Hannah dah berjaya wean-off

Baca entry Elis pasal wean-off anak, aku pon nk cerita gak la pasal wean off Hannah. Kalau nk tau petua-petua lama yg biasanya orang guna utk bercerai susu, korang boleh baca kt entry Elis tu ok.

2 minggu lepas, mmg aku ada cerita pasal sore niple yg disebabkan oleh pregnancy ni kan. Since then, aku rasa aku mmg perlu wean-off kan si anak dara yg dh terlebih usia utk terus dinenenkan itu.Sakit giler kalau dia nenen.

Usaha pertama aku adalah, aku letakkan kan sikit sirap cap Ros kt nenen Hannah (belah kiri).


Pic credit HERE

Aku buat on weekend. Bila dia mintak nenen, aku tunjuk la kt dia yg nenen dia dh berdarah dan mama akan rasa sakit sgt kalau dia hisap. Dia kesian so dia tak jadi nenen. Tp lepas beberapa jam, dia mula gelisah. Rasa tak kena je. Nk baring susah, nak main susah. Nak tidur laaagi lah susah.

Dia mintak lagi. Aku keep on tunjuk nenen berdarah dia tu. Sedih sangat muka dia. Timbul idea dia nk mintak nenen adik. Siap suruh adik stop sebab dia pulak nak. Tolak-tolak pipi adik. Pukul-pukul kaki adik. OK kasik chance lah sekejap. Bila adik nangis, suruh dia berenti pulak.

Dh petang sikit lagi, dia mintak lagi. Aku tunjuk lagi lah yg terkena sirap tu. Dia pandang lama dan mula nak nangis sebab nenen dia tak baik-baik lagi. Last-last aku cakap:

"Tak per la, Hannah nenen je"
"Nenen mama sakit tak? "
"Sakit la, takpe mama tahan la"

Dia pon nenen lepaskan gian. Sambil tu aku buat la muka kesakitan lagi. Bila dia tengok muka mama, dia berenti.

"OK, dah la mama..mama sakit kan? "

Hihihi tipah tertipu!

Begitulah utk beberapa hari seterusnya. Tp sekali tu jer la aku letak sirap.

2-3 malam jugak dia sangat gelisah sbb tak boleh pacify buat sedap-sedap mulut sebelum tidur. Kekadang dia cium nenen mama dia. Kesian.

Sekarang, kalau datang gian dia, dia akan check lagi kesihatan nenen dia. Kalau aku cakap, Hannah nenen la. Dia cuma akan macam jilat sket dan kata "DAH'..Huhu! Kampungku Aku sudah berjaya!!

Dulu Abg cuma beli 1 pek susu 1kg utk bekalan kt taska. Cukup utk satu bulan. Tapi sekarang tidak lagi. Hannah dah suka minum susu botol. Sebelum tidur akan minum jugak. Jadual dh jadi mcm budak-budak lain yg biasa minum susu formula tu la. Beli jer lah kan since dia dh suka. Aku memang percaya yg kanak-kanak masih perlu minum susu lain tak kira la formula ataupon fresh milk selepas wean-off susu badan dgn mak dia.


19 words from u:

eMMe said...

tahniah lydzar...akhirnya...wean off gak adik Hannah sowang...berjaya la lakonan cemerlang mu..hehehe...kene belajar dgn lydzar la, kalo me ade baby nnt...Insyallah....

Eray Majid said...

pandai hannah
die kesian kat mama die
tak mau mama die sakit

huhuh tapi mesti sedey muka die kan..?? wawawa

Unknown said...

@eMMe kena congrates kt Hannah kot. Dia berjaya mengentalkan hati utk berpisah ngn nenen kesayangan dia :)

Unknown said...

@eRaY hehe mmg muka sedih masa tu. tp skg dh ok dah. adik nenen pon dia dh tak kisah

Zaidah said...

ciannyer hanna...sesekali mesti dia gian kan...pandai dia tahu mamanyer sakit...hehehe

MyKhalish Journey said...

adooi mmg skt kan bila dorg nenen. aqil pun dah 1mth plus wean off. tp kdg2 bila ila peluk dia, dia cam cium2 gak area tuh. bila ila offer nenen, dia nganga. tp jap je, sbb dia tgk muka ila cam thn skt.. huhu..

Anonymous said...

hannah....hannah....sian gak dia kt mama dia...tp nafsu tu nak gak yea...dhiya tu klu tiba time nak menggatal dia, dia ada mintak gak kdg2...

alinalan said...

Ya Allah baiknya hannah kasihankan momma dia... kalo la dia tau dia ditipu cane la ek?? heheh...

me wean off damia secara semula jadi... tau tau jer dia dah tak nak masa me preggy anak no.2... mkin rasa dah lain kot waktu tuh... tapi dia wean off cepat sgt masa 1 thn 2 bln tuh...

mamiraysha said...

Baiknya hati Hannah.. pandai kesian kat mama dia.. terharu baca kisah ni!

kemma said...

rsa sedih plak pk hannah cek nenen mama dia..x sampai hati plak rse. boleh plak air mata bergenang sbb rse kesian lydzar cite hannah sedih nenen dia x baik2..hihi..sure lydzar pon x sampai hati tp tu yg terbaik tuk lydzar n hannah.:)

Unknown said...

@Zaidah hmm dia dh boleh consider keadaan mama dan tak veto sgt..syukur

Unknown said...

@Mykhalish dh nak jadi abang, kena bg mama relax sikit la kan aqil

Unknown said...

@mamasue dorang ni saje2 lepas gian je tu.bukan nk sgt pon kan

Unknown said...

@Momma Mia hehe harap2 dia tak sedar dia ditipu. ekekekeke!

hadif pulak, nk biarkan sikit masa lg lah.

Unknown said...

@mamiraysha budak2 pon ada sifat simpati dia kan..good girl of mine :)

Unknown said...

@kemma rasanya inilah yg terbaik. sbb hannah kan dh besar pastu susu pon tak byk mana. so bila sikit tu dia akan hisap bersungguh2 dan buat mama dia sakit. lama pulak tu..adeh!

Eliss said...

kesian plak bila baca tu kan.kena tabahkan hati ajer lah ni.

maslinamansor said...

bagus hannah memahami mama dia... :)

Betul! selagi anak2 mahu minum susu, selagi tue la kita harus kasi. Biar pun sampai ke tua...

Iela Fazielah said...

lydzar, tahniah sbb berjaya wean off hannah..
tp serius akak ckp, dr apa akak bc n dgr dr ceramah pemakanan, susu penting bg kanak2... lydzar mesti terus bg susu selagi anak nak sbg sumber kalsium tambahan +vitamin2 lain... pemakanan biasaje xmencukupi, kdg ter"miss" nak bg ikut keperluan harian. bygkan parents yg anak2 lgsung xnak minum susu, susah hati diaorg tau. @ least dia dpt minum 2 gelas/btl sehari dah enough

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®