Muhammad Hadif Mifzal

Semalam, saya happy sebab masa hantar Hadif ke taska dia tak menangis-nangis macam selalu. Elok pulak mood dia semalam. Dan malam tadi, saya pon membelanjalah sibujang kecik tu makan Pizza Hut. Hehe alasan!! Ok ok sebenarnya mmg mama dia yg nak makan pon :P

Dan hari ni saya baru je nk sambung happy, sekali dia buat peel lama pulak. Nangis jugak! Takperla nak, nangis la. Sebab mama tau, bila mama dh pegi keje, Hadif akan OK dan boleh je main dgn kawan-kawan.

Sekarang ni Hadif dh mula pandai bercakap. Dari segi vocab mmg banyak yg dia tau. Dan dia skg ni dh mula form 3 words, tp masih tetap amek yg ujung-ujung gitu tp mama masih boleh paham ape yg dia cuba sampaikan. Pagi tadi dia bgtau 'seluar saya basah' ..

Sekarang ni jugak dia dh mula melasak. Kan main lagi lasak budak laki ni ye. Bila kena marah pon, dia akan buat muka selamba. Then kalau dia nk marah balik, selamba je dia datang kt mama dan tepuk badan mama..Haishhh!!

Dah pandai gak bergaduh kasar dgn kakak. Dia tak puas hati dia akan pukul kakak. Ahh sudah time-time macam ni memang mama tensen. Sebab takboleh nk menangkan sesapa. Sebab nnt yang menang akak buat percubaan menyakitkan hati sesapa yg kena marah. Ending dedua akan kena marah lah. Selalu jugak, mama biarkan je dorang selesaikan masalah dorang sendiri. Dan kakaklah yang sering mengalah tu. Sekeras-keras hati dia, dia masih boleh bertoleransi.

Dengan baby, Abang Hadif ni suka ejek 'baby botak'. Pastu gelak, macam la dia tu tak pernah botak. Kelakar je rasa tengok Hadif ejek baby. Lagi satu hobi dia, dia suka tarik rambut baby yg halus tu..Aduyai!!

Tapi dalam dia nakal dan lasak macam tu, dia tetap selalu nk sayang baby. Cium dan peluk.
Dia jugak rajin masukkan baju sendiri dalam bakul baju kotor lepas sekolah dan letak botol susu dalam sinki. Tapi bila suruh kemas mainan, dia akan buat taktau je. Memang la perangai lelaki kan!

Apepon yang Hadif buat, buat mama gelak atau geram..mama tetap sayang Hadif..Hadif tetap buah hati pengarang jantung mama..




11 words from u:

mamasue said...

bukan budak lelaki je perangai mcm tu,masalahnye anak dara mamasue pun rasa mcm samaaaa je dgn perangai hadif ni...dia ejek adik dia "medina oh medina,sepet tapi comel...",pandai letak botol susu kt sink,buang baju dalam bakul (mcm hadif) tapi mmg malas teramat nk kemas mainan...agaknye mmg semua budak pun gitu kan

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alor..baru semalam auntie pujuk..ehehe takpe lelamer nnti okla tu..

budak laki mmg camtu kot..rafiq pon ikut mood. cam simpan baju kotor, simpan bekas minum dalam sinki..cube la time dia tamo..dia cakap Taknak tak nak! sambil lari2 kucing sabor jela

amirah said...

ragam anak bujang sorang ni..hihi..nnt kalo Ahmad taktau la lagi camne..

Hanis Azla said...

bdk lelaki mmg gitu lydzar.. makin besar, makin lasak.. makin panjang juga akalnya.. akak ada 2 org kat rmh.. aduhai.. tak boleh silap sikit.. mmg nak gaduh aje.. he..he..

lydzar said...

@mamasue mamasue, rasanya mmg nmpk la beza hannah ngn hadif tu.. beza girl vs boy :D

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- tu la aunty, ingatkan dh tak nangis2 dh lepas semalam..haih

lydzar said...

@amirah hehe dia mula tunjuk belang since masuk umur 2 tahun ni tau mirah..bfore ni baik sangat hehe

lydzar said...

@Hanis Azla tu la kan kak..cemana la orang yg ada 4-5 boys in the house tu..

eT said...

abg hadif dah besar tuh...
dah pandai macam2...peel pon macam2...
nnti dah byk kawan lagi macam2...hehe

wahida said...

makin besar dan makin notti...dan makin hensem!!

Iela Fazielah said...

wah.. makin bijak hadif skrg ek...pandai hadif... xpe..biasalah budak laki... sama mcm irfan byk ragam n suka kacau kakak dia...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®