Hannah & Chiken Pox lagi

Salam Isnin.

Hari ni baru la dapat nk upload gambar cik Hannah dan chikenpox nye. Laptop kt rumah tu laptop lama, so tak leh nk blutut ~bluetooth~

As today, chickenpox Hannah dh semakin pulih. Dah takdek lagi dah bintik merah yg berair..semuanya dh pecah dan tinggal bintik merah kering saje. Dan hari ni mama pon boleh la pegi kerja. Turn Papa pulak temankan Hannah kt rumah.

Gambar ni masa day two..




Nasib baik jugak la Hannah ni jenis patuh pada arahan. Bila mama kata "JANGAN GARU" dia pon menahan aje lah rasa gatal tu. Instead dia mintak mama gosok-gosok bahagian yang gatal tu. Mungkin jugak antibiotik dan ubat gatal yg doktor bagi tu memang efektif. 

Setakat ni blom nampak tanda adik-adik HM berjangkit. Mintak lah dijauhkan..

10 words from u:

Izwa Kamaruddin said...

ku dah rase dh azab 2 minggu jaga dua-dua anak kene chicken pox selang sorg..huhu...

Mek Rose said...

tula..terkejut gak tgk hannah kene CP ni..sian tgk..harap2 tak jangkit si kecik tu la ye..

sonot jugak jumpe lydzar tak sangka jumpa kat SACC
heheh

petang ni posting jumpe lydzar.nnti kita tempek gambar

AzMaslenda said...

Lydzar biasanya selepas Hannah betul2 dah baik. Parut dah kering sangat. Baru ler jangkitan bermula. Alert ler dalam tempoh sehingga 3 minggu. Jangan kasi dia sembur2 air liur, cium, sentuh adik2 dia.

Iela Fazielah said...

alhamdulillah dah bertambah pulih...bagus hannah....

Atia Adina said...

atia plak...asyik menggaru jer kejenya...sian plak tengok....orang cakap jangan garu....tetap gak garu

amirah said...

lahai..siannya dia..terbayang dah kalau gatal sgt camne

Eliss said...

my Nuha pun kena jugak hari tu then my hubby.aduhai..kesian kan anak2 kita kena, tapi elok la, tadak laa tinggal parut :) my hubby kena seluruh badan, naik ngeri masa tu, dah la dekat raya.

zaidah said...

alhamdulillah hannah faham n semakin sembuh sebab penyakit nie mudah berjangkit n klu hannah garu bleh terkena kat orang lain n bekas tak bleh hilang

Hanis Azla said...

bagusnya hannah dgr arahan.. takdelah berparut nnt... lega bila anak dah beransur baik kan..

pizet said...

adik2 pizet tahun lepas kena gak chicken pox pastu mak kasi makan sup belut bg ilang parut...bagi kulit cantik katanya...tp nampak gak kulit x de sisa2 chicken pox tu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®