Adakah Handphone Itu Penting Bagi Anda?


Bagi aku, tak berapa penting kot walaupon ia adalah antara gajet terhebat abad ini.

Ini adalah kata-kata dari pengguna handphone yg tidak tegar.

Mana taknya, semalam aku tertinggal handphone kt rumah. Tapi hati aku masih tenang kt opis. Takdek pon teringat-ingat atau risau akan misscall dan sms yg bakal ku terima. Dan bila aku check handphone aku malam tadi, cuma ada satu misscall dari entah siapa..no tak register dalam phonebook aku. Tengok betapa takdeknya orang nk call aku kan..

Aku memang tidak meng'expect' Incek Kamaruddin akan call aku sebab service roaming dia tak boleh pakai pon kt sana. Aku tak tau la cemana dia communicate/berhubung ngn rakan-rakan segerombolan dia. Pakai walkie talkie kot..
So handphone dia dalam mode 'suara wanita menjawab' setiap kali ada orang dail.

Kalau orang lain tertinggal henpon mesti menggelabah giler kan. Seolah-olah henpon tu adalah 'nyawa' dan barang wajib dibawa kemana-mana hatta ke toilet sekali pon. :)

Aku bukan businesswoman, jadi aku memang tak kan bz menjawab panggilan dan sms. Semua orang memang jaraaang sgt call aku, Mebi nnt aku cuma mengharapkan anak-anak aku jer yg rajin calling2 mama dia ni.

Aku bukan pendengar muzik digital yg tegar simpan seratus dua ratus lagu mp3 dalam
henpon, siap gantung henpon kt leher, earphone/headphone asek la melekat kt lobang telinga tu..

Aku juga hanya bergantung pada kamera Nikon aku utk amek gambar anak-anak dan gambar syok sendiri perasan cantik aku.

 

Sebab tu la aku cuma pakai henpon sebelah ni. Very the basic spec. 
Boleh call, sms, simpan no tepon, simpan nombor akaun bank..jadi jam tangan, jadi alarm clock bunyi ayam.. dan tak lupa dia ada flashlite. Selalunya kalau aku dh tutup semua lampu before tidur, flashlite ni la yg jd torchlite aku menuju ke bilik. Kalau tak, kompom teraba-raba carik jalan ke bilik haha!

Eh byk gak kegunaan dia rupanya kan!
 






    
Ini pon atas belas ihsan mak aku..henpon pinjam je tu..huhuh
sebab henpon LG aku dah rosak sound nya.. Bila calling-calling, orang tak bley dengar suara aku.. Ohhh saya bukan bisu..saya berkata-kata tapi orang tak dengar. Adakah mereka yg pekak?? Hahaha!

Dah almost setahun aku pinjam henpon mak aku. Dh jadi harta persendirian pulak dah..henpon LG putih ni aku bagi mak aku pakai. Wakaka! ada ke patut tukar ngn mak tepon yg dh rosak. 
But then, adik bongsu aku pulak pakai sebab mereka berdua pulak bertukar-tukar henpon. Adik aku pakai LG ni utk sms jer..dia ada 2 henpon!
See see..budak sekolah pon boleh pakai 2 henpon..AKU???



Tu sebab la aku termimpi-mimpi nk kan tepon baru.
Kengkononnya blogger tegar, teringin gak mak nk pakai tepon yg boleh access Wi-fi dimana-mana tu. Boleh la blogwalking walaudimana jua anda berada. Macam best gak kalau boleh snap-snap gambar Hannah dan Hadif juga gambar sediri taklupa gambar kekasih hati a.k.a Incek Kamaruddin yg dicintai itu, terus upload kt facebook. Lepas tu komen-komen, balas komen secara langsung dari tepon itu..
Mimpi mimpi mimpi...mimpi lagi..

Banyak giler choice of tepon dengan spec yg diperkatakan itu, dari yg murah sampai la ke yg mahal nak mati..cumanya sila sediakan beruwang saje yer Lydzar!

Sekarang jugak aku bukak website Mobile88.


Pics credit to : Mobile88

Our Family Potraiture

Semalam Ila singgah opis sekejap pass kan DVD Family Portraiture kami YEAY!!

