At Penang

Alhamdulillah dah sampai jam 1.20pm tadi. Gerak dari rumah dalam jam 9.30am.

Perjalanan lancar tanpa kesesakan. Hehe nk sesak apa nya time-time macam ni kan :)
Selesai urusan check in bilik hotel, Abg tinggalkan kami 3 beranak kt bilik sementara dia pegi menyelesaikan urusan dia pulak.

Sempat jugak aku lelapkan mata. Anak-anak pulak sikit pon taklayan arahan supaya tidur. Excited agaknya. Mana taknya, kt rumah takdek katil. Kat hotel, asek melompat aje la kerja mereka berdua. 2-3 kali jugak Hadif tergolek jatuh. Aduyai!!

Sampai ke petang ni masih melayan TV. Abg belum balik lagi. Ntah kemana nk dibawaknya kami malam ni. Atau mungkin turn dia pulak nk layan mata dan rehatkan badan setelah penat driving. Huhu! 

Jangan la jangan la macam tu bang..jom la gi jalan-jalan carik makan :)


I will be away

Hai dear semua!!

Esok dan Jumaat aku on leave. Insya allah dalam planning utk ke sini..


Merentas dan membelah highway PLUS utk kesekian kalinya. Setahun hampir berlalu dan insya allah akan ku jejakkan kaki ku ke sini lagi :) 

Seronok juga mengenang masa silam ~chewah silam lah sangat~ Boleh bawak Hadif ke tanah tempat kelahirannya. 

Actually nak ikut Abg yg ada urusan di sana. TQ Abg sebab mengoffer kami utk turut serta. 
Kalau tak offer, kompom la muka bini dia ni monyok tak ceria seminggu sebab asek melalui episod ditinggalkan kt rumah je. Itinerary majlis masih belum dapat dipastikan sebab kesana bukan atas urusan holiday semata-mata.

Dalam masa yg sama Abg inform dia nk kotakan janji nan satu. Yabedabeduewwwww!!

"Nak bawak bini dia ke sini tiap kali bini dia pregnant"


Insya allah, bila sempat akan ku update cerita dari masa ke semasa. Aku pasti ianya bukan holiday yg pack. Pasti ada masa senggang utk aku on kan laptop dan broadband :)

Seronoknya!!!

BTW, Happy holiday to me! hehehe..over excited ok :P


Gambar-gambar sekitar PBJV Glam n Glitz Nite 2010

Salam..

Hari sudah ada baaaanyak masa free! Mari lah daku berstory-telling tentang bermacam-maacm perkara. Layan...!!

So yg pertama utk hari ni, sambungan cerita Dinner PBJV yer. Tapi utk cut a long story to be short..kita layan gambar saje. 

Overall bagi aku, dinner ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Memang la tak dapat nk buat semua orang puas hati. But Alhamdulillah, all went well. I love the foods so much!! SEDAP!!

Jom start jamu mata :)


 At registration counter with Mommy Ana

 My kids join coloring contest


Hadif in action

Hannah concentrate!

Already in the Ballroom

 Our MD - Mr Nik Hamdan - welcome speech

 Successful young entrepreneur

 Hadif duduk dipangkuan sepanjang majlis berlangsung. 
Stroller tak berjaya dikeluarkan dari kereta sebab hujan petang tu..
Lenguh SANGAT!!


 Surprise birthday celebration utk BOS

 Bos with wife and kids

 5-tiers cake from Secret Recipe

Fuhhhhh!!!

 Surprise from hotel! 
Tetiba je ada Santa Clause masuk Ballroom. Ho Ho Ho!!!

 Eila - kepala committee

 x tau anak sapa..but comel kan?

