Finally..

As to date, belum ada lagi entry khas pasal HM Jr kan? Kesian dia..

Asek-asek cerita Kakak Hannah, asek-asek Hadif, asek-asek keluhan penat..huhu

Kalau la dia boleh berkata-kata, ntah-ntah ni rintihan hati dia ;
"Mama mcm tak welcome je saya kt blog ni" .. "Mama ni tak suka saya ke?"

Hampir seminggu aku aku dpt tau berita baru tu. Hampir seminggu masih berpikir-pikir macam mana boleh berlaku. Hampir seminggu ni jugak la perasaan tak menentu. 

In denial. Frust. Tak boleh terima. Tertekan.

Congrats wishes kt FB aku tak sudi komen lagi. Begitu juga Buzz from kawan-kawan kt YM.  Even sms one of my fren tak ku balas. 

Maklumla, dgn kawan lebih rapat ni, lagi senang nk kena laser kan..Huhu i mean, lagi senang nk bergurau secara kasar compare kawan yg kita kenal gitu-gitu je kt alam maya.

Bukan apa, aku tak ready nak terima ayat-ayat macam ni :

"Amboi laju nya korang..tak larat kitorang nk kejar ni"
"Eh bukan ke Hadif kecik lagi.. "
"Wah produktifnya ko.."
"Ko tak planning ke? "
"Cian anak-anak ko..nnt mesti dorang kurang kasih sayang"
                                        
Walaupon ayat-ayat tu tetap diiringi dgn ucapan congrate. Dan memang nyata, ayat-ayat tu memang muncul. Terguris jugak hati aku. Walaupon diorang lebih berniat utk bergurau.

Sebab tu la ayat ni tertera kt entry aku aritu,
Sila berikan kata dua anda pada dia yg sedang keliru. Berikan kata-kata yg membina saja yer, bukan menghentam saya :)
Tapi sekarang ni aku rasa, lepas berjaya membuka hati utk bersembang dgn Salwani (situasi kami sama)..aku rasa aku patut let go segala feeling yg tidak enak itu. Bukan salah dorang pon. Aku je ala-ala paranoid. Huhu!

Tersentuh jugak baca komen kt blog Munirah tentang isu yg hampir serupa.

So sekarang let me tell a bit pasal HM Jr. 

Alkesahnya, rentetan dari demam hari tu. Badan aku terus-terus lesu dan penat tiap kali balik kerja. Abg dok risau kan anak-anak dia yg belum habis selsema dan batuk. 
Pada aku dia cakap "ala..mama takdek pape tu. Penat orang pregnan je"

Gelak besar aku. 

Dan lepas tu dia beria sms aku dari opis suruh beli UPT kit. Aku cakap kt dia jgn high expectation sebab aku konfiden tiada kejadian 'accident' berlaku selama ni. So aku pon beli lah UPT kit. Pagi Jumaat lepas, lepas mengepam aku pon test. 

Dan tadaaaaa..inilah hasilnya


Surprise! Yes it's really really suprise me. SHOCK to be exact. Kelu lidah aku. Terus aku terdiam. Tak tau nk pikir apa.

Aku diamkan je, sampai la Abg tanya apa resultnya masa sama-sama tengah bersiap nk pergi keje. Aku malas nk jawab. Suruh dia tengok sendiri je sambil buat percubaan utk berlagak tenang.

"Pregnant la tu kan" dia senyum.

"Ntah, abg pegi la tengok sendiri kt toilet tu"

Dan hari Ahad, kami pon ke klinik Soraya kt SS3 utk 1st check up. Tak ramai orang pagi tu. So cepat je giliran dipanggil. Doc isi kad appointment sambil catatkan history of previous pregnancy.

"Anak sulung 2007, second 2009, dan skg 2011, pandai awak susun ye" Doc tu komen. Huhu

Haah doc, memang husband saya plan mcm tu pon. Suka la dia.

Last menstrual period (LMP) adalah 17 Jun 2010, so due date will be 24 Mac 2011.
Masa check tu baru je reach 6weeks.

Lilypie Pregnancy tickers

Date LMP sama mcm Hadif dulu, 17hb..dan due pon sama 24hb. Hadif lahir awal seminggu on 18hb, so baby will be? Wallahualam..Tungguuuuu..

Lepas isi kad, buat scan pulak. Yeah HM Jr is there. Dah nampak the sac. Tp cuma Doc je yg benar-benar paham akan gambarajah. Aku tengok mcm small spot je kt skrin tu. Takpe next check up mayb dah boleh nampak heart beat.
Doc tak print pulak hasil scanning tu. Takper la, next visit should request her to print. Boleh simpan dalam album macam previous baby.


