Breastfeeding : situasi kecemasan dan amalan doa

Ok kita sajikan cerita breastfeeding lagi..situasi kecemasan tp bukanlah ditimpa bencana.

Pada satu pagi yang aman, mak beranak tiga ni selalu kalut prepare beg mak dan anak yang berlambak tu. Beg baju anak je dah tiga, cooler bag ada 2, satu utk bekalan Hilda di taska dan satu lagi utk bawak ke opis. Handbag mama lagi. So total beg ada 6 utk diangkut setiap hari..

Ni lah kesan dan akibat bila tak prepare dimalam hari. Pagi-pagi tu lah baru semua benda nk dibuat :P

Dan disatu pagi yang aman tu saya dh tersalah capai breastshield. Tengok kt gambar bawah tu ada dua kaler kan, kuning dan biru. Pam kt opis jenama Spectra, breastshiled dia kaler biru.. Yang kuning tu breastshield Medela. Saya dh pening ni, cemana nk buat double pumping.


Mula-mula saya buat single pumping sambil try berMARMET ~nak jugak buat double pumping~. Tapi saya belum expert, rasa sangat messy.

Tetiba timbul mentol idea atas kepala saya.  Saya sambung semula tube Spectra dekat mesin, dan sumbatkan tube ke dalam lubang breastshield Medela ni. Dan letak dia ditempat yang sepatutnya..Wallahhh tak sangka, idea ni sunggoh berguna sebab lepas tu saya dapat berdouble pumping macam biasa hehehe!!


Saya ada perkongsian buat ibu-ibu yang telah berusaha utk pumping dan meng-up-kan stok tapi masih juga disitu (belum dapat hasil yang dihajatkan)..mari kita atasi kekecewaan dengan amalan-amalan rohani pulak. Sesungguhnya yang baik itu datang nya dari ALLAH..kan :)




"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

credit to : MamaFaiz

Semoga amalan kita mendapat berkat daripada ALLAH dan semoga ALLAH memurahkan rezeki susuibu utk bayi kita..

Kalau nk cuba sesuatu selain doa utk meng'up'kan production susu pon boleh juga. Meh klik kt SINI - preparation utk bulan puasa nnt

3 words from u:

velasrizal said...

ooh cmni rupanye pam tu

Anonymous said...

dulu,malam2 mesti nak prepare brg anak2 sbb taknak kelam kabut waktu pg

wahida said...

semoga semuanya dipermudahkan...amin...

ooo, jumpa mek rose yer...bila kita lak nak jumpa? hehe....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®