Ok, aku tau aku OVER.
Ini entry ketiga utk hari ni. Sungguh tegar kan? Haha!!
Nak buat cemana, mcm ada byk jer cerita best kan..terpaksa la jugak aku entrykan.
Opis aku ni, PBJV memang setiap bulan akan celebrate birthday staff. Celebrate ikut bulan kelahiran la. So sesapa yg lahir pada bulan tersebut akan dapat la hadiah beday, makan kek, makan free. Bab makan kek ngn makan free, semua staf pon dapat laa..
Aku tak penah tau pulak apa yg dorang dapat. Mayb some kind of office punya souvenier la kot. Kita tunggu bulan July nnt, tengok ape aku dapat.
Biasanya sempena birthday gathering ni, kami akan buat tazkirah ringkas, solat jemaah zohor dan solat hajat beramai-ramai kt lobi opis. Of koz la beramai-ramai sebab dan namanya jemaah. Takkan jemaah sorang-sorang kot :P Diketuai oleh Ustaz jemputan yg selalu mengajar fardhu ain kt sini.
Lepas solat zohor dan solat hajat, baru la dimulakan azara potong kek, bagi hadiah dan melahap makan beramai-ramai. Makan pon berjemaah jugak ler.
*jemaah hajah di PBJV*
*kak wani, yun, yours truly, ayu, kak liza*
Gediks berjemaah dalam surau sebelum turun lobi.
*acara sedang berlangsung*
Semua khusyuk tawadhu' dengar tazkirah dari ustaz. Ada jugak yg tertidur masa tazkirah ringkas nihh. Alahaaai!
Abes solat, kaum wanita sopan bertelekung tadi, naik atas semula utk mengenakan mekap dan tudung semula. Yang lelaki pulak ada yg melepak kt tepi, ada yg tolong kemas carpet dan set up meja utk potong kek pulak.
Kami hoo-haa kt atas beberapa ketika. Terlepas la momen memotong kek. Takpe, part tu tak penting. Yang lebih penting adalah part mengambil kek dan makanan saje.
*the foods*
Nasi berlauk ayam masak lemak, ikan sambal merah, telur masin, dan sambal belacan. Actually ada lagi makanan lain. Buah-buahan, ulam, kuih muih dan jugak air sirap bandung soda. Tak dan nk amek gambar. Lapar lapar..
*Makan!! Makan!!*
Macam biasa la, pantry kt bawah tak muat nk tampung semua orang makan disitu. Jadi kami pun angkut segala makanan tu naik ke atas. Makan sambil potpetpopet mcm biasa lah..
Makan sampai tercungap-cungap mengah <-- ni kes Eila si makyung berbaju biru tu, makan sampai kenyang, makan sampai licin haha!!
2 words from u:
wah bestnyer... mcm opis akak pun sama.. every month ada celebrate bday, potong kek n bg kad pd stf ms perjumpaan bulanan.. tp solat jemaat tu xde.. tp bestnyer dpt jemaah bersama2..
best kan bila ada benda2 mcm ni kt opis. at least selain bekerja, ukhuwah fillah kita sesama opismet akan lebih erat. kala dpt hadiah beday like rm100 ke, rasa lg nk sayang kt bos kan :P
Post a Comment