Dah dengar pasal kempen Pelalian HPV dari Kementerian Kesihatan ni?
Kalau belum, boleh klik kt sini utk full info : Kempen Pelalian HPV Ini adalah Kempen kesedaran pencegahan kanser serviks.
Kalau dah baca dan dah tau, dan ada anak/ adik/ sepupu sepapat/ rakan taulan yg berumur 13 tahun, boleh la mintak dorang pergi dapatkan pelalian ni kt sekolah masing-masing, takpon dekat klinik kesihatan kerajaan terdekat.
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.
HUKHUK kalau la aku berumur 13tahun, dengan pantas aku akan pegi amek pelalian ni. Tapi mana mungkin seorang perempuan berumur 13tahun bakal dapat anak ketiga harharhar!!
Injection ni ada 3 kali dalam masa 6 bulan;
Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - enam (6) bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Kalau kt klinik swasta, 1 injection cost dalam RM400. Sila darabkan dengan 3 utk mendapatkan kos keseluruhan pelalian ni. So kepada sesiapa yg ada anak/ adik/ sepupu sepapat/ rakan taulan boleh la ambil kesempatan atas kempen ni. Bagus utk kesejahteraan ummah dan mengelakkan peningkatan kes kanser serviks dalam Malaysia.
2 words from u:
betul tu
if zaman kite dolu2 ade
sure dah pegi nyerah diri utk dilalikan..wekkeke
kat PKU ni aritu ada buat gak.. staf price offer RM130 je..tp akak xamik... pastu rasa rugi lak... tp ingat mmg nak amik sbb murah giler
Post a Comment