Wah dh tiba masanya kak Maiza kita kembali memegang status wifey.
Yer la kan, life must go on. Kalau bekas hubby dia dah pon bahagia dgn dunia baru, apa salahnya Kak Maiza kita turut mencari redha Ilahi dengan bergelar isteri. Dah kawen dan jadi isteri orang, lagi senang nk cari jalan ke syurga kan :) Tak kisah la siapa pon bakal suami baru dia tu.
Nah baca sendiri cerita yg aku petik hari Harian Metro ni.
KUALA LUMPUR: “Saya terlalu merindui anak-anak dan berharap mereka dapat menghadiri majlis pernikahan ini,” luah Maizawati Zainal, 33, bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy.
BAHAGIA...Maizawati mendukung anak bongsu, Muhd Shatiri Hidayahtullah bersama empat lagi anaknya ketika perbicaraan tahun lalu.
Menurutnya, sudah lebih setahun dia tidak berhubung dengan Akhil dan berharap bekas suaminya memberi keizinan kepada kedua-dua anaknya menghadiri majlis itu di Taman Utama, Bercham, Ipoh, Isnin ini.
“Saya baru dapat bercakap dengan mereka, kelmarin. Saya sudah beritahu majlis itu dan kedua-duanya begitu teruja untuk menghadirinya.
“Akhil juga dijemput, itupun jika dia sudi hadir. Tapi, saya tak dapat menjemputnya secara peribadi kerana saya akui kami tidak pernah berhubung lebih setahun lalu sejak kontroversi tercetus.
“Malah, nombor telefon bimbitnya juga tiada dalam simpanan saya. Hanya melalui media sajalah saya mampu menjemputnya dan berharap dia sudi hadir ke majlis pernikahan saya,” katanya.
Ketika dihubungi semalam, Maizawati berkata, dia dan keluarganya kini sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahannya sebelum bergelar isteri kepada pemuda pilihan hati yang ingin dikenali sebagai Mohd, 23.
Berita penuh baca kt sini Maizawati rindu anak
Mari kita doakan yg terbaik utk Maizawati dan bakal suaminya..Begitu juga kehidupan bekas suami nya Akhil Hay..
10 words from u:
semoga semuanya berjalan lancar.....
dah sampai jodoh kan..tp dia rindu anak dia la..hmm..anak kan, sape tak sayang~~~
selamat pengantin baru, maiza.... dr dok ngutuk baik doa supaya jodoh depa2 yg berkenaan berkekalan kan?
Tahniah kat kak maiza, akhirnya, derita berganti Bahagia, smoga perkahwinan kali ini kekal ke akhir hayat, Amin.............
tengok lah dia...anak dah 5...maintain jer.....macam anak dara...tak nampak berumur sangat pun....
-ad-
@Sharinginfozinsya allah. doa-doakan la mereka kan
@.::NiK's WiFeY n MoMmY::.anak2 dia duduk ngn aqil ek..aku tak tau pulak citer pasal anak2 dia tu
@akuzlebetul tu sis..kita doakan yg terbaik je utk dia
@eMMetu la, marilah kita doakan yg baik2 saja utk dia..
@Atia Adinatu lah, kagum kan..elok jugak la beranak time muda2..dh 35 keatas tinggal nk jaga dan maintain body jer :)
Post a Comment