Saya cuti esok!

Sebab saya nk BALIK KAMPUNG oooooo BALIK KAMPUNG!!

Girang sungguh bunyi nya kan.. :)
Memang saya happy sebab dapat balik kampung. Insya allah, balik kali ni kami ada agenda visit orang sedang berpantang di Kuala Terengganu, dan ke kenduri kawen staf Abg di Kuantan. 

My sister-in-law (my brother's wife) dh selamat melahirkan anak pertama dorang last week. Pre-mature baby (7months) , masih di dalam NICU dok dalam incubator. So kalau pegi pon, cuma dapat visit ibu baby saje lah. Takperlah, visit ibu pon takpe, sambil-sambil sebarkan ilmu breastfeeding pada dia.
Penting ni, supaya cucu-cucu embah Rusman, semuanya disusukan dengan susu mak masing-masing :)

Jap lagi saya update cerita farewell bos saya ye. Hari ni last day dia bersama kami. Sad..

Breastfeeding : "DIA" datang!!!

Bila dia datang, terbantutla kisah saya nk perabis ganti puasa hari ni.

Nasib baik, Ramadhan 1 months to go lagi. Tolak lebihkurang 7 hari berkepit dengan 'dia' boleh la start puasa semula.  Hehe lain kali jgn last minit..Ini nasib baik la sehari lagi, kalau patlimabelas hari lagi, camno nk jawab tu?? Ingatan utk diri sendiri dan kawan-kawan lain jugeeee hehe!

Actually 'dia' datang with early sign. Tapi saya tak dapat langsung detect itu adalah tanda kedatangan 'dia'

Patutla time saya pump dekat opis, hasil kutipan adalah mengecewakan saya.  Bila 3rd session tu lagi lah, saya dapat 2oz saje!!

Tp saya tak putus asa, everything goes on macam biasa..Pumping ikut schedule, minum byk air, makan secukup rasa..makan vitamin juga secara konsisten. Tercuit jugak hati ni dengan rasa kecewa, tp bila balik rumah saya motivasi semula tengok stok-stok sedia ada dalam peti ais tu. Saya sematkan dalam hati, INSYA ALLAH production saya akan kembali mcm sebelum ini!!

Kemuncaknya malam tadi. Saya nk solat Isya..baru perasan si 'DIA' dah ada.

Perasaan saya bercampur-gaul. Gembira sebab inilah puncanya susu saya menyusut. Risau ~ apsal period cepat sangat datang semula! Dah la badan jenis subur..adoiiii!!

Harap-harap lepas ni, kilang saya beroperasi mcm biasa. Boleh hasilkan stok macam sebelum ni. hihi

Saya ada berita nk kongsi bersama. Jom pegi kedai Triple-S saya tengok benda yang saya nk kongsikan tu. Ada tips yang penting dan berguna tau.

Wordless Wednesday : Piknik

Ganti puasa

Okeh misi menggantikan puasa bermula.

Hari ni first day..dan esok or Khamis the last day..hehehe!!
2 hari je. Supposedly puasa penuh kot last year, sekali diserang diarhea dan muntah-muntah plak. Terpaksa la berbuka sbb dh tak larat nk pening-pening lalat.

Insya allah tahun ni boleh penuh kot :)

Pagi tadi saya bersahur ikut saranan dari blog  Mychibibox

Saranan Jadual Pemakanan Tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma. -saya tak makan sebab takdek stok kurma kt rumah
(3) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa



Dan petang nnt utk berbuka saya follow juga saranan beriut..I FOLLOW bak kata SY :)

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.


Sebelum tidur:

(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.


Mychibibox ada extra tips juga utk ibu-ibu yang tak mengamalkan supplement Shaklee. Jom saya kongsi kt sini;

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Makan oats ATAU minum secawan horlicks + oats. **Resepi GenkiMomma : 3 sudu oats + satu sudu horlicks + satu sudu teh gula + secawan air suam.
(4) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.


Waktu Berbuka:

(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Minum air soya panas.

