm seronok jer sebab suara dh lain..boleh gitu haha! 

Alhamdulillah, batuk tak teruk. Setelah beberapa sudu ubat batuk Hurix aku telan. Tidur pon tak terganggu dengan batuk, sekadar terganggu dengan permintaan anak-anak yg lapar nk nenen..biasa dah tu..

Hari ni hari jumaat. Aku pakai jubah pegi kerja. Nampak sopan jer, chewah!
Jubah ni jubah lama, Beli zaman-zaman anak dara dulu. Masih boleh dipakai walaupon status dah bertukar kepada mak dara hehe. Best best..
Teringat dulu, zaman sekolah. Memang ada musim kami budak-budak perempuan berjubah beramai-ramai pergi prep malam ngn prep pagi Ahad. Senang pakai jubah masa tu, nk gosok pon sekaligus jer. Sebab baju ngn kain kan bersambung sekali..sekali zasss je iron dari atas sampai bawah, pastu siap!!

Kalau ada orang pergi jenjalan makan angin mana-mana kan, pastu dia cakap kat korang 

"Takde nk pesan apa-apa kan? "

Itu tandanya dia memang taknak bagi kita buat pesanan lah kan? Sebab baru je bertanya tetiba je dia tau jawapan. Actually bukan bagi pilihan tapi lebih kepada menentukan. Betul tak?
Haha..hampes je orang itu kan. 
Orang itu adalah suami aku la. Pegi Langkawi pon cakap gitu. Pegi Sabah pon cakap gitu.
Takut sangat duit dia abes kalau si isteri misali dia ni buat pesanan. Ceh!

Tapi aku takkan pesan samting itu masa dia cakap 'takdek ape ape nk pesan kan?'
Sebaliknya aku akan tetibe telepon dia kalo rasa-rasa waktu itu adalah waktu senggang dan waktu dia berjalan-jalan kt sana. Haaa..masa tu baru la bgtau "eh nnt abg belikan coklat cadburry blabla 2-3bar ek..eh abg tolong beli kuih cincin sket..nnt boleh bawak blk opis"
hahaha padan muka ko..kena la jugak belikan kan..Kedekut lagi!

Apa nk buat esok ek? Mesti boring giler dok kt rumah je walaupon amat byk kerja rumah nk disiapkan..



1 words from u:

Iela Fazielah said...

gi jln2.... bw anak bertiga mcm kak ilah slalu buat.. kalau hubby xde la.. dok je terperap kat rmh mmg boring u!! mcm kak ilah ni paling dekat gi jusco dpn rmh tu ha...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®