Tag "Penyusuan Susu Ibu"

Daripada aku baling tukul or alu lesung batu kt orang, baik aku jawab tag ni. Kisah tu aku cerita kan later bila hati membara aku ni dah reda. Actually memang dah reda pon.

Tak baik simpan marah lama-lama. Bak kata Faizal Ismail Hot.fm dalam Hot Tips "Bayangkan kalau muka anda yg sedang marah tu macam harimau  " huhuhu muka rimau! Tak sesuai lah dengan muka aku yang comellls nih.. dah la rimau ada misai, berkaler belang-belang plak tu. Memang tak sesuai lah dgn imej dan wajah aku sebagai pengguna Safi Rania Gold. Haha!

Tag ni dapat dari blog AYU dan ZURANI masa blogwalking. Macam best je nk buat and share.

Ok jom buat assignment tuh!

1. Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
1st - Exclusive breastfeeding - penyusuan susuibu sejak dari kelahiran sehingga bayi berusia 6bulan tanpa sebarang cecair dan makanan lain selain susuibu sahaja.
2nd- Fully breastfeeding - Meneruskan penyusuan susuibu tanpa susu formula selepas bayi berusia 6bulan disertai solid food sehingga bayi berusia 2 tahun.

2. Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
Sehingga hari ini, anak keduaku Hadif berumur 1tahun 23hari masih fully breastfeed. Manakala kakaknya Hannah 2tahun 6bulan masih bertandem nursing, but supplemented with formula milk.

3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
Hannah lahir di Hospital Rakan Bayi - Hospital Putrajaya, tp malangnya dia tidak mendapat manfaat sepenuhnya dari hospital rakan bayi itu atas kekhilafan mamanya :( Bukan salah hospital. Salah mama
Hadif lahir di hospital bukan rakan bayi. Hospital Swasta di Bukit Mertajam.
Hospital Rakan Bayi adalah hospital yang mengamalkan dan menggalakkan polisi penyusuan penuh susuibu.
4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
Rooming in ialah apabila bayi diletakkan bersama ibunya di labour room atau di ward setelah dilahirkan. Ia bertujuan penyusuan seawal iaitu 1 jam selepas proses kelahiran bagi merangsang pengeluaran susuibu.
5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
Kisah Hannah - Tiada masalah rooming in dihospital. Nurse ada tunjukkan cara utk breastfeed since it was my first time being a mom. Excited dan sangat suka. Kami balik ke rumah seawal 12jam selepas kelahiran sebab tiada apa-apa masalah. Malam pertama dirumah, bermula la adengan tak tidur malam kerana Hannah asyik menangis. Tiap kali dia menangis, ku sumbat nenen. Masa tu yang ada cuma kolostrum, Dia cepat lapar kot. MIL dah hint suruh bagi susu formula tp aku buat tak tau je. Hehe! So 3 hari pertama memang bertarung dengan kepenatan melayan Hannah di malam hari.

Kisah Hadif - Aku berkali-kali berpesan pada doktor dan nurse dihospital bahawa aku tak mau anakku diberi susu formula ketika dihospital. Selepas melahirkan Hadif, dia terus dibawa oleh nurse ke nursery dan aku pula ditolak ke ward. Bila aku minta dibawakan Hadif ke ward, nurse cuma suruh aku rehat. Dia kata aku penat. Cis, aku tengah semangat nk susukan anak aku, aku tak penat. Tapi dia dok kata aku penat. Selepas 1 jam, aku masih belum dapat menyusukan Hadif. Aku minta abg mintakkan Hadif dekat nursery. Tetapi selepas 2jam lebih baru la Hadif diserahkan kepada aku. Geram pon ada..Nurse siap persoalkan, "U ada susu ke ni? " Siap picit my nipple. Alhamdulillah, memang ada sebab Hannah tak pernah ku wean off kan sehingga lah saat-saat aku nk deliver. So she is my natural stimulator Dan selepas itu nurse serahkan Hadif setiap 2 jam sekali. Balik rumah pulak, mulalah episod mereka bertandem nursing. Syukur, pengalaman telah mengajar aku utk lebih bersedia bab-bab penyusuan nih..
6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Apabila stok susu tetiba cair disebabkan keterlupaanku menutup pintu fridge betul-betul.
Apabila terlalu sikit amaun susu yg dapat ku kumpul sekarang.
Apabila tiba-tiba membrane spectra ku hilang.
7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda
Dulu, dari susuibu.com. Tapi sekarang banyak baca blog-blog jer

8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
Sediakan stok susu utk dihantar ke taska seawal 2minggu sebelum mula kembali bekerja. Bawa fresh EBM di top up dengan sebotol dua stok EBM beku. Isikan siap-siap susu yg telah dicairkan (jika beku) kedalam botol mengikut amaun yg mereka minum utk memudahkan penjaga ditaska memanaskannya.
9. Kenapa anda menyusukan anak anda?
Tanggungjawab. Susu terbaik. Bonding. Kesihatan terpelihara. Penjimatan berganda.Senang ku kehulu hilir kemana-mana.
10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa?
Ia tidaklah semudah yg disangka. Bukan mudah sekadar selak baju, susukan dan bayi boleh kenyang. Banyak faktor yg boleh menjayakan juga boleh menggagalkan penyusuan susuibu. Yang penting, ia sangat memerlukan kekuatan semangat, mental dan fizikal ibu itu sendiri selain sokongan dari pihak-pihak ketiga. 

Fuhh abes! Doakan aku terus berjuang sehingga Hadif berumur 2 tahun. 11months to go! Lepas tu baru la boleh bagi adik lagi kt Hannah :)


5 words from u:

Eliss said...

boleh ker aku nak bercerai susu nanti ni.2 bln lagi.huhuhuhu

Unknown said...

elis : tak pa, lama lagi tu. dh sampai waktu nnt boleh pikirkan cara nk cerai susu tu :) sekarang googlekan ja dulu cara-cara dia

ayukhairy said...

wahhhhh..tak terkata2...
TAHNIAH ayu ucapkan...
semoga kisah cerita penyusuan ni dapat dimanfaatkan bersama oleh rakan2 yang lain...

KAGUMNYA AYU..^_^

ayu ambil link ni n letak dalam blog ayu ye..

Unknown said...

ok ayu..letak la..sharing is caring..saya pon dok baca jugak entry2 orang lain yg dh buat tag tu :)

pizet said...

mcm best nak buat jugak tag ni

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®