1st Birthday Party Dhiya @KFC Extreme Park

At my officemate (Ana) dotter birthday party. KFC Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam

Memula kena nyanyi lagu ni dulu;

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!

Mommy and Dhiya potong kek besar punya!

Aku pergi party ni dengan Hannah saje. Hadif ditinggalkan kt rumah dengan papa sebab dua-dua orang itu masih tidur di petang hari. Malas pulak nk kejut-tunggu-kompom-amek-masa-lama dan terlepas bday party ni. So lepas je solat Asar terus aku dan Hannah bergerak ke Seksyen 13 Shah Alam.

Meriah sungguh party ni. Gabungan sepupu sepapat - 3 orang punya birthday. Teringin jugak nk celebrate bday anak-anak kt tempat macam ni someday :) Insya allah.

Part best tapi menakutkan bagi Hannah adalah bila Chicky keluar. Dia memang takut betul dgn segala maskot berkostum ni. Aritu kt DEMC takut dgn Doctor Rabbit. Kali ni takut dengan Chicky. So masa chicken dance performance, dia cuma duduk sambil peluk aku tp mata masih mencarik kelibat Chicky berjoget. Haih!!

 sorry gambar gegaq!

cute sungguh Chiky ni.

Start dari dalam kereta time balik dari party dia, mulut dia potpet cerita pasal Ayam joget. So sampai je rumah terus aku bukak Youtube and carik lagu Chicken Dance ni sambil dibantu oleh Abg :)


Walaupon bukan character Chicky, Hannah tetap seronok layan joget ni. Si adik pon sama-sama enjoy..
Cute sungguh :D

Jom korang kita pon sama-sama joget menceriakan hari Senin yg sungguh la ramai yg bercuti nih..


5 words from u:

Kancilbiru said...

bukan kata hannah, kami yg tua pun suka lagu chicken dance tu...ekeke

ayu said...

syoknya berjalan2 berdua je ye..

betul la..hari ni ramainya yg cuti..bosan plak duduk kat ofis..

(tapi, best sbb sempat je update blog)

Iela Fazielah said...

ooo patutla hanna sibuk joget chicken dance... rupanya jumpa chicky KFC....

wahida said...

saya pun teringin jugak celeb birthday anak2 kat KFC @ McD...tapi nak kena bajet lebih la pulak kan...huhuhu...

ummioked said...

Bestnya dapat nyanyi n joget gitu...lain kali boleh lah sambut b'day anak2 kat KFC...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®