Sebelum Tidur:

(1) Minum air suam sebanyak mungkin.
(2) Minum secawan Milo atau Horlicks panas atau barli suam.
(3) Vitamin - apa jua
supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

(1)Credit to GenkiMomma
 
Nasib baik la botol air atas meja saya kosong. Saya dh nak tersasul minum air jap tadi hihih..Maklumla, bila tak puasa, mmg asek minum air je, Nak cukupkan at least 2L intake air.. :)
Alhamdulillah, belom rasa dahaga or lapar yang menduga. Insya allah saya boleh menghabiskan puasa hari ni..



Susu Ibu Kurang Di Bulan Puasa – Perancangan Sebelum Menyesal

Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan diinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!

Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?

Let’s say,

1.anda kini dah ade stok sebanyak 20 Oz dalam Freezer
2. jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 Oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
3.bayi kesayangan anda cuma minum 15 Oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
4.jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa nanti jatuh kepada 9 Oz sehari

Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,


Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.

So, apa nak kena buat?

Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah,


Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.


Jika anda Berjaya menghasilkan 25 Oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 Oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.

Macam mana nak banyakkan susu cara yang paling selamat?

Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti Shaklee. So far, Set B (vitamin untuk ibu menyusu) yang paling berkesan. Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja.

=> Klik sini nak tahu perbezaan Set B Breastfeeding dengan milk booster yang lain.
=> Klik sini bagaimana seorang ibu menggandakan susunya hingga 5x ganda!.



Harga runcit untuk Full Pack ialah RM296 (hubungi call/SMS 012-3103787) sekarang untuk dapatkan harga special) dan RM80 untuk pek ekonomi. Dan kebetulan kini saya sedang mengadakan cabutan bertuah untuk semua pembeli. Hadiah utama iPad 2 OK! Tawaran hanya sah jika anda beli di sini dan dari blog yang tersenarai.

Ataupun untuk lebih BEST anda boleh ambil produk di bawah ni:


Sama-sama lah kita bersiap sedia menghadapi bulan Ramadhan al Mubarak. Selain persiapan mental & rohani, koleksi stok susu ibu juga sangat penting ;)



Shopping at JAKEL, SHAH ALAM

Sabtu lepas kami ke sana. Niat nya of course la nk beli kain. First time nih ke JAKEL hehe..

Since this wiken kami akan balik kampung, jadi saya kena jugak beli kain last week sebab dah takdek masa dah nk sevey ronda cuci mata tengok kain. Maklumla saya tak rajin nk ke Jln TAR..dan saya tak jumpa kedai kain dekat area rumah saya. Dekat area opis memang ada, tp ia adalah Gulati's huhu.. Mahal!

Saya dh tanya balik kali dgn Cik Abg saya, tahun ni nak theme kaler apa. Dia diam tak layan pon soalan saya tu. DIAM je manjang. Dalam JAKEL saya tanya lagi, dia blur lagi. Saya pon blur, tak tau nak kaler apa.

So aritu, saya terus bawak Hannah ke area kain cotton, dan suruh dia pilih kain mana yang dia suka. Dia tengok kain-kain tu dan pegang salah satu kain. Saya tanya dia, cantik ke kain yang dia pegang tu. Dia kata, cantik. OK confirm. Saya mintak staff Jakel potongkan kain tu 3 meter. Dan berdasarkan kain yang Hannah pilih tu gak la, saya decide utk jadi theme kaler kami this year. Hehehe senang keje saya.

Lepas tu, suruh Abg pilih kain utk dia dan Hadif pulak. Kena ikut tema Hannah dah pilih. OK done, 6meter kain yang sama utk hero-hero saya.

