Pagi tadi waktu nk mandikan Hannah, saya perasan beberapa bintik merah didahinya. Saya belek-belek sekejap. Saya rasa dahi dia, agak panas. Hmm macam ada yang tak kena je ni. Demam ke Hannah ni.
Then saya bukak baju dan seluar dia. Tujuan utama sebab nk bawak dia g toilet dan mandi. Sambil-sambil tu saya belek jugak la badan dia. Memang ada lebih banyak bintik-bintik merah di badan dan kaki dia. Memang soheh lah ni ada yang tak kena.
Saya risau nk mandikan dia ke tak. Then Papa Hannah suruh mandi jugak. OK.
Lepas siapkan askar-askar saya, kami pon turun bergerak nk ke taska. Hannah akan saya bawa ke klinik. Hadif dan Hilda sila jalani kehidupan rutin korang kt taska ye :)
Di klinik, mmg Hannah disahkan chicken pox. So Doktor bagi ubat demam, antibiotik, ubat tahan gatal dan krim sapu. Mahal jugak harga antibiotik tu. Fees utk this medication RM94.
Doktor cakap insya allah akan baik dalam masa seminggu. Dan possibility utk adik-adik juga terkena adalah sgt besar. Nanges mama!! Dah la esok dan lusa papa takdek g outstation.
Hopefully tak la meragam sangat cik Hannah kita melayan demam dan chicken pox nya ini. Ada sesapa tau pantang larang ketika berchiken pox? Or apa pon boleh..hehe
1st time nk berdepan dengan penyakit agak serius ni. Buntu.
Dan hari ni saya bersiaran dirumah. Esok macam mana pulak yer?? Berapa hari selalunya mama sekalian EL masa anak kena chicken pox?
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
10 words from u:
alamak...mamasue sian kt hannah,tp sian lg kt hilda klu jangkit nt,tp nk bt mcmane,gitulah adat klu dah adik adik kakak ni.em,jgn bg kakak dekat2 sgt dgn adik,no kiss2...
saya el seminggu!sebab mula-mula ank sulung lepas hari ke-3 terus smbg kepade adik :)
Lydzar
Demam chicken pox boleh di mandikan. Sebab badan panas dalam tu. Adam kena pada tahun 2009 masa umo 3 tahun.
Biarkan chixken pox keluar habisan.. Cari air kelapa cepat. Bagi hannah minum.
Ubat paling mujarab daun belimbing buluh atau daun cermai. Blend & sapukan keseleuruh badan. Chicken pox cepat mengecut.
Lagi satu Lydzar... Jangan biarkan Hannah terkena air hujan. Nanti parutnya tak hilang. Lagi teruk kalau jenis parut berbintil.
Akak dulu ambik cuti seminggu jaga Adam.
sian nye kat hannah..org kate bagi air kelapa utk kurangkan chicken pox tu..tak tau la betul ke tak..klu slh info mintak maaf ye..
beb, nape amek EL? mintak je MC ngan doc sbb nak jaga anak.
sy MC 3 hari. mintak MC kat doktor sebab nak jaga anak. tu pun sebab anak chicken pox 3 hari je. dia kene masa baby. hope hannah cepat sembuh. kena jauh dr adik dia la tuh.
ala siannya kak hannah..takdek petua la nak kasik lydzar..minum air kelapa jela ngan sapu bedak sejuk..eh, ye ke bedak sejuk?ermm
siannya hannah...nnt belikan air kelapa bg chicken pox tu kuar abis.miang n gatal tu mmg la..sian sgt..tepetkn bedak sejuk n biar je pakai suar pendek...mmg mayb akn bjangkit 1 family
akk pon mse aishah n adam kna serentak mse umor 1n 2 tahun....terpaksa handle sorang..abg dh kje kl mse tu..huhu..mlm pon tdur duduk je..sbb rsau kn ank2..huhu
yg paling kesian klo pakai pampers..merah je kat bontot n tut...sian sgt..
elakkn makan benda gatal..telur n bilis pon x bleh...
alahai.. syafiqah dulu kena chicken pox ms umor 2 thn... kena cuti dlm 3hari... sbb nasib baik kena hari sabtu.. pastu hubby pulak kena cuti 2 hari jaga syafiqah..
kak ila bg minum air kelapa bg keluar cepat.. mkn tu mcm biasa.. jgn bg telur n ayam utk elak gatal2... ubat antibiotik n ubat sapu mesti kena letak... harap cepat sembuh
Post a Comment