 Gadis-gadis merelip 

 PBJV Idol - Rufizal ~Selamat Malam~

  PBJV Idol - Zulaikha ~ Teringin~

  PBJV Idol -Zaharin ~

  PBJV Idol -Zaidi ~

  PBJV Idol - Azmi ~

 Game : Kotak Beracun

 Lucky Draw

 Kak Ilah's hubby and Irfan

 Anak mama yg dh mula mengantuk

 Adam and Nani from Mentor 4 - now staf PBJV

 Orang penting PBJV ~Rosliza~  dia la buat gaji kami :)

Best Dress Female

 Best Dress Male

Best Employee 2010

Last but not least, gambar gedix para committee :D

Mak orang bawak 2 henbeg besar tu pon takmo ketinggalan tau..so terselit la committe junior dalam acara gambar gedix nih..hihihih








MGTT test done

Hari ni as scheduled, aku pegi buat MGTT kt Klinik Soraya. Agak lewat gerak dari rumah sebab cik Abg sungguh la susah utk dibangunkan pagi tadi. Maklumla penat baru balik dari outstation.

Jam 9.20am baru sampai klinik. Pembantu klinik terus amek sample darah aku dan bagi air glukose segelas. 

Doktor Dahlia datang menghampiri aku sambil berpesan, "Habiskan tau.. " 
Aku balas, "Kalau habis separuh je boleh tak? "
Doktor Dahlia, "Tak boleh. Kena habiskan. Ini sedap tau, ada perisa..kalau kt klinik kerajaan memang takdek perisa"

Yer, air gula tu berperisa blackcurrent. Sedap tapi manis nya alahai..Terbatuk-batuk aku meneguk air tu. Sekali teguk..abes separuh. Berenti tarik nafas dan teruskan minum. Done!



Abes minum air blackcurrent ni, kami pergi basuh kereta yg berhabuk 3 minggu tak berbasuh tu. Dasyat dah dia punya kotor. 

Jam 11.30pm, kami datang balik ke Klinik Soraya dan sekali lagi sample darah aku diambil. Tak tunggu masa yg lama, dapat result. Pembantu klinik tu kata, aku OK takdek apa-apa yg merisaukan. Alhamdulillah. 

Kami pon gerak balik tp terpaksa berpatah balik sebab aku terlupa nak mintak MC. Setel dapatkan MC, kami pon balik rumah dan bantai tidur sampai ke petang. 

Mengantuk sangat sebab asek terjaga malam tadi. Hadif batuk. Mama dia pon batuk. So tak dapat tidur lena.

BTW, nak tunjuk HM's Jr latest picture :) 
Aku pegi scan semalam dekat Alpha Specialist Centre, Kota Damansara



 

PBJV Dinner 2010

Nak cerita pasal Dinner PBJV last week. Tp macam banyak pulak benda nk siapkan dulu.




So layan je la sekeping dua gambar makyoung Lydzar ni yer..

psstttt : aku sorang je committee member yg tak pakai lip lap lip lap tau.. :P yang lain2 memang semua anggun menawan cantik kompom tertawan..



Announcement : Pemenang Food Craving Giveaway

Ala-ala announcement hari raya tau!

"Bagi menyempurnakan titah perintah Cik Puan Mommalydzar, setelah diperkenankan oleh para juri yg arif lagi bijaksana maka dengan ini saya mengisyhtiharkan pemenang bagi Food Craving Giveaway "..

Ehem ehemm..DRUM ROLL sket !!


DRUM ROLL!

DRUM ROLL!!
DRUM ROLL!!!

And the winner goes to :


Congratulation!! CLAP CLAP CLAP!!!

Jawapan yg  ERAWATI paling hampir kepada jawapan sebenar --- > Pulut Durian..

Sebab yg sebenar-benar tiada yg lain selain yang sebenar, mommalydzar teringin sungguh la nak makan ;


The King of Fruit. Susah nau nak jumpa sekarang ni. 
So kepada Erawati, sila tinggalkan details anda utk tujuan pengeposan hadiah yer..
Nama betul, alamat, no tepon..

Congrates sekali lagi pada awak :)

Pada yang lain-lain, terima kasih yang tak terhingga kerana memeriahkan GA mommalydzar ni. Bertemu lagi kita di GA yang lain yer..




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®