Perkembangan Muhammad Hadif Mifzal

Lama betul tak cerita pasal handsome boy aku ni. Sekarang dah pon berumur 1 tahun 3 bulan.

Ini budak adalah sangat manja. Asal nampak mama landing tak kira la kt memana pon, atas tilam kt bilik ke, kt hall ke, mesti dia datang dekat nk landing dan senggol-senggolan sekali. Macam biasa, sasaran dia adalah "ENEN'. Dah pandai cakap "NAK ENEN" . Pastu tepuk dada aku kuat-kuat. Tak lupa buat percubaan nk carik sendiri apa dalam baju Haha!

Dengan papa pon dia suka gak landing. Tapi tak dapat la nk carik nenen.

Dah pandai buang sampah/diaper dalam tong sampah besar kt dapur.

Dah pandai letak baju sendiri dalam bakul baju kotor bila tiba masa mandi.

Dan pandai letak botol susu or cawan kt atas rak dapur lepas minum.

Dah pandai carik kasut sendiri bila mama kata nk keluar or pi kedai or pi taska. Lepas tu terus tunggu depan pintu.

Dah pandai tutup pintu tp masih awas sebab takut tersepit. 

Dah pandai kiss pipi papa and mama. Dulu dia nganga mulut then baru dekatkan kt pipi kami. Tapi sekarang dh pandai buat bunyi 'mmmwah' 

Dah pandai salam dan cium tangan sesiapa saje. Lepas gaduh ngn kakak Hannah pon kena jugak salam mintak maaf.

Dah pandai tunjuk protes. Cepat je dia angkat tangan nk babab mama, kalau mama tak bagi ape yg dia nak.

Dah pandai buli kakak. Kalau tak puas hati, tangan tu cepat jugak nak babab kakak.

Dah tak mau duduk diam dalam kereta. Sekejap nk ke belakang, sekajap nk ke depan lagi. Kekadang nk berdiri kt belakang seat mama.

Hampir boleh berlari. Rumah luas takdek perabot kan, so sila lah berlari sesuka hati mu yer adik :)

Selalu cuba nk tolong mama simpan baju yg papa dh siap lipat. Tapi selalunya terbarai balik la lipatan baju tu. Isshhhh!

Suka mandi. Suka main air. Suka toilet. Suka gosok gigi read:telan ubat gigi. 

Suka lepak depan pintu peti ais, sambil tangan cuba bukak penutup botol air Sunkist, cuba bukak penutup kicap. tau la umah kita takdek air cond huhu!~

Suka sangat nangis kalau mama masuk toilet. Suka nangis jugak kalau dia terjaga tapi mama takdek kt sebelah.
Malu-malu kucing or takut-takut kucing eh!~ kalau jumpa orang lain. 
Pegi umah nenek, mesti takmo turun dari dukungan utk 1/2jam pertama. Nangis sekuat-kuat tekak kalau nenek amek jugak dari mama.
Kalau ada orang agah dia time dalam lif, mesti dia sorokkan muka kt bahu mama.

Ohhh my DEAR SON..I LOVE U !! Semoga membesar sihat, bijak, aktif, dan jadi anak yg baik yer :)








15 words from u:

ayukhairy said...

alhamdulillah...perkembangan yang positif...mesti hadif nampak comey je bila kiss mama dia kan ^_^

Anonymous said...

pandai nye hadif...mamasue sayang baby yg independent ni...dhiya skrg ni,mamasue cuba bg dia tanggunggjawab utk igt amik bantal busuk sendiri tiap2 hari ke umah nenek.klu tertinggal,tak blh salahkan mamasue lg....=)

Sharinginfoz said...

baguslah memang seronok kan tengok anak2 membesar

Apa Orang Selalu Cari Kat Google?

Laman Alia said...

Salam perkenalan..

Hadif beza 2 bulan dgn anak sy.. anak sy dh 1thn 5 bln.. seronok kan lihat mereka membesar dengan ceria... hilang segala penat bila tgk keletah mereka.

Atia Adina said...

eh...hadif ni lebih kurang sebaya atia...atia 1 tahun 5 bulan...

maslinamansor said...

Setiap perkembanganya lyzdar peka... bagus2...

Iela Fazielah said...

wah. byk betul hadif leh buat banding dgn adik irfan yg agak slow gak.. mungkin akak lepas pandang n lebih suka buatkan utk dia kot... pasni kena train dia mcm hadif gak la...nak tiru.. xpekan ??? heheh

Unknown said...

@ayu papa dia suka sgt kalau hadif kiss papa..mmg cute

Unknown said...

@mamasueelok la tu mamasue. lgpon dhiya dh nk jadi kakak kan..kena letak rasa tanggungjawab tu

Unknown said...

@Sharinginfoz sebab tu kena abadikan jugak dalam bentuk cerita kt dlm blog

Unknown said...

@Laman Alia salam kenal jugak.

mmg pon, tenang je rasa walaupon kadang2 rasa nk marah jugak

Unknown said...

@Atia Adina oooo beza 2 bulan je ni. satu batch sekolah nnt..adik dorang pon sama kan :)

Unknown said...

@maslinamansor hehe mmg selalu perati. pastu touching sendiri-sendiri haha

Unknown said...

@Iela Fazielah bila hannah nk tolong letakkan botol adik kt dapur pon sy tak bagi. nk ajar dia buat keje sendiri jugak :)

ok takpe je..elok la ajarkan. mana tau kang kita demam ke ape ke, takat benda simple mcm tu membantu gak ringankan beban kita..kan

Syima ~Mama Kyra~ said...

dah makin bijak si hadif ni.. :)

ldyzar, saya tag awak ye..ada masa buat k :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®