Email | Cara Menghapus Lipas.

Lipas..YUCKSSS!!

Salah satu makhluk allah yang aku geli..Hannah pon dh join geli plus takut ngn lipas sebab selalu tengok mama dia melompat atau berlari bila terserempak dgn lipas.
Allergik sungguh. Kat rumah sewa kami memang ada kawanan lipas. Macam la dorang bayar sewa, bayar bil api air sekali ngn aku. Hampes betul!

Kt Subang ok lagi sebab dok tingkat 5. Dulu time sewa kt Penang, dok apartment ground floor, laaaagi lah tak boleh blah. Memang merata-rata dok ada lipas ni. Buntu aku pikir macam mana nk buat. Lagipon ground floor memang terdedah dgn sampah/longkang.

Jom aku share satu artikel pasal hapus lipas. Tadi dapat satu email pasal ni. Sumber asal dari sini.

Point-point dia : 

Tidak perlu memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu utk membunuh lipas:

Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat juga, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jem dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa ternampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu duduk semasa makan. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum.
Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas:

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak. 

Tapi bab nak suruh anak-anak makan sambil dok diam tu memang amatlah PAYAH! Dah sapu makan lagi. Dah makan, sepah lagi..huhu bila nak abes?
Mungkin ni salah satu sebab lipas suka nk tumpang..

p/s: mana nk dapat borik acid tu eh?

p/s 2 : aku tak boleh nk paste gambar lipas dan telur lipas tu, geli geleman rasa nk muntah je ..allergik sampai tahap tu hah!

6 words from u:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

info yang berguna.rumah aku byk gak lipas.

Kancilbiru said...

sib baik tak dak gambar lipas...hihihi..den pun goli jugak eh..

Iela Fazielah said...

sabar jelah... rmh akak byk cicak.. akak lipas ok lg.. tp cicak mcm nak pengsan kalau terjumpa @ bertembung dgn dia... uwek!!!

ad said...

aku tak takut lipas...selalu kalo jumpa...aku sembur jer ngan ridset...konfirm dia mati...(kejamnya)....

Mykhalish said...

Wahh begitu byk info nih.. Tau x, ku suka kejar lipas. Bila dpt tepek rs gumbira. Hahaha.. Tp bila dgr bila prt dia pecah lgk byk telur kuar.. Bhy nih. Kena folo cr lain nih. Hehehe...

lydzar said...

tu la korang, mmg geliiii sgt kan! tp tula, mana nk dapat borik acid tu eh?

ila, nmpknya mmg kena rentikan keje kejar2 lipas tu..bahaya!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®