Keganasan

Ni kisah malam kelmarin.

Aku tengah solat magrib, tiba-tiba dua beradik ni bergaduh berebutkan sesuatu. Tak tau la ape dia. 
Tetiba aku dengar bunyi ketukan dan jeritan lantang Hannah. Rupa-rupanya berlaku keganasan di situ. Hadif ketuk kepala kakak dia dengan sudu. 

Aku yg masih di rakaat kedua sekadar mendengar dan mmg khusyuk solat dh terganggu pon. 

Mendengar suara Hannah menjerit kuat, Hadif tambah lagi dos ketukan. Ketuk ketuk ketuk!!! Tak puas hati lagi, Hadif ketuk lagi berulangkali. Menjeritlah kesakitan anak daraku sorang tu.

Habis je bagi salam kanan dan kiri, terus aku terpa dorang. Jauhkan Hannah dari Hadif. Gosok-gosok dahi Hannah kejap dan aku capai tangan kecik Hadif dan terus lepuk tangan dia 3 kali dgn tangan aku. Apa lagi dia pon nangis la jugak. 

Aku beralih pada Hannah pulak, tinggalkan Hadif. Kesian Hannah. Berbirat dahi dah hidung dia kesan sudu. Aku pujuk dia supaya berhenti menangis dan tiup-tiup dahi dia, Hehe memang ritual nk bagi ubat la kononnya. Kena gigit nyamuk dia suruh tiup, terhantuk dan jatuh kt lantai pon dia suruh tiup.

Hannah dah diam. Hadif masih menangis. 

"Kenapa adik pukul kakak dengan sudu??!! Adik tak sayang kakak ke??"

"Cepat ke sini mintak maaf dengan kakak, salam dan peluk kakak"

Dia pon berjalan menghampiri Hannah menghulur tangan dan bersalam.

"Peluk kakak tu, say sorry"

Hadif pon peluk Hannah. Hannah balas pelukan adiknya. Dua-dua pon berhenti menangis. Tapi to say sorry tu, tadek la dengar. Hehe Hadif tak pandai cakap lagi.

Ok dorang pon berdamai. Lepas je berpeluk dh boleh main sama-sama semula. Aku pulak lupa nak tanya, ape kah yg direbut-rebutkan tu.

Then malam tadi masa Abg call, aku mengadu hal anak bujang dia ni. 

Papa pon marah la Hadif thru phone. Tengok la aksi lepas kena marah dgn papa ni.

uhuk uhuk papa marah adik

 berapa lama daaa nk tekup muka ni, mama takmo pujuk adik ke?

Lepas merajuk kena marah dengan papa, dia buat aksi feveret dia sambil gelak-gelak.


Kakak pon join sekaki. Tergelak la mama korang ni dibuatnya.

adik, apa nama aksi akrobatik kita ni eh?

Erkkk alamak, tetiba ada aksi tambahan pulak dah! Saje nk selit sekali gambar mama yg semakin tembam. 

Almost 6months preggie momma. Pipi pon dh naik, apatah lagi chin- dh berdouble dah nih! Tu tak nampak perut lagi tu. Membesar bagai juara gitu. Berat aku sekarang dh cecah 61kg. HukHukHUk!!




Hehe sekian cerita keganasan adik beradik yg tetiba ending dgn gambar gedix mama dorang. Ahaks!!!




12 words from u:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

cute aje merajuk bergaya gitu... yoga skali yek?

anyway, yg bergaya tu harus terus bergaya... yg merajuk tu biarkan... bg independent skit. ;)

wahida said...

alalalala...kesian kat hadif..tu la..buat kakak lagi...meh auntie cium sikit...jgn notti lagi tau..be a gud boy ok...

AzMask said...

pandai merajuk yer bila kena marah.. budak2 gitulahkan... gaduh2 pastu baik semula.

ummioked said...

Mommalydzar, macam tu lah budak, kadang2 risau nak tinggalkan diorag berdua..klu buat kerja pon mmg kejap2 kena jenguk...klu senyap lagi risau..ntah apa yg diorang buat..ada lah projeknya tu

ayu said...

alahai. cutenya la hadiff ni bila merajuk..hehe..tapi mamanya lagi bertambah cantik bila pregnant ni..^_^

amirah said...

hehehe..best kan jadi referee. Dulu masa kecik2 selalu bergaduh tarik2 rambut ngan kakak. Dah mcm WWF dah. Ehem, mamanya makin berseri2 la..kalo camni next year sekali lagi yer.. : P

lydzar said...

@Confession of a Coffeeholic Mama-Miya ala dia tu merajuk kalau papa marah. kalau mama marah, ade dia kisah? lg dia babab mama dia tau

lydzar said...

@wahida ehehehe hadif busyuk masyamm..jgn cium dia aunty

lydzar said...

@AzMask haah, hannah tu mcm takdek kena ketuk ape pon lepas adik dia salam

lydzar said...

@ummioked ye betul..kalau dorang diam je, mmg kompom ada projek tgh berjalan hehehe

lydzar said...

@ayu hihikhik blushing pulak mama hadif..

lydzar said...

@amirah owh no no..nk mintak rehat barang 3-4tahun dulu lahh

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®