Aku mcm nk share ngn kawan-kawan kt sini,  LAYANSSS..

Macam aku dh cerita kt entry lepas, photoshoot ni ada 2 sesi. Sebab 1st sesi tu ujan kan..
So tanggal 19 Jun 2010, edisi siasat photoshoot kali kedua pon bersambung lahh.
Tempat yg sama, jam yg sama..pakaian juga yg sama. Malas pulak aku nk pikir-pikir nk pakai baju apa.

Kali ni kami lewat sket, team mykhalish dh tunggu dah. Sorry Ila n hubby to keep you waiting..
So sampai jer, terus p shoot sebab takut keadaan semakin panas..hari tu cuaca memang sangat indah..
Indah yg lepas tu membuatkan kami serta pak photographer berpeluh-peluh hhuhuhu

Abg decide p kt playground terus. Boleh amek gambar HM tengah enjoy main. Memang best la playground ni..Hannah pon naik confuse nak main mana satu. Buai kah, slides kah, jambatan kah..yg akhirnya membuatkan dia mood swing spoil. Aku suruh dia join adik main slide, dia refuse..nampak mcm nak main buai. Bila aku ajak p main buai, dia terus jerit takmau.
Hmmm memang mood swing spoil betul dia hari tu..Jenuh jugak papa and mama mintak dia memberikan cooperation. Tapi nan hado..

So pak photographer pon concentrate aje la amek gambar Hadif. Memang dalam DVD tu, mostly gambar Hadif. Yer la kan, kasik chance la dia jadi model of the day since photo session ni bersempena birthday dia. Papa, mama dan kakak watak tempelan aja.

So 1st session adalah berkisar dgn Hadif dan kek birthday nya. Masa ni Hadif asek la buat muka serius. Muka bangun tido sebenarnya. Papa siap tarik mulut dia ke atas suruh senyum Haha!!

1st session :
*cubaan papa buat adif senyum ahaks *

*memang muka serius je*

 *kasih papa bawa ke syurga*

 *papa love u too hannah*



*HAPPY BIRTHDAY HADIF!*

*potong kek*

*Happy moments*
Hadif ok jer, macho je bila pak photographer arahkan lensa kamera kt dia. Yang penting dia dapat mai.


Pandai jugak Abg amek hati anak dara dia. Abg belikan bubble - ala, yang air sabun dok dalam botol tu, pastu ada stik hujungnya berbentuk bulat. Pastu kita celup stick tu dalam air sabun, then tiup..keluarlah bubble bubble cinta tu ~aku explain macam la korang tak pernah tengok rupa benda alah tu kan!~

Masa ni boleh la tengok Hannah senyum gumbira.

2nd session

*adik, jom kita main bola sepak*

*handsome boy*

 *adik happy, kakak nangis*

 *senyuman ditengah panas*

*main bubbles*

*bubbles bubbles bubbles!!*

*me and my lovely dotter*

 *nom nom nom..*

Masa nk amek gambar 4 orang ni, sekali lagi cik Hannah kita tak mau memberikan kerjasama. Maka tershootlah photo bertiga tanpa Hannah duduk sekali. Dia tengok dari tepi ja sambil buat muka sedih. Sebab tadi mama kata nk pegi dekat kuda semula, tapi kenapa TAK PEGI!
Mama tipu kakak eh..sobs sobs dalam hati Hannah merintih..

FAMILY TIME!


 *eh mana hannah?*


*dia merajuk, takmo amek gambar sama-sama*
jeng jeng jeng!!
sesi mama nk manja-manja ngn papa pulak ok..yg ni takyah citer banyak lah..
huhu apepon I LAP U Abg :)

 *I LOVE U..I LOVE U..I LOVE U*


Oleh kerana Hannah terus takmau memberikan kerjasama, maka berakhirla sesi tangkap gambar lepas sesi mama manja-manja ngn papa ni..

Lepas makan nasik lemak kt pondok tepi tasik tu, my family dan team mykhalish pon berpecah..

Habis dahhh.. :)


Santai dengan Teman Lama

Sunday, adalah hari menyambut kawan-kawan tibatiba nk datang rumah. Its actually only Syifaa and Emi - my long-lasting friends..ada gak eh, ingatkan lipstick ngn maskara je ada long-lasting huhu!

