Selamat Hari Merdeka



Selamat Hari Merdeka ke 53 oh MALAYSIAKU!

Our new baby

Salam Isnin semua..

Kembali ke opis setelah 5hari bercuti :)

Tak sempat berinternet pon selama cuti ni sebab balik Chini. Bukan kawasan jajahan Celcom Broadband la katakan. Sket signal pon tak keluar. Maka terpaksalah bercuti dari membukak blog.

Dalam sejuk lepas Subuh kami gerak khas balik kampung. Tengok tu, gelap lagi kan.

 * Abg the cool driver :) *

*hannah pon sememeh je lagi, pagi-pagi dh kena bangun*

Di samping nk tayang kegelapan subuh dan kesememehan Hannah tu, sebenarnya aku nk tayang our 'new family member'. Yang baru je join. Welcome DEAR :)

 *WUH - the new born baby*
Ingat tak kata-kata aku dalam entry INI dulu ? Ala entry pasal aku gi kemekkan montot Kelisa tu la.

p/s : Pagi tadi aku telah secara tak sengaja TERkemekkan montot Kelisa kami dgn TERmelanggar sebuah kereta Myvi yg doubleparking side sebelah sana parking kereta aku. Siyes ya Allah, aku tak perasan langsung ada kereta tu kt belakang sana. Daripada pemerhatian aku, kereta tu takdek pape. Cuma Kelisa kami dh bertambah cacatnya :(

Abg, jangan marah yer..Jom lah kita beli kereta lain..hehe!

Alhamdulillah makbul permintaan makyong kali ketiga ni..hehe!

Eceh actually bukan la sebab aku kemekkan montot kelisa, kami tukar kereta. Hajat dihati nk tukar memang dh lama giler. Bak kata Abg, cerita nk tukar kereta, dah bertahun-tahun lama..tp tak jugak tukar :D 

Since family pon dah bakal bertambah-tambah, maka kami pon bulat kan azam dan tekad utk tukar jugak kereta berjasa yg bernama Kelisa WNA5045 tu kepada kereta lain yg lebih family oriented.

Dapat je kereta baru terus bawak balik kampung..lalalallalaa..seronok rasanya hati :) Selesa lah sikit journey 4jam lebih tu. Kt kampung pon, cuma sempat bawak my parents pi lepak-lepak kt Tasik Chini je. Dorang takmo pegi Kuantan bershopping. Lagipon aku belum prektis lagi nk bawak kereta auto ni. Cuak sungguh nk bawak pi opis nnt. So kt kampung, dorang suruh training bawak kereta tu je, instead of bawak dorang pegi jalan.

Mak mentua aku pon tak merasa lg naik ni, semalam konon-konon hint dh sedih ekekekek!  Takpa lah mak, kami kan tiap weken balik Kajang, nnt anak kesayangan mak tu bawak la mak naik. Tak lari kemana pon kereta tu :P



Iftar with BFF at Emilia's home sweet home

Update cerita berbuka dgn BFF a.k.a Geng Bas Sekolah walaupon dulu pegi sekolah tak pernah naik bas pon. kalau outing je berpeluang naik bas :P

SO yg dapat join hanyalah Emi dan hubby si tuan rumah, Syifa' si cantik manis, Erin PTD kehormat dan Mommalydzar makyong kali ketiga with family.

Fatin Sara si pemalu tak datang bukan sebab dia malu, tp sebab dia ada family gathering, dan Yat the busiest pharmacist tak datang sebab mmg sesuai dgn jenama busy dia. Busy dengan kerja sampai terpaksa lupakan beberapa episod bersosial dengan rakan-rakan.

Sebab tak malu tetiba mintak Emi hostkan rumah dia sebagai tempat santapan, maka kami ramai-ramai setuju tuk berkonsepkan potluck. Bawak la sorang sikit juadah utk berbuka..But still tuan rumah masa byk gak menu :)


Antara hidangan hari tu :

- Nasi putih, ayam goreng, sambal udang, sayur campur goreng by Emi
TQ jugak sebab aunty Emi susah payah masakkan sup ayam khas utk Hannah dan Hadif
.

-ayam cendawan by Erin.


-nasi himpit (nasi ipin bak kata hannah) dan kuah lontong dan sambal ikan bilis by mommalydzar


-puding roti dan kuah koktel by syifa'



Kami singgah klinik dulu before ke rumah Emi. Hadif tak sihat masa ni. Berkali-kali muntah dalam kereta. Dan abes stok baju spare dipakai. Last-last togel je kt rumah Emi. Masa baru sampai, masih berseluar tanpa baju.


Tapi lepas je sesi berbuka, dia muntah lagi dan terpaksa la berdiaper saje. Huhu sungguh tak hensem anakku hari tu :P


Sesi gossip dan gedix. :)


Kenangan dengan tuan rumah before balik setelah kekenyangan terlampau :)

Owh tak lupa, ada sesi rebut-rebut tapuwe bodo sebab nak tapau foods balik utk sahur. Periuk besar aku penyelamat aku sbb boleh sumbat mcm-mcm kt dalam tu. Siap bawak balik nasik lagi.

TQ Friends for the yummy foods and nice moments together. Nanti raya mai umah aku pulak, tp buat potluck jugak boleh tak..Ahahahah!




Kecundang di tengah jalan

Malam tadi kami ke DEMC lagi. Huh! Kalau dh sekali pegi, mesti kena buat visit kedua. 1st sbb bawak Hadif. Then last nite sebab bawak Hannah dan mamanya pulak. Efek ibu mengandung gak kot, tiap kali anak-anak demam, mama pon nk tumpang sekaki. Seb baik papa maintain tough utk menjaga kami yg tak sihat nih..

Doc bagi aku MC 2 hari. Yahoo! Hahaha..So start Rabu-Khamis adalah MC. Then Jumaat cuti Nuzul Quran. Sabtu Ahad, well semua pon tau..adalah weekend :) Lama aku cuti tuuuu..

Tp MC tu bukan la bermakna satu percutian yg menyeronokkan kan? Mesti la sebab dh diserang virus-virus tertentu baru boleh dapat MC, kecuali lah anda pandai membuat muka sakit letih dan lesu selepas balik dari vacation atau percubaan nