Selamat pagi..
Saya nk say THANKS to all yg bagi pendapat/advise/sharing experiences pasal CIKENPOX semalam. Sorry sgt saya belom dpt nk ulas dan balas juga blogwalking semalam. BZ sikit aje.
Alhamdulillah, pagi ni saya nampak bintik-bintik berair dekat badan Hannah beransur mengecut. Saya bagi antibiotik dan sapu ubat macam yang diarahkan. Ada jugak bagi dia minum air kelapa petang semalam.
Petang semalam saya ke DEMC pula sebab rasa mcm ada perkara yg saya tak puas hati dan tak tertanya kt Doc klinik pagi tu. Dalam kol 2.30pm saya gerak kesana.
Doktor DEMC bagi Hannah presription yg sama macam doktor sebelumnya, cuma brand ubat tu lain lah. Ditambah dgn Cala-my lotion.
Saya ada tanya macam mana dengan adik-adik dia. Sebab ada pendapat kata, alang-alang sorang dh kena, biar aje la semua pon kena. Meaning macam, takyah hantar Hadif dan Hilda ke taska so that boleh terjangkit dan terdemam CikenPox sama-sama. Tapi Doktor tak setuju dengan pendapat tu. Dia kata, perlu kuarantin Hannah dan campur-gaulkan dia dengan adik-adik dia. Memang possibilty utk adik-adik terkena ada tp jarang sangat berlaku kena pada masa yang sama. Maksudnya, Hannah akan habis dulu then barulah adik-adik dia kena. So better lah kuarantin jugak.
Dia mintak saya extra careful dengan Hilda. Katanya Hilda kecik sangat lagi kalau terjangkit. Risiko tinggi dan penjagaan agak rumit katanya.
Malam tadi Hannah tidur di ruang tamu dgn papa. Adik-adik tidur dalam bilik dengan mama. OK la sebab malam tadi, Papa ada lagi. Pagi ni Papa dah fly nun ke Sabah sana. Tak boleh nk elak sebab flight meeting and all dh scheduled. So terpaksa lah Mama redha dengan ke-outstation-an dia tu. Malam ni, runsing pikir macam mana nk handle dorang tidur berasingan. Malam tadi pon asek terjaga je sebab Hannah suruh mama tidur dengan dia kt luar. Hilda pulak sesekali merengek dari dalam bilik mintak nenen.
Ngantuk sungguh la ni. Kejap lagi nk hantar Hadif dan Hilda ke taska, then saya nk balas dendam tidur :)
Harap-harap semua urusan saya dipermudahkan Allah dan semoga anakku Hannah cepat sembuh.Amin..
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
6 words from u:
atia pun kene gak.....semalam ad tgk ada 4 5 butir.....baru kua sikit
Lydzar
Akak punya pengalaman.. akak kena chicken pox dulu. Selepas 3 minggu.. kira dah cure sepenuhnya, baru Adam pulak berjangkit. Doktor kata minggu ke3 tu baru virus chiken pox dalam badan akak keluar & mencari mangsa baru yang lemah antibodinya.
Eloklah jauhkan Hilda dari Hannah. Kalau boleh jangan bagi Hannah pegang Hilda walaupun hannah dah sembuh sepenuhnya nanti.
mommalydzar tidur dgn hilda,tp bila hannah panggil tu,pegi layan dia jap,pastu sambung tido bailk dgn hilda...nak tinggal2kan hilda pun boleh kejap2,tp jgn lupa hadang ye =).kwn mamasue cadangkan,mandikan hannah byk2 kali,sbb chicken pox tu bile kering dia jd gatal...mommalydzar blh try lah kalau nak...tp mamasue rasa,calamy lotion tu ok dah...
kesian ko, dgn hubby takde di sisi, ko kena handle anak yg sakit sorang diri...
aku tau ko boleh!! be strong!!
dan semoga hannah cepat sembuh...amin...
semoga dipermudahkan segalanya.. harap2 hannah cepat sembuh dan penyakit tu tak berjangkit pada yg lain pula..
siannya lydzar...dah la suami outstation plak tu..huhu...mmm, bak kata awan2 sekalian, ada benarnya...asingkan hannah dengan hadif n hilda ye..
moga cepat sembuh ye..
Post a Comment