Memang dh lama tak jumpa kawan-kawan lama, last one is masa Bowling Tournament bulan April hari tu. Almost 3 bulan lah. Rindu sangat nk bergosip dgn dorang ni. Walaupon sambil gosip, sambil bz layan anak-anak..

So pagi semalam bawak HM pi kedai carik bahan-bahan nk masak. Dalam kepala plan nk masak Laksa Sarawak jer, walaupon dalam FB Emi ada request suruh masak tomyam. Ekeke takut tomyam aku kurang kick dan tak kena rasa kt lidah depa, maka aku merejek cadangan itu tanpa pengetahuan dia. Hihihi!

Almost 3pm, baru la dorang sampai rumah. Hannah tido masa ni. 


Biasa la bila orang pempuan berjumpa..lepas salam-salam laga pipi 3kali, terus la potpetpotpet walaupon belum sempat duduk lagi.

Eleh korang (org pempuan la..) macam tak biasa jer kan :P

Syifaa bawak souvenier handmade utk aku. Sweet ok picture holder tu.. TENGS Syifaa!
Syifaa memang kretip dan innovatif. Dia letakkan gambar aku dan dia masa zaman aku bujang dulu..Time galak outing sakan dgn dorang-dorang ni (Syifaa, A'a, Erin dan Lydzar )..Ohh aku rindu betul nk berjalan-jalan macam dulu.

 *kusyuk tengok gambar mama zaman muda dia - masa ni dia dh mandi*

Emi pulak bawak Pashmina, souvenier dari Dubai ..TENGS Emi!! Dia bagi coklat jugak kt Hadif.

*comot dah makan coklat*

Lepas tu acara makan-makan Laksa Sarawak. Emi kata sedap. Harap dia berkata setulus ikhlas lah bukan nk jaga hati aku. Sambil makan tu, Syifak dok tot-tet-tot-tet (imagine bunyi dia menaip sms ok!) dengan Kyra sebab lepas tu dorang nk terjah rumah Kyra pulak kt Shah Alam.

Kalau ikutkan conversation Syifaa-Emi macam nk pegi 2 orang je. Huhu tak ajak aku pon :(

Tapi lepas beberapa tot-tet-tot-tet, tetiba Syifaa ajak ikut! Aku on jer, mmg dh tahap boring gaban jugak 2 hari duduk memerap kt rumah je. Ala dorang ni belagak taknak bawak aku, padahal taktau jalan nk pi rumah Kyra. So memang aku adalah orang penting dalam episod ini.

Lepas bersiap-siap dan solat asar, kami pon gerak ke Shah Alam. Sebelum tu meh amek gambar ramai-ramai dulu!


*nmpak tak atas tv tu, itu la dia picture holder yg syifaa bagi*

Perjalanan ke rumah Kyra tak ambil masa yg lama. Sebab driving on Sunday adalah sangat heaven. Trafik tak sesak. Ramai orang prefer duduk rumah je setelah hari sabtu berjalan dan beraktiviti sakan..betul tak? 

Cantik sangat rumah Kyra. Jauh beza dgn rumah kecik aku tu huhuhu!!

*Playtime anak-anak*

Ada adegan Aryssa cuba ngorat Hadif, tapi Hadif takut lalu nanges.. Ape lah anak mama ni..dgn awek pon takut.. Aryssa is so friendly. Dia memang rajin nk berkawan, dan juga so ramah..


Makan time! Spagetti Bolognese. Yummyy!!

Kami balik lepas solat maghrib. Sebelum balik, mesti la ada acara bergambar bersama tuan rumah :)





Happy FIRST Birthday 'Alkesah Kehidupanku' !!


It was actually on last Friday, 25 Jun.

Ohh my god, i was really really forget about it..

Huhu nasib baik 'ia' tidak berperasaan. So tak dek la episod merajuk kecik hati menangis tutup muka takmo cakap sebab 'ia' telah di terlupakan. My bad, seyes tak ingat.. Lupa nk letak dekat reminder la katakan.

