MGTT test done

Hari ni as scheduled, aku pegi buat MGTT kt Klinik Soraya. Agak lewat gerak dari rumah sebab cik Abg sungguh la susah utk dibangunkan pagi tadi. Maklumla penat baru balik dari outstation.

Jam 9.20am baru sampai klinik. Pembantu klinik terus amek sample darah aku dan bagi air glukose segelas. 

Doktor Dahlia datang menghampiri aku sambil berpesan, "Habiskan tau.. " 
Aku balas, "Kalau habis separuh je boleh tak? "
Doktor Dahlia, "Tak boleh. Kena habiskan. Ini sedap tau, ada perisa..kalau kt klinik kerajaan memang takdek perisa"

Yer, air gula tu berperisa blackcurrent. Sedap tapi manis nya alahai..Terbatuk-batuk aku meneguk air tu. Sekali teguk..abes separuh. Berenti tarik nafas dan teruskan minum. Done!



Abes minum air blackcurrent ni, kami pergi basuh kereta yg berhabuk 3 minggu tak berbasuh tu. Dasyat dah dia punya kotor. 

Jam 11.30pm, kami datang balik ke Klinik Soraya dan sekali lagi sample darah aku diambil. Tak tunggu masa yg lama, dapat result. Pembantu klinik tu kata, aku OK takdek apa-apa yg merisaukan. Alhamdulillah. 

Kami pon gerak balik tp terpaksa berpatah balik sebab aku terlupa nak mintak MC. Setel dapatkan MC, kami pon balik rumah dan bantai tidur sampai ke petang. 

Mengantuk sangat sebab asek terjaga malam tadi. Hadif batuk. Mama dia pon batuk. So tak dapat tidur lena.

BTW, nak tunjuk HM's Jr latest picture :) 
Aku pegi scan semalam dekat Alpha Specialist Centre, Kota Damansara



 

18 words from u:

mamasue said...

alelelele...comelnya babyyyyyyy.....nak pi scan gakkkkkk!!!!

puterihannan said...

tak kena lak sy kali ni MGTT tu... tp warna air gula tu bukan puteh ke? sedap tak yg tuh? hehehe... :D

Atia Adina said...

alahai....comelnya...nampak muka dia....baby ad setiap kali scan mesti muka menghadap ke arah lain.....

Zaidah said...

dah bape minggu dah lydzar...comelnyer baby...

pizet said...

bgs klinik tu ada perisa...nak elak org muntah blk kot

lydzar said...

@mamasue hehe pi jgn tak pi..seronok tengok image 3D baby :D

lydzar said...

@puterihannan air gula yg putih tu takdek flavor kot..yg ni blackcurrent..sedap jugak la :)

lydzar said...

@Atia Adina baby ad nk bagi surprise..buat2 sombong ngn ibu la tu kan..hehehe

lydzar said...

@Zaidah 27minggu dah..my last week in 2nd trimester

lydzar said...

@pizet tu la pasal..seb baik ada flavor. senang sikit nk telan..kalau letak ais, lg sedap kot hehehe

Iela Fazielah said...

akak kalau kena buat MGTT ni.. bila minum air glucose tu.. nak muntah2 rasa... berair2 mata cam nak nangis bila nak menghabiskan... tp lydzar steady.. bagus... bestkan dpt tgk baby dlm perut tu

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

a'a..situ ade perisa anggur..ehehe

brapa cas scan tu? itu 3D kan?

lydzar said...

@Iela Fazielah kak, sebab ada flavor kot. so mmg boleh la nk telan..tp mmg ada rasa nk muntah jugak sbb manis sgt kan

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- ros, scan 3D ni kena dalam rm250 mcm tu laa

ayu said...

comeynya baby tu...mesti tak sabar2 kan..

EiJa ZaQuaN said...

tp kat klinik kesihatan putrajaya..air gula dia ade flavour gak..minggu lepas eija kena minum air gula perisa blackcurrent..xdpt nak bygkan kalo minum air gula tanpe ape2 flavour..

wah mahal jgk ye nak scan 3D ni..tp iye la sgt jelas nmpk nuka baby..

lydzar said...

@ayu betul..tak sabar nk suruh dia keluar sbb rasa mcm tak larat nk tanggung backpain dan tak sabar nk BF lagi :)

lydzar said...

@EiJa ZaQuaN better semua klinik bagi yg ada flavor la. baru la senang kita yg terpaksa menelan ni

haah 3D tu mmg mahal..seb baik la boleh claim company :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®