Motilium 10mg

Mood swing semalam memang disebabkan oleh PMS hihi. Over sensitive!

Bila 'orang' yg disensitifkan tu dah berbuat baik tak tau la disertai dgn niat memujuk atau tidak, dengan memberikan aku cuti takyah masak dan tidak tidur kt luar maka aku pun dengan kekdah paham-paham terpujuk pun bermood baik hari ni.

Salahkan PMS ok..

Huhuu aku rasa macam dasat pulak bila PMS. Selama ni tak pernah aku berpeel macam ni bila tiba masa nak period. Ntah apa masalah bulan ni, tetiba terkena angin PMS ni. Mungkin sebab penat, sebab tensen dgn production susu dan tensen sebab period lambat. Bila mereka bergabung menjadi 1Malaysia maka terciptalah perasaan oversensitif, terasa nk marah, asek menangis..
Aku ingat aku dah peknen dah, sekali pagi ni Bendera Merah..YEAY!

Semalam aku pegi farmasi. Niat nk beli benda alah ni dan UPT kit. Saje nk test, kalau kompom peknen takyah la aku serabut pikir kenapa susu menyusut. Last-last UPT kit tak terbeli. Beli benda alah tu jer.



Aku tak tau la tindakan aku membeli benda alah ni betul ke tak.
Aku tak dapatkan presription dari doktor pon, sekadar dari pembacaan kt forum dan mengutip pengalaman orang lain je.

Ada 10bijik je dalam 1 peket tu. Dah try malam tadi 2 bijik. Pagi ni sebijik lagi. Stok utk 5 hari je. Harap ia membantu.

Kesan? Macam biasa, tak boleh nk expect semua benda ni boleh bagi effect segera. Kena sabar, tunggu sikit.

Joy angel aritu aku tak leh proceed kot. Sebab kesan sampingan dia, aku terasa mcm kedai rempah bergerak je. Peluh bau rempah! Eiii! Tak boleh tahan. Aku sendiri pon tak boleh tahan, apa lagi orang-orang yg dok lalu lalang tepi aku kan. So aku decide takmo proceed.

Tak perlah, cuba je dulu..kan :)



2 words from u:

mamasue said...

kedai rempah....hahahahaha....kelakar lah...sori lah,mamasue tak pernah amik pil2 nih...pki implano je.

lydzar said...

mamasue : implano? or implanon?
motilium tu utk bykkan susu badan tau, bukan utk merancang pregnancy :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®