Dan last sekali utk saya :)
Masa saya tengah nk pillih tu, tetiba ada sorang staff umumkan dorang nk buat Happy Hour. Kain yang berharga rm75-98 sepasang dia lelong jadi rm120 utk dua pasang dalam masa 15minit..Apa lagi saya pon bertukar la dari section kain murah ke kain mahal tu ~mahal la bagi saya bila lebih rm50 sepasang~..hehe.
Pilih-punya-pilih, dapat la 2 pasang..saya ambik lagi sepasang tp kain lain lah, sebab nk buat nursing jubah..
Saya ada snap gambar, tp mana la saya letak memory card tu..

updated: saya dh jumpa memory card saya

 Dari kiri :1. Utk Hannah & Hilda, 2. Utk Mama, 3. Utk Papa dan Hadif.. very light purple

 
 Untuk dijadikan jubah nursing saya

Alhamdulillah tercapai misi saya. Baju raya tetap kena ada walaupon tak beraya sakan pon..Wiken ni hantar balik kampung mintak mak jahitkan.

pssstt : Ada sesiapa berminat nk tempah baju kurung menyusu dgn mak saya tak?
Saya sedang merangka nk jual/amek tempahan nursing kurung/jubah pulak lepas ni. Tak semestinya utk beraya jer..Kalau ada yang berminat, jgn malu jgn segan..pm la saya :)



My new team-mate, TRIPLE M

Let's welcome my new team-mate in my successful breastfeeding journey.

Ostematrix (calcium-magnesium) , Performance Drink dan Energixing Soy Protein

Team lama;

Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Afalfa
Maka lengkaplah team TRIPLE M saya :

Mom's Marvellouse Milk.
Making More Milk.
Making Mummilicous Milk.



Eh eh bukan la saya kata tak boleh success breastfeed baby kalau tak ambil supplement.
BOLEH sebenarnya. Yang penting all the basic and foundation concept of breastfeeding kita kena ikut.

Apa dia basic concept itu?
-Kerap kosongkan breast : Direct feeding when u are at home dan keep pumping 3hourly.
-Minum air banyak : 2-3liter air sehari. Tak boleh??Rasa nk muntah? Asek nk terkencing?? hehe kena jugak!! tk boleh ngelat :P
-Doa dan tawakal - boleh refer entry ini utk doa dan amalan yang baik utk ibu breastfeeding

Dah tu kenapa saya amek semua benda TRIPLE M tu?

Yang pertama : sebab saya tahu pemakanan saya tak ikut piramid makanan yang disarankan. Mana la saya nk dapat complete course seharian. Agak mustahil. Kt area opis saya ni, susahnya la nk cari hidangan lunch yang ada sayur, ayam, daging etc tu..Yang senang dapat cuma masakan panas nasik goreng, mee goreng, ciken chop, mee sup etc. Tu pon itu je lah food court yg terdekat dengan opis.

Kt rumah pon, kadang-kadang saya masak lauk tak sempat bersayur sangat. Masak nk cepat kan. So saya amek je cara mudah, makan aje la supplement. Dah sah-sah ada semua tu dan senang saya nak telan. Lucky sebab saya tak takut nk telan ubat/vitamin :)

Yang kedua : Saya memang perlukan banyak tenaga nk uruskan kehidupan seharian saya. Maklumla anak dah ramai, kecik-kecik lagi pulak tu. Suami pulak tugas dia memerlukan dia kerap outstation. Waktu dia takdek tu, mmg berganda-ganda lah tenaga saya kena ada, sebab nk uruskan semuanya sorang diri. Daripada saya asek merungut penat, balik rumah melepek asek nk tidur je then biarkan je semua benda tak terbuat, then moody dgn anak-anak, baik la saya carik samting yg boleh memberikan saya tenaga.
Untuk info : B-complex berfungsi utk menukarkan gula (makanan) kepada tenaga.
Boleh baca entry semalam, how do I manage the 3 kids when hubby away.

Hmm dan selainnya, of course la utk maintain milk supply saya.  Susu bertambah pekat. Anak pon cepat kenyang. Yang ni mmg dh terbukti pada Hadif dan Hilda.

Perlu ingat, walaupon dah makan vitamin, jangan pulak tak pam susu/direct feeding - susu tetap tak bertambah kalau kita relax goyang kaki mcmgitu.. :D

Semoga saya terus cemerlang dalam sesi penyusuan saya dan Hilda..Doakan saya ye :)

Ada sesiapa berminat nk join together-gether bersama team Triple-M tak?? KLIK SINI.

pssst : Performance Drink tu bukanlah milk booster. Ia adalah minuman anti dehidrasi. Saya minum sebab saya tengah prepare my body nak ganti puasa next week.

