Bermula alkesah, hari ni Hadif dibekalkan dengan 2 botol EBM dan sekotak (650gram) susu Sustagen Honey.
Maka kisah penyusuan penuh (fully breastfeeding) berakhir pada hari ini, tanggal 2 Ogos 2010. Hari ini dalam sejarah buat mama dan Hadif.
Sedih. Yer itu satu word yg sangat TEPAT utk menggambarkan perasaan aku sekarang.
Aku dh tak mampu lagi nk bersungguh-sungguh pumping dan power pumping on weekend. Ditambah-tambah dengan keadaan lemah longlai dan tak sihat yg melanda diri since last week. Last weekend, stay kt rumah, makan ubat dan tidur. Itu aje lah kerja aku.
Pump?? Terletak elok atas kabinet dapur. Tak berusik sepanjang minggu lepas.
Ditambah lagi dengan kealpaan aku melayan blues hari Jumaat sehingga terlupa akan satu sesi pam. Maka hasil pumping pada Jumaat lepas hanyalah 4oz. Sangat sikit! Jadi malam tadi memang terpaksa suruh Abg belikan susu formula utk menampung keperluan dia kt taska nanti.
Pengasuh kt taska pon terkejut tengok ada sekotak susu Sustagen dalam beg susu Hadif. Aku cuma bgtau dia, suruh habiskan EBM dulu, then baru bagi susu Sustagen tu. Nak buat macam mana, rezeki Hadif sampai kt sini je.
Aku masih berbangga dengan diri sendiri sebab dah berusaha sehabis daya. Boleh kan? :)
1 tahun 2 bulan 2 minggu 1 hari.
Bila keadaan memang takkan memungkinkan aku teruskan perjuangan maka aku pon meredhakan diri. Kena juga beri laluan pada HM Jr. Dia anak mama juga.
Mama mintak maaf kt HM Jr, sebab tak se'excited' kandungan-kandungan yg lepas.
It just I am sooo frustrated dgn azam tak kesampaian, jadilah perasaan berbaur dan bercampur gaul. Izinkan mama berperang dgn perasaan mama sendiri buat seketika. Tapi rasanya perasaan tu insya allah akan hilang dalam masa terdekat.
Bila tengok Papa seronok dan excited, dah mula nk panggil Abg Hadif, maka Mama rasa perasaan bercampur-gaul tu takkan lama. Ntah-ntah hari ni dah boleh hilang :)
Mama tetap welcome u my dear HM Jr.
20 words from u:
Thanks ceritanya.... terus berkarya. Salam bahagia dari kami... Jeng Ida Lasem Batik Art.
sedih jugak baca post ni..sure sy pon akn jd camtu klo tiba masa bercerai susu ngn ammar nnt.
tak pe la lydzar...usahakan takat yang mampu sahaja ye..take care fren ^_^
tabahkn ati..
hah?ada baby lg ke?
dah siap prepare HM Jr. punyer pangkal nama lg tu... xpelah lydzar.. rezeki hadif minum susu mama dia smapai disini... jgn sedih2 ye... tp bab mkn ubat selsema ms ngndung ni akak conpius sikit.. sbb yg akak tau.. kalau dah pregnent ubat2an amatlah tidak digalakkan mkn kecuali panadol je..
salam..saya selalu jugak jengok blog awak..anyway tahniah..xper laa at least awak dah usaha dan berjaya bf kan anak awak..so jaga diri ok...
congrats lydzar..wah..nak dpt baby ke-3 dah..aduh..atid gak yg baru sorg..hehe..
mesti hadif tercari2 susu ibunye kan..aduh atid dpt rasakan..x sanggup nye..sedey kan..xpe la..hadif nak dpt adik..mesti dia sewonok..hehe..
@Iela Fazielah kak ila, doc yg prescribe ubat tu, dh mention sy pregnant. so rasanya boleh jer la makan..tak tahan la kalau tak makan ubat..sakit kepala
@kemmahmm begitu la perasaannya..sedih sgt..
@ayu haah rasanya memang sampai disini saja. lepas ni direct feed ajer la selagi ada titisan susu itu
@umialyatq umi alya..tgh bertabah la ni :)
@mamasue haah..ada lagi. jgn terkejut sebab saya pon tgh terkejut jugak ni
@Mummy Aleesyatq selalu singgah sini..tq so much for ur thought :)
Alhamdulillah, sekurang-kurangnyer Lydzar tetap berusaha kan? Jangan putus asa selepas nie tau...:)
xpe, lepas nie tingkatkan semula pengeluaran susu badan. Pakai apa2 yang patut supaya boleh buat perancangan...
Tak sabar tunggu HM Jr... :)
Lydzar..
so sorry..I buka ur link from my page..but the link diverted me to ur old entry about tandem..
and yet bila check balik that was old story..
and ur latest entry pasal hadif with fm..so sorry!
neway..u've done gud job before!
even dah lepas 1yr bf kn..:)congrats!
@Three Musketeers lepas HM Jr lahir, wajib amek planning. Kali ni kena gak capai 2 tahun hihih
@maslinamansorsetuju mas..
silap sendiri jugak sbb tak reti2 nk planning dgn kaedah yg sebenar
@MOMMY NADIAtq for the encouraging words mommynadia..
kena hargai jugak masa 1tahun plus yg dh diusahakan selama ni.. ia tidak sia sia kan
Post a Comment