Anyway, I would like to dedicate this wish to my blog - Alkesah Kehidupanku


~HAPPY 1ST BIRTHDAY!!!~

Or was it :


~HAPPY BELATED 1ST BIRTHDAY!!!~
 
 
Mana-mana pon tak palah.. Ok pi tiup kek kat atas tu yer..ekekeke wajarkah sebuah blog meniup lilin?
 
Dah pon setahun aku simpan diary maya ni. Sebenarnya aku mula berjinak-jinak dgn dunia diary maya ni since 2005, my first blog  My mind's talking here. Rambling pasal tempat kerja lama huhu. Ntah kt mana silapnya blog tu terhenti kt situ je. Malas nk update pon yer kot :) 
 
Owh aku tau, terhenti sebab aku berenti kerja kt tempat tu, then join program utk lepasan ijazah kt Cosmopoint (ACCP) tapi tak abes. Life mmg bz time masuk kelas ni dan aku segan-segan nk update blog time kt kelas. Kemudiannya join kerja kt Teliti yang sekarang dh go international. Masa mula-mula join projek SAP kt Putrajaya, kami takdek access pada internet langsung. Ada ka tak dak eh, tp nk bukak internet tu memang takut-takut la. Sebab nnt bos sound huhu!
 
Lepas tu aku beralih arah ke photoblogging pulak. Fotopages @ Tentang Aku Tentang Dia Tentang Kami Tentang Mereka. 

Yang ni actually, aku bukak akaun together2 ngn blog My Mind's Talking Here. Rajin jugak, ker rajin sangat eh.. post gambar. Dan aku terus keep on update the album+photoblog. Kisah-kisah bujang, aku bertunang, kahwin dan  bersalinkan Hannah, progress perkembangan Hannah, tetiba mengandungkan Hadif ~tetiba kah!~ dan melahirkan dia, experience PJJ ngn Abg dan cerita time kami duduk Penang ada tercatit dalam tu..

Dan yg terakhir buat masa ni adalah Alkesah Kehidupanku. Aku create masa tengah dalam pantang Hadif. Tengok blog orang lain lebih interesting buat aku bersemangat nk godek template2 yg ada. Maka pada 25 th June 2009, lahirlah 1st entry di sebuah blog baru :)

Kat sini lah aku membebel-bebel macam mak nenek sampai sekarang.
Memang best bila baca balik entry-entry lama. Harap blog ni kekal lama :)
 

Anne jatuh talak tiga

Dah baca sokkaba metro hari ni? Salah satu tajuk utama kt muka depan dia kan..

Tak tau nk komen apa, nasi dah pun jadi bubur. Kalau nk rujuk lagi, kena 'cina buta' lah kan.

Pay Day Again!

It's pay day again!

Hehe, sebenarnya semalam lagi dah masuk. Awal kan! Menurut Kak Liza, HR Exec kami, orang bank terfloatkan awal gaji kami. Hehe kami tak marah kak liza, kami laaaaagi sukak tau!!

Mood nk clearkan akaun melalui maybank2u tak sampai lagi. Tak pa awal lagi..Esok lusa pon boleh buat sebab dah ada broadband kt rumah. Sebab mood takdak adalah tak bawak buku belanjawan pink aku. Anak-anak dok lenjan, conteng sane sini buku aku tu..Comot dah..Haih!

Update Abg, dah sampai San Jose petang semalam, waktu Malaysia 3pm..sana 12am..sempat la YMCall ngn dia sebelum dia masuk beradu. Dan chat lagi malam tadi before dia pegi kerja pulak..Hilang rindu sekejap :)

Menurut cerita, perjalanan dia berproblem sket. Lebih bermasalah sebab dia tak activate roaming service. Tiba di L.A, dia tak tau kenapa dia ditahan utk screening kali kedua. Walhal orang lain lepas. So dia agak tertinggal daripada group yg dah kena keluar dulu utk amek flite seterusnya. Nasib baik juga, flite agak lewat. Mesti Abg rasa sangat cuak..

Setel bab screening, dapatla dia join group utk naik flite seterusnya. Tiba di airport San Jose, dorang perlu amek bas pulak menuju ke hotel. Lagi satu hal terjadi. Abg cuma heret luggage bag dia naik bas, terlupa dia pada beg Targus yg dia bawak sekali. Bila dh ada dalam bas, baru la dia teringat bag tu tertinggal kt bus stop. Menurut ceritanya, bergegas dia turun dari bas dan berlari-lari ke bus stop tadi. Fuhh, lega bila tengok beg Targus masih elok tak terusik di situ.

