Sempena ketibaan anak yg ketiga ni ~wahh! lambat lagi laaa!!~ , aku ada beberapa wishlist. Tapi yg paling obvious adalah yg satu ni. Sedaya upaya aku akan cuba jugak beli.
Taraaaa..!
Medela Freestyle Breastpump Set
Takper la kalau takdek maternity blouse yg vogeh-d'vast pon, takpe jugak kalau aku tak bertukar handphone tapi kalau boleh wishlist yg satu ni, akan ku usahakan sehingga dapat.
So demi merealisasikan impian emas tu, maka hari ni aku dah wujudkan satu tabung. Aku namakan tabung botol susu. Sebab aku simpan duit tu dalam botol susu. Hihi!
Berlambak-lambak botol susu panjang ni dalam simpanan. Hadiah hamper anak-anak yg lepas. So apa salahnya aku cilok salah satu ke dua ke (mana tau nk simpan syiling plak ekekeke) buat jadi tabung. Bermanfaat juga dari terus dok diam dalam kabinet tu.
So setiap bulan aku WAJIB masukkan at least RM50 dalam tabung botol susu ni. Paling byk RM150. Tak boleh lagi banyak dah.. Utang lain aku banyak. Hihihih..Kang tak cukup pulak aku nk beli jajan aku ngn anak-anak nk kudap2 sambil tengok tv :P
Ke ada sesapa nk sama-sama sumbang dana kt aku. MOST WELCOME ok..hehe!
Kalau pon sampai delivery pon tak cukup lagi dana tu, takpe..kumpul sampai cukup. Since aku pon dah ada Spectra3 tu. Tapi rasanya boleh kot cukup. Mana tau tahun depan Bos nak bagi bonus ~verangan tinggi tinggi sampai cucur atap..~
Dan baru kejap tadi Zareen postkan manual pump Avent. Aku beli 2nd hand dari dia since dia cuma pakai satu kali. Dan harga dia bagi amat murah. RM130 je..Sapa lagi nk jual murah macam tu kan. Actually dh deal ngn dia pasal pam tu before dapat tau berita peknen lagi. Sebab nk mudahkan urusan proses pumping dimana-mana utk kumpul stok EBM Hadif.
Aku proceed jer la walaupon dh peknen. Kang dia jual kt orang lain. Putih mata aku hihih! Insya allah next week sampai. Boleh je jugak try sbb susu aku pon bukannya totally kering lagi. :)
11 words from u:
wow simpan duit dalam botol susu, tak pernah lagi saya tengok ni
owhhh tidak... tabungan mu dah bermula yer... ila dah nak msk 5mths, duit utk freestyle cam xnmpk byg pun. bkn freestyle yg mmg konpem mhl, utk swing pun tarak. guane nihh... xpela, pakai jela spectra 3. sob..sob..
bagusnya lydzar...comeii betuii idea simpan duit lam botol susu..ishh2 nak peknen gak la..nak simpan duit lam botol susu gak..hahaha
start2 pun dah banyak tu!!!hahaha semangat tu yang kita mau je mama liza..dah start wishlist ek..bagus2~~~ :)
@Sharinginfozhaha mentol idea tetiba datang pagi semalam bila tgk byk sgt botol susu
@Mykhalishhuhu takper, ila boleh suruh daddy aqil sponsor tu..dia kata no hal punya
@kemmahaha jom jom pregnen ramai-ramai
@.::NiK's WiFeY n MoMmY::. harap2 tiap bulan boleh terus simpan amaun byk tu la..cepat sikit tabung penuh..
owh owh pizet pun kena wat tabung mcm ni gak ni...mana tau ada rezeki dapat jugak freestyle nih
freestyle tu pon bp idaman tue.. bila la agaknyer nak tercapai dapat satu.. hehe
nak try la letak dalam botol pulak ekekeke
Post a Comment