Pengangkutan awam kami :D

Insya allah hari ni suami saya balik kepangkuan keluarga. LEGA!

So esok dah takpayah saya ber'pengangkutan awam' macam ni lagi dah. Jarak perjalanan tak jauh mana, tapi sebab saya membawa muatan yang agak sarat, jadi saya perlu bantuan alat pengangkutan seperti berikut.

Destinasi : Tadika Delima Ilmu dan rumah kami home sweet home - ulang alik.
Kenderaan utama : ALZA PUTIH (2010)
Kenderaan bantuan : Stroller My Dear (beli tahun 2007)
Alat bantuan towing : Ring sling kaler oren - color sami bak kata suami ku.
Muatan : Trio HM dan 6 biji beg kami.

Cara-cara;
1) Masukkan muatan (beg) kedalam tempat letak barang dibawah stoller dan sangkutkan lebihan beg di handle stroller.

2) Letakkan Hadif di dalam stroller dan Hannah di belakang supaya dia dapat memijak tempat letak kaki dan berdiri di belakang stroller. Rujuk gambar lama kami.
Nampak tak tempat letak kaki utk Hannah berdiri tu.

 3) Mama pakai ring sling dan letakkan Hilda didalam. Kalau Hilda tak tidur, position tummy to tummy. Kalau Hilda tidur, position craddle carry - dalam gambar dia tidur-



4) Semua dah at place..OK jom kita gerak. Mama with one hand or sometime dapat hands-free akan menolak stroller masuk kedalam lif.


Lucky us, warga apartment agak prihatin. Bila nampak kenderaan dengan muatan yg penuh ni, dorang akan kasik chance kt kami masuk dulu dan tolong jagakan pintu lif yang agak ntah-ada-sensor-ntahkan tidak tu supaya kami tidak tersepit tiba-tiba.

Sekian laporan bergambar tentang laluan trafik dengan kenderaan berat ini utk dijadikan sebagai kenangan.
psst : Stoller MYDEAR ni baru-baru ni jer mula berjasa. Since beli tahun 2007, dia hanya terperuk dalam bilik stor selama hampir 3 tahun kerana tak muat kami nk sumbat dalam bonet Kelisa dulu. Pernah berniat nk jualkan dia..huhu

5th Birthday Party of Dhiya Iman

Cerita hari Ahad lepas ni. Rajin sangat ummi dan ayah Dhiya buatkan anak-anak dia birthday party. Rasanya almost every year dapat jemputan. BEST!!

Saya baru sekali organize bday party utk anak, tu pon very the small one. Masa Hannah punya 3rd Birthday tahun lepas. Nak buat party macam ni, bajet kena ada..Kalau takdek bajet, kita celebrate ngn family sendiri sudah :D

Insya allah saya plan nk buat birthday party utk Hannah masa umur dia 5 tahun kang bersempena date yg sangat cantik 12.12.12..huhuh cerita lagi setahun tu, kita simpan dulu lah. Semoga ada umur saya utk laksanakan cita-cita nan satu tu..

Birthday Dhiya Iman ni, buat dekat KFC Wangsamaju. Majlis start jam 12pm. 


Dhiya Iman dengan Choclate Indulgence yg super sedap!
Selalu tanya bila nk buat birthday dia dekat KFC
Dengan Chiky
Orang dh bersurai, dia masih lg berdiri kt situ
Hilda lepak dgn Papa je..
Eh ada jugak rupanya Hilda dgn Chicky, takmo ketinggalan eh
Hadif sorang takdek gambar dengan CHicky sebab dia takut.


Dhiya Iman bagi goodie bag yang ada banyak sticker. HMs dapat 3 beg, maklumla bertiga punya. Kalau tak, mau bergaduh kang. TQ Dhiya, ummi dan ayah!


Seronok tengok anak-anak happy macam ni.