Nk kembali ke pangkuan group dia, dia tak tau lokasi semasa dorg sebab dah terpisah tadi. Nk call ataupon group dia nk call semula pon susah sebab abg tak roaming. Kalau la terjadi kt aku, ntah macam mana lah..huhuh. Tp at last dapat jugak la dia bergabung semula dgn group dia..

Huhu abg bawak bertenang ok. Harap lepas ni tak de problem dah yer..boleh enjoy trip.

Syg doakan perjalanan abg lepas ni dipermudah kan..amin


Maxis Roaming Service

Letih rasanya menghadap Hannah yg cranky. Lately dia memang cranky. Nak pegi sekolah cranky sebab takmo bangun tidor. Time jemput balik sekolah pon cranky sebab nk main kt taman lama-lama. Papa-mama nak makan kt kedai pon dia cranky takmo duduk kt baby chair. Huhu aku kena ada kesabaran dan daya tahan-naik-darah yang tinggi, bukan darah tinggi tau~ especially bila Abg takdek ni.

Malam tadi pon, adik dah ngantuk so mama nk tidurkan dia kt bilik. Hannah tak bagi.

"Adik tidur kt luar je! " dia bagi arahan.

Oklah, nk jaga hati si kakak, aku pon bawak keluar tilam kecik ~tilam hadif masa baby dulu dan nenenkan dia dekat hall je. Hannah puas hati sambil dok tenung-tenung wallpaper kt laptop tu. Ada gambar kami sekeluarga. 

Tengah syok-syok adik nenen, tetiba Hannah datang tolak adik dan cuba nk menyelit kt tengah-tengah. Nak take over adik punya nenen. Aku pujuk dia supaya nenen sebelah kiri, tp dia tetap insist mahukan nenen adik juga. Bila tengok dia buat keras kepala macam tu, aku pon angkat badan dia supaya boleh nenen disebelah kiri. Hannah pukul badan aku sebab menangkan adik.

"Adik, jom lah kita tidur kat bilik. Kakak buat mama. Mama taknak kawan ngn kakak"
bingkas aku bangun dan tinggalkan Hannah dekat hall. Hadif dah lalok ~ape ape jer la mama..adik dh ngantuk ni..ktmana nk tidur pon adik tak kesah 

Adalah dalam 5-10minit aku tinggalkan Hannah kt luar. Sikit pon dia tak jenguk kami dalam bilik. Menangis tak meraung pon tak. Hadif dh lena, baru la aku keluar utk tengok keadaan Hannah. Rupanya dia tengah tekupkan muka sambil meniarap. Merajuk la tu..

Bila aku sentuh bahu dia dan pusingkan dia mengadap aku, baru la dengar dia menangis tersedu-sedu. Isk Isk aku rasa nk join nangis sama dah masa tu. Sayu sungguh hati. Aku peluk dan dukung dia masuk ke bilik..Bila ajak baring, dia terus pusing membelakangkan aku. Ni mmg kompom merajuk ni..Pujuk-pujuk, peluk dia sampai la mama dia yg tertidur. Haha! 

Errmmm agak-agak Hannah ni jeles ngn adik dia ke eh? Agak-agak dia rasa mama bias ke eh?

Yer la, mama asek dukung adik jer, sesekali je dia dapat dukung. Pagi tadi, aku dukung dedua budak sambil angkut beg pergi ke lif konon larat sampai ke kereta terus. Beratnya masya allah..rasa nk pitam. Sampai lif aku pujuk dia supaya turun, konon-konon tangan mama-nk-tekan butang lif-kalau-dukung hannah-tak boleh tekan butang tu . Nasib baik dia tolerate. Mood semakin baik bila ada makcik tgh tunggu van sekolah anak dia tegur 
"Comel nya kakak...!"

Tersenyum-senyum je dia sampai ke kereta..

