Terkongkong?

Petang Sabtu yg lalu, lepas solat Asar Abg siap-siap pakai seluar jeans. Aku pulak dok bermalasan jer atas tilam Hadif kt depan tv. Time dorang tido tadi, aku dh bersungguh-sungguh masak dan berkemas rumah ~kena bersungguh, kalau tak kompom rumah terbiar bersepah je~ So bila mereka bertiga bangun dalam keadaan segar, aku pulak yg lembik kepenatan.

Abg terus syok sendiri je bersiap. Tak ada pulak sms or call cari kawan-kawan dia ajak keluar minum. Aku buat tak peduli je. Then dia ajak Hannah..

"Hannah jom!" sambil menggamit tangan Hannah menuju ke pintu. Hannah dok pandang-pandang aku. Mungkin dia pelik, kenapa mama tak pakai tudung. Kenapa papa tak dukung adik.

"Abg nk gi mana?" Hehe tak boleh jadi, nk keluar g kedai tak ajak aku!
~ek ele, nk g kedai pon nk ikut ke?  Biasa la aku, sedaya upaya mesti nk mengekor kemana laki aku pergi. Bukan apa, dah tu memang hobi aku sejak aku kenal dia. Haha!

"Gi jalan jap" balas dia.

"Oooo papa ni nk gi jalan tak ajak kita kan Dik. Ajak kakak sorang je" bernada sedih disitu.

Tak jadi dia melangkah keluar .. "Dah tu siap aje la.." then dia masuk balik ke dalam rumah..

Bergegas la aku solat dan bersiap. Ala kadar je. Sebab Abg pon pakai sempoi je. Tak pergi jauh la kot..

OK rupanya dia nk bawak anak-anak g taman. Hehe nk bgtau nk pegi taman pon punya la panjang cerita aku kan :P Biasalah elaborate kena lebih..

Layan gambar di taman pulak.

*Buai laju-laju, sampai pokok sena...

 *Tunnel*

*dia panjat sendiri but with my supervision*

*tengok aksi hadif terkelepet kt slide*

Main kt taman tak sampai satu jam sebab tetiba nk ada fogging plak. So mari kita pulang!

Sebenarnya ada ayat simbolik ke sinis eh, Abg cakap masa dalam kereta :
Kena la bawak syg keluar..kang kata terkongkong duduk rumah..boring duduk rumah.
Berikutan kata-kata 'TAK BOLEH" yang dia berikan pada aku ketika aku mintak kebenaran dia nk join kengkawan opis main futsal aritu. Bila dia kata mcm tu aku memberontak sket dan terkeluarla bebelan tanpa sedar. Hihi!

5 words from u:

akuzle said...

sori, lydzar... komen x der kne mengener ngan entry...eheheheh

psl link kt my page protonsnapnwin tuh tak derler... kiter nk copy n paste link dier tp x der...huhuuhuhuh.... nnti kalo byk lg masa pree2 Lydzar scrol laa slow2 yea? ehehehehhe

Kancilbiru said...

ha pasni boleh la membebel banyak2 sikit...hehehe..untung-untung..

lydzar said...

akuzle : owh itu macam eh..ok ok nnt time free sy pelan-pelan skroll down ok

niza : membebel kt sape ni, kt cik abe ehh..hihi dia tak suka la dgr bebelan bini dia ni..dia kata tak best :P

.: Ain Rusli :. said...

liza, ni taman kat umah subang suria kan?best jugak mainan nye kat situ..tapi masa aku dok situ, sara kecik lagi..so xsesuaiii..
senang, xyah g jejauh..huhuhu..

lydzar said...

aini : taman ni bukan kt subang suria la..tp kt flora. yg apartment area belakang suria tu.. taman kt situ nmpk baru n best, tu yg g tumpang kt sana. tak ramai budak pulak tu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®