Insya allah, mama akan buat birthday party utk anak-anak when u all turn 5..sebab masa tu dh reti rasa seronok, dh reti nak main games, dah tak moody mengantuk time orang tgh nak hepi-hepi..INSYA ALLAH, doakan mama and papa murah rezeki dan panjang umur yer

Gangguan bekalan air hari ni sampai Jumaat

Malam td, pengetua TDI sms saya, bagi tau supaya boleh bawakan 1 tong air utk kegunaan anak-anak kt sekolah. Ada gangguan bekalan air katanya. Memang kawasan kami terlibat. Boleh tengok dalam senarai ni utk kawasan yg terlibat.


GAmbar kredit to : SharingInfoz

Masa tu saya tengah sidai kain. Terduduk kejap, pikir macam mana la saya nk angkut setong air bersama-sama anak-anak dan beg mereka. Papa HM takdek kt rumah. Semalam dia berangkat outstation ke Singapore sampai esok.

Nak angkut anak-anak dengan beg dorang pon dh jenuh saya, penuh tangan. Inikan pulak nk angkut sekali dgn air. So saya reply sms Pengetua TDI memohon ampun dan maaf sebab tak dapat nak membantu disebabkan kekangan tadi tu lah. Nasib baik Pengetua TDI OK. Dia paham masalah saya.

Jadi tadi utk tidak membebankan pihak TDI, saya mandikan Hilda juga dipagi-pagi hari tu. Mandi air suam, insya allah she's OK. Hannah dan Hadif mmg dah rutin mandi dulu pegi sekolah.

Malam tadi, puas jugak saya memunggah periuk belanga kt dapur tu nk buat bekas simpan air. Dapat la beberapa bijik periuk dan baldi air.

Hopefully pihak SYABAS dapat siapkan kerja dorang cepat.

pssst : petang ni saya nak snap gambar mama-anak-tiga penuh tangan membawa anak2 turun dari rumah ke parking kereta.. :D

Breastfeeding : situasi kecemasan dan amalan doa

Ok kita sajikan cerita breastfeeding lagi..situasi kecemasan tp bukanlah ditimpa bencana.

Pada satu pagi yang aman, mak beranak tiga ni selalu kalut prepare beg mak dan anak yang berlambak tu. Beg baju anak je dah tiga, cooler bag ada 2, satu utk bekalan Hilda di taska dan satu lagi utk bawak ke opis. Handbag mama lagi. So total beg ada 6 utk diangkut setiap hari..

Ni lah kesan dan akibat bila tak prepare dimalam hari. Pagi-pagi tu lah baru semua benda nk dibuat :P

Dan disatu pagi yang aman tu saya dh tersalah capai breastshield. Tengok kt gambar bawah tu ada dua kaler kan, kuning dan biru. Pam kt opis jenama Spectra, breastshiled dia kaler biru.. Yang kuning tu breastshield Medela. Saya dh pening ni, cemana nk buat double pumping.


Mula-mula saya buat single pumping sambil try berMARMET ~nak jugak buat double pumping~. Tapi saya belum expert, rasa sangat messy.

Tetiba timbul mentol idea atas kepala saya.  Saya sambung semula tube Spectra dekat mesin, dan sumbatkan tube ke dalam lubang breastshield Medela ni. Dan letak dia ditempat yang sepatutnya..Wallahhh tak sangka, idea ni sunggoh berguna sebab lepas tu saya dapat berdouble pumping macam biasa hehehe!!


Saya ada perkongsian buat ibu-ibu yang telah berusaha utk pumping dan meng-up-kan stok tapi masih juga disitu (belum dapat hasil yang dihajatkan)..mari kita atasi kekecewaan dengan amalan-amalan rohani pulak. Sesungguhnya yang baik itu datang nya dari ALLAH..kan :)




"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

credit to : MamaFaiz

Semoga amalan kita mendapat berkat daripada ALLAH dan semoga ALLAH memurahkan rezeki susuibu utk bayi kita..

