Kelas Memasak

Ok kelas masak-memasak kita bersama MasterChef Lydzar ~chewah perasan tak hengat!!~ hari ni dh nak mula yer.. 

Sila bersedia dengan pen dan kertas utk salin resepi. Kalau takdak pon takpa, hangpa print saja dari PC/laptop hangpa tu.

Resepi MasterChef Lydzar hari ni ialah udang galah masak merah. 

Bahan-bahan wajib ada;

Udang galah,
Cili boh beli kt kedai @ cili blender DIY,
Sebijik bawang merah besar diblender,
2-3ulas bawang putih diblender,
Sebijik bawang besar dihiris,
Sebatang serai diketuk,
Sos cili, sos tomato sukati hangpa nak letak byk mana,
Air asam jawa,
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak;

1. Goreng udang galah sampai garing dan masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili boh beli kt kedai @ cili blender DIY dalam sedikit minyak.
3. Bila dah agak garing, masukkan serai, bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. 
5. Masukkan bawang yg dihiris.
6. Masukkan air asam jawa. Tunggu sampai buih-buih mendidih timbul dan kuah agak pekat.
7. Masukkan udang dan gaul sampai sambal menyalut tubuh para udang tersebut.
8. Siap!!


Ini lah dia udang besau yg menjadi mangsa kuali kita hari itu.

Close up sket lagi

Proses menggoreng udang

Udang posing dalam pinggan sebelum beramas-mesra dengan sambal

 2 ekor je layak masuk peringkat final utk beramas-mesra dengan sambal, manakala lagi 2 ekor kalah diperingkat awal sebab nk dijadikan santapan anakanda MasterChef Lydzar


Seumur hidup aku, belum penah lagi pegi memana kelas memasak secara formal. Yang tak formal aje la so far. Ingat-ingat pesan mak, ingat-ingat pesan MIL..observation dan try-error dari resepi yg dikaji dari internet. Tapi yg berani ku coba hanyalah masakan lauk-pauk saja.

Oleh kerana itu lah, 3 ekor udang (anakanda berdua makan seekor saja) terpaksa dimasukkan semula ke dalam kuali kerana udang didapati tidak bebetul masak dan lembut huhu!! Hampes!

Takpa takpa, jangan putus asa. Lain kali boleh coba lagi. Maybe udang perlu dimasak secara deep fry utk memastikan tahap kemasakannya lebih terjamin. First time masak udang besar ni weh! Memang mencabar minda jugak la nk tau dia dh well-cook ke belum..Huhhuh! 

Abg, nnt pegi Sabah lagi, jgn lupa bawak udang galah lagi yer. Isterimu si MasterChef ~kompom tak layak dapat gelaran itu~ Lydzar nk buktikan kemampuan dia memasak udang sekali lagi. HikHikHik!


12 words from u:

AzMaslenda said...

wow.. memang galah sungguh ni. impot dari sabah yer. memang sedap.

Mek Rose said...

besorr tu udang

ingat lagi dulu, abang sy bawak balik dari sabah. siap ade ais lagi lom cair sbb kat sana depa froskan udang tu jd kejung..uhuhu

Zaidah said...

pandai masak....jadik junior chef dulu...hehehe

Anonymous said...

huiyoooo....selalu pi sabah pun tak kisah lah gini...asalkan ada pulangannya =P

wahida said...

pergghhhh!!! udang galah my feveret...terliur ko!!

Unknown said...

@AzMask haah impot dari Sabah bah

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- yup, memang dorang frozen kan sebab kita nk bawak naik kapalterbang kan..sampai umah terus simpan lg dalam freezer.lepas 2 hari baru teringat nk masak :P

Unknown said...

@Zaidah hakhak tu la pasal. terus berangan nk jadi masterchef..

Unknown said...

@mamasue baru kali ni je mamasue dpt habuan udang besau..selalunya takdek pon :P

Unknown said...

@wahida tu la pasal..kalau well-cook memang malatop lah

amirah said...

mak oi..besaunya udanggg..takottt..*ok sebenarnya tak reti camne nak masak kalo besau gini hihi*

Kancilbiru said...

makk aii besar nya udang ni...sedappp

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®