Hadif Lembik ~OH TIDAK!

Lama tak tulis tajuk pasal anak-anak. Asek dok sibuk cerita hal sendiri je :P

Semalam, lepas hantar Abg kat Shah Alam, aku singgah 99Speedmart kt Subang Galaxy. Dah beli pampers dan segala mak nenek jajan, aku singgah pulak kt kakak jual yong tau foo. Abg takdak ni, mcm biasala selera makan tak bersungguh pon. Asal makan sudah. Makan yg simple-simple pon dah cukup. So menu pilihan adalah yong tau foo..

Tengah dok pilih-pilih yong tau foo tu, tetiba ada orang tegur :

"Macam kenal jer.. "

Aku pon menoleh.. Cikgu Sue rupanya. Dia ni tokei taska tempat Hannah dan Hadif pegi hari-hari. Beramas mesra lah sekejap sambil memasing tunggu yong tau foo direbus dan dibungkus.

Boleh dia bagi aku ayat tak boleh BLAH ni..geram pon ada..

"Hadif dh berjalan dah sekarang kan. Dulu lembik jer, ingatkan tak boleh berjalan..badan dah la kecik jer "

Ciss sungguh ayat. Ada ka dia underestimate anak bujang aku. Badan kecik takkan la tak boleh berjalan pulak. Dah dulu dia kecik lagi, belum sampai setahun memangla belum boleh berjalan. For info, Hadif mula berjalan masa umur dia setahun seminggu. Kira ok apa, range umur macam tu baru mula nk berjalan. Kan?

Kalau cikgu Sue nak tengok dia ni lembik ke tak ke..nah tengok gambar ni..

*steady je duduk kt hujung meja yg ringan tu*

*saya boleh panjat tangga slide ni sendiri tau cikgu!*

*ni kalau mama tak bising, mmg kompom saya nk panjat*


So cikgu Sue rasa dia ni lembik ke? :P
Haha macam la cikgu sue baca blog mama hadif nih..


10 words from u:

not a serious blogger said...

apa kes cikgi tu? hadif kan macho lagi gagah perkasa especially time dia duduk atas meja study tu, dah gaya mcm hang tuah dah tu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lawak sungguh laa cikgu tu.hiks

Kazaztan Team said...

adakah cikgu sue tu seorng penjaga taska..takkan development kanak2 pon tak thau...ehehehhe..

lydzar said...

kak syida : rasanya kes terover ramas mesra kot..hahaha gaya hang tuah bukak kuda-kuda sambil duduk kan :P

elis : lawak tak kena tempat tuuu namanya

Kazatan : dia tokei taska tu. tau kutip duit mak pak jer kot

mamasue said...

apala cikgu tu....cakap tak bertapis....mulut tak de insuran...geramnye mamasue!klu jd kt mamasue, sure mamasue mcm tergamam jap...mcm tak sangka ape ke sengal cikgu nih...hehehe (momma lydzar, betul kan cikgu sue tu tak baca blog nih?heheheheh)

erin emariza said...

laser mulut cikgu sue tu ek? ckp kat dia, "anak2 saya mmg size kecik, tapi sihat tau.."..suka hati je nak ckp camtu ek?dia x tgk hadif punya hero ker...?apa nama taska tue?jom serang..! :)

lydzar said...

mamasue : tuh la. lenkali malas lah beramas mesra ngn dia lagi dah.
mamasue jgn jadi mcm cikgu sue tau :P

erin : taska tu ok jer, aku suka je ngn pengasuh dorang kt dalam tu. cikgu dia tu jer kot terlebih sudah..tak pa tak pa, kalau sejarah berulang kali kedua, aku ajak ko serang ok..baru aku reveal nama taska

..::daria::.. said...

x baik betul itu cikgu..:( apa la underestimate anak orang..cuba kalau org lain ckp kt anak dia mcm tu..sentap x sentap?

sabar la liza eh..mulut org mmg kita x bole kawal..wpun aku jarang jumpa ko & kids, tp aku tau hadif is a strong boy.. :)

lydzar said...

tuh ar..mmg aku agak sentap. tp aku tau la anak aku tu lembik ke idak ker kan huhuhu..

takpa la noma, biar aje la mulut dia tu..

Iela Fazielah said...

sabo no... kuang ajar gak cikgu tu.... kalau akak pun tersentap...!!! tp tahniah to hadif yg dah leh jln... salute.. irfan br nak belajar bertatih... huhuhu.. badan je bulat...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®