Kalau nk cuba sesuatu selain doa utk meng'up'kan production susu pon boleh juga. Meh klik kt SINI - preparation utk bulan puasa nnt

Hilda Marissa - imunisasi 3 bulan

Sebelum saya cerita pasal Hilda kena cucuk ni, saya nk tepek gambar kami dengan Rose dan Rafiq. Macam saya cerita semalam tu, terserempak dengan dia kt SACC. Abah Rafiq tukang snap gambar.. Kalau la Hadif ada sekali bergambar, memang boleh nampak beza sangat dgn Rafiq ni. Rafiq montel dan comel sangat :)

Rose, saya dh curik gambar ni tau..Nak tepek kt blog saya jugak.
Hoih! Mencurik pon nak bgtau ke?? ekekeke


Ok balik pada topik asal.

Lepas makan kt SACC kami terus menuju ke DEMC. Nasib baikla tak ramai sgt orang. 
Layan jap gambar Cik Hilda Marissa diinject oleh doktor. Mama pulak sibuk nak snap gambar.
Tak perasan pon tetiba dh siap :)

Sedap sangat la jari telunjuk dia tu..

Apelah kakak nurse dgn uncle doktor ni nak buat kt saya ni

awwwwww!! sakit lah!!
Berat Hilda 3 bulan = 5kg. Naik setengah kilo saje. According to Doktor, takpe sebab masih dalam graf.
Anak-anak mama masa kecik gini, mmg semua dalam graf, bila dh setahun lebih mmg masuk line kuning plak. Susah sangat nak makan. Huhu!!


Lagi satu, ini adalah percubaan Cik Hilda Marissa utk roll-over. Setakat ni baru sekali dia betul-betul berjaya meniarap dengan segala susah payah dan usaha. Masa tu mama tgh busy sapukan kakak Hannah ubat, terdengar mulut dia bising potpetpotpet, rupanya dia tgh struggle nk terbalikkan badan dia. Hihihi..!



Lalu mama, kakak dan abang pun jadila pompom girl and boy kt tepi comforter dia bagi sokongan dan galakan..Lama gak kami bersorak tp tak terbalik-balik.. 

Agak boring menunggu, Mama pon sambung sapu ubat kt kakak, dan abang hadif pon sambung main toys dia. Sekali tanpa kami sedar, dia dh pon berkeadaan macam ni.


Hoyehhhh!!! Hilda berjaya!!!
Tapi sekejap je dia dh nangis suruh angkat..dan sekali ni je lah dalam masa seminggu dia berjaya meniarap sendiri huhu.

Sampai hari ni dia masih berlatih dengan gigih lagi. Doakan Hilda berjaya dan terror yer semua.. :D

Father's Day Celebration

Sebenarnya kami dh tercelebrate awal sket dari hari sebenar. Sebab alang-alang dh keluar hari Sabtu aritu. Plan nk pegi inject imunisasi Hilda kt DEMC. Keluar pon dah jam 11pagi, semua belum breakfast. Maklumla saya diberi cuti utk tidak memasak ~padahal papa kata jangan menggoreng aje~ since Hannah sedang dilanda chicken pox nih. So saya ajakla dorang semua pi makan dulu. Dan makan yg special sikit dari biasa sebab Father's Day.

Papa yg pilih kedai. Kita yang lain ni setuju aja.





Masing-masing tengah tunggu order sampai.


Tiga hidangan yang sampai dulu. Kakak Hannah pilih sendiri kek ni. Dia memang suka sangat dgn kek coklat.


Juadah sampai kita teruslah BRUNCH..

Nasi goreng dengan satay
Fish and Chip

Pinggan Papa sampai last sekali. So dia tak dapat nk enterframe sebab masing-masing dh malas nk amek handphone.


Ucapan khas buat Papa of the Day..

Happy Papa's day..semoga Papa sentiasa jadi Papa yang paling hebat, paling baik, paling kacak, paling comel buat anakanda sekalian..dan semoga Papa sentiasa jadi suami terhebat juga :) 
WE LOVE YOU SO MUCH!!


Masa nk keluar dari SACC lepas BRUNCH, terserempak pulak dengan Mek Rose dan family. Comel sangat si Rafiq. Friendly dan suka sunggoh tengok baby..Nnt Rose upload gambar ye..nk cilok! :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®