 *cara-cara tunjuk protes*

Pagi tadi, tgh amek wudhu terdengar bunyi telepon aku bunyi. No kl, sape pulak la yg call pepagi buta nih? Nak panggil interview ke..hikhik! Belum dan aku habis solat subuh, telepon bunyi lagi. Aku pon laju-lajukan bacaan tahiyat akhir dan terus angkat call. Saspen punya pasal kan.

Owh rupanya chenta hati aku yg call. Semalam memang seharian aku tunggu khabar berita, tapi tak sampai. Alhamdulillah pagi-pagi ni dia dh call. Dia kt L.A sekarang. 7jam flight dari Singapore semalam. Dan tadi tgh tunggu flight nk ke San Hose pulak. Mak aiii..asek turun naik kapaltebang ajer la. Tak cakap lama pon, dia just bgtau update dia kt mana jer. 

Then masa aku tgh dok pujuk-pujuk Hannah bangun tidur, Abg call lagi. Mintak tolong aku call kan maxis utk international roaming services. Yang dia call tadi tu pakai local phone kt sana. Tak tau la aku pakai phone yg cemana huhu!

Sementara nk tunggu Hannah menggeliat tu, aku pon call la Call Centre Maxis. Kami adalah pelanggan setia Maxis tetapi sekarang rasa macam takmo setia lagi jer, sbb tak dek byk benefit pon dapat bila melanggan postpaid service nih. Jeles ngn promotion provider lain yg nampak sgt gempak..

Rupanya, tuan punya fon number yg kena request sendiri. So CSR - Customer Service Representative tu suruh aku bgtau abg supaya call dorang sendiri. Lucky, ada kawan abg yg dah activate roaming, so aku sms dia jer inform pasal itu. Sambil tu aku tanya gak la rate international call tu.

Caller charge from Outside Malaysia :

With *123# code = RM6/min or
+60 code = RM10.50/min

Receiver @Malaysia : RM5/min

Alamak! Penerima panggilan pon nk kena charge! Sungguh la mahalnya kan..

Ada sesiapa boleh share info pasal international call yg murah-murah tak? Utk aku call cik Abe..ataupun service disana yg boleh call aku kt sini, juga yg murah-murah punya..

aku ada dgr pasal iTalk bla bla, tapi tak paham la bila baca kt website dorang tuh..

Help me plis! ~tu la dia, awal-awal takmo buat research :P



Hadif Lembik ~OH TIDAK!

Lama tak tulis tajuk pasal anak-anak. Asek dok sibuk cerita hal sendiri je :P

Semalam, lepas hantar Abg kat Shah Alam, aku singgah 99Speedmart kt Subang Galaxy. Dah beli pampers dan segala mak nenek jajan, aku singgah pulak kt kakak jual yong tau foo. Abg takdak ni, mcm biasala selera makan tak bersungguh pon. Asal makan sudah. Makan yg simple-simple pon dah cukup. So menu pilihan adalah yong tau foo..

Tengah dok pilih-pilih yong tau foo tu, tetiba ada orang tegur :

"Macam kenal jer.. "

Aku pon menoleh.. Cikgu Sue rupanya. Dia ni tokei taska tempat Hannah dan Hadif pegi hari-hari. Beramas mesra lah sekejap sambil memasing tunggu yong tau foo direbus dan dibungkus.

Boleh dia bagi aku ayat tak boleh BLAH ni..geram pon ada..

"Hadif dh berjalan dah sekarang kan. Dulu lembik jer, ingatkan tak boleh berjalan..badan dah la kecik jer "

Ciss sungguh ayat. Ada ka dia underestimate anak bujang aku. Badan kecik takkan la tak boleh berjalan pulak. Dah dulu dia kecik lagi, belum sampai setahun memangla belum boleh berjalan. For info, Hadif mula berjalan masa umur dia setahun seminggu. Kira ok apa, range umur macam tu baru mula nk berjalan. Kan?

Kalau cikgu Sue nak tengok dia ni lembik ke tak ke..nah tengok gambar ni..

*steady je duduk kt hujung meja yg ringan tu*

*saya boleh panjat tangga slide ni sendiri tau cikgu!*

*ni kalau mama tak bising, mmg kompom saya nk panjat*


So cikgu Sue rasa dia ni lembik ke? :P
Haha macam la cikgu sue baca blog mama hadif nih..


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®