So esok dah takpayah saya ber'pengangkutan awam' macam ni lagi dah. Jarak perjalanan tak jauh mana, tapi sebab saya membawa muatan yang agak sarat, jadi saya perlu bantuan alat pengangkutan seperti berikut.
Destinasi : Tadika Delima Ilmu dan rumah kami home sweet home - ulang alik.
Kenderaan utama : ALZA PUTIH (2010)
Kenderaan bantuan : Stroller My Dear (beli tahun 2007)
Alat bantuan towing : Ring sling kaler oren - color sami bak kata suami ku.
Muatan : Trio HM dan 6 biji beg kami.
Cara-cara;
1) Masukkan muatan (beg) kedalam tempat letak barang dibawah stoller dan sangkutkan lebihan beg di handle stroller.
2) Letakkan Hadif di dalam stroller dan Hannah di belakang supaya dia dapat memijak tempat letak kaki dan berdiri di belakang stroller. Rujuk gambar lama kami.
Nampak tak tempat letak kaki utk Hannah berdiri tu. |
3) Mama pakai ring sling dan letakkan Hilda didalam. Kalau Hilda tak tidur, position tummy to tummy. Kalau Hilda tidur, position craddle carry - dalam gambar dia tidur-
4) Semua dah at place..OK jom kita gerak. Mama with one hand or sometime dapat hands-free akan menolak stroller masuk kedalam lif.
Lucky us, warga apartment agak prihatin. Bila nampak kenderaan dengan muatan yg penuh ni, dorang akan kasik chance kt kami masuk dulu dan tolong jagakan pintu lif yang agak ntah-ada-sensor-ntahkan tidak tu supaya kami tidak tersepit tiba-tiba.
Sekian laporan bergambar tentang laluan trafik dengan kenderaan berat ini utk dijadikan sebagai kenangan.
psst : Stoller MYDEAR ni baru-baru ni jer mula berjasa. Since beli tahun 2007, dia hanya terperuk dalam bilik stor selama hampir 3 tahun kerana tak muat kami nk sumbat dalam bonet Kelisa dulu. Pernah berniat nk jualkan dia..huhu
14 words from u:
seb baik me sorang ajer muatan pagi2 :p
byk betul jasa stroller tu yer lydzar.. terorlah lydzar boleh handle semuanya sorang2.. rasanya akak ni masa anak2 dah besar2 ni baru akak boleh handle sorang2.. masa anak kecik2 dulu mmg mesti harapkan ada org tolong.. he..he..
sungguh tabah mama lydzar ni. manyak kuat ooo.. mujur waktu pagi hannah & hadif dah bangun. Kalau semuanya masih tidur, penin jugak ler nak mendokong kesemuanya.
mcm seronok lah plak ....bestkan ada ramai anak....
hehe..baek punya susun dok atur...
kene belajar gak ni cara2 menyusun anak..:p
mamasue pagi2 angkat medina je...terasa fortunate pulak...=P
mmmg mencabar sunggoh tengok keadaan mu itu lydzar..wekkekeke
takpe..kenangan tuuu..hehhe
adoi la lydzar...saya kalo gini memang kena mintak bantuan ni..
@e.l.i.s.s.m.i.e nnt bila elis dh tambah muatan, mesti akan ada experience mcm ni.. time hubby kena g outstation, dan selagi tak mempunyai maid :)
@Hanis Azla huhu terpaksa la kak. hubby saya tu keje dia asek kena outstation je. takdek pulak orang yg boleh menolong..so kena jugak la buat
@AzMaskdorang tidur, mmg akan kena kejut dan mandi dulu bfore g sekolah..
sonok la....n steady la Lydzar, how u can handle everything....caya la beb!
salute la dgn lydzar..dapat handle semua ni sorang2...cayalah....
ayu plak, mujur la rumah pengasuh dekat je..tapi , kalau hariz tidur lagi, maka hantar danial la dulu..then, patah balik dukung hariz plak..huhu..
Thanks Liza bagi idea camne nak uruskan 3 anak2 kecik sorang2..hihi.. beginila nanti agaknya time saya nak usung 3 anak kecik hantar ke taska bila time en asben pi outstation..huhu..
Post a Comment