*kakak & abang, berduet orange nk tengok baby*

Aku dh sound Abg awal-awal, rules dulu tetap applied kali ni. If baby girl, aku nak bagi nama. If boy, kuasa ditangan dia. Tapi aku rasa kalau girl ke boy ke, tetap aku jugak nk bagi nama..Hahahaha!

Ketahui lah, aku mmg dah ada fix name utk HM Jr sekarang ni. 

Tengok, tadi kan main sedih-sedih in denial, sekali dh excited siap dah ada nama lagi. Hahaha!

Well nk buat apa sedih lagi kan. Dia tetap anak kami. Akan ku tatang mereka bertiga berempat berlima bagai minyak yg penuh. Takkan kurang kasih sayang aku pada setiap dari mereka, walaupon jumlah mereka bertambah. Mama janji to all my dear kids. MY LOVE will always be around u all..Pada Papa pon sama :)




15 words from u:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

amin..amin rezeki .. dah ada sepasang .. bertambah ahli keluarga .. take care ya;-)

Iela Fazielah said...

tahniah... skrg ni mood kena happy je... nnt baby keluar pun happy jugak...

Zaidah said...

alhamdulillah...tahniah....take care

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

alahai...lin pulak suka tgk UPT tu..nak beli, takde keperluan!..heheh next year, insyaallah...liza dah siap nama ke...semangat gitu :) heheh ok la tu, lepas ni tajuk shopping la pulak..hehehe and jgn la terasa sgt dgn ckp kekawan ek..sbb kdg2 terkeluar tanpa disengajakan...maklumla, tumpang excited kot~~~ hehehe

The Womanish said...

Alhamdulillah syukur syukur....Congrats!

I gave you an award for your blog :).... for being creative & inspiring

Check it out http://thewomanish.blogspot.com/2010/08/sunshine-award.html

Unknown said...

@Nurul Diana@Mama Adam Aidil tq diana..no 3 ni tak kesah sgt kot ape gender nya

Unknown said...

@Iela Fazielahbetul betul..takmo la baby kuar nnt jenis sensitif. mama jugak yg susah kang

Unknown said...

@Zaidahsyukur ya allah atas rezekimu..tq zaidah

Unknown said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::.lyn, lepas ni tajuk wishlist dulu, lepas tu baru shopping :) yeay!

Unknown said...

@The Womanishok, nnt i pi amek kt sane..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

lantak la diorg nak kata apa,liza..mcm aku ckp dulu..Allah bagi rezeki kat ko sbb Dia tau ko mama yg kuat! xpe..muda2 ni kumpul anak..nnt dah umur 35 cmtu..ko rilex,time tu la nk jaga badan ke ape kan...iskk..aku pulak takut ni..bila pulak turn aku?umur dah dekat 30 neh..adehh!!

mamiraysha said...

Rasa-rasanya..saya bleh terjangkit tak melalui tatapan blog ni? hehe..tak ready lagi ni.. saya penah period mai lewat ari tu..dah ari ke-33 tak mai2 lagi. Punya la sy stress yg amat..sbb fikir kompem pregnen ni..maklumla sblm ni period regular. Husband pun perasan ketensionan saya.. sampai dia berdoa dlm sembahyang isyaknya..supaya Allah bg sy period..hehe.. Tak sanggup dia nak tengok muka tension sy (buruk sgt agaknya). Esoknya..period baru dtg..lega rasanya. Ketensionan ni mungkin sbb harapan sy terlalu tinggi utk breastfeed 2nd baby ni sampai 2 thn. Pastu blaja x abis lg.. ehm.. sejak husband cite dia sampai berdoa supaya Allah periodkan saya..rasa bersalah plak..teruknya sy.. so sejak ari tu..sy berusaha mempositifkan minda utk menghadapi kehamilan yg tidak dijangka! hehe..maklumla xde protection. Ape2 pun..mommalydzar..take good care of ur self and HM junior too.. tak sabo nak baca celoteh awk pasal ur pregnency lak..hehe..

Unknown said...

@.: Ain Rusli :.hahaha..yer la..cuma saat2 dan keberjayaan utk BF complete 2tahun takkan pernah berjaya kalau asek peknen je bila anak cecah 1tahun..kuikui..

nuris said...

aini..tu laaa..! umo nak 30 ni..,aku pon tgh usaha nak dptkan adik utk mika..hehee

liza..,sorry kalau aku ade bg ayat tak membina..,tp aku mmg xcited kalau ade kawan pregnant..baru aku rasa semangat nak pregnant juge..hihi
dah ade nama tu yg xtahan tuu :p
HM Jr .... we welcome you :x

Orked said...

Tahniah awak..susunan anak2 kite same la 2007, 2009 dan yang bakal lahir 2011..kite bln Ogos

Tapi saya baru je lagi..smoga smuany slamat ye wak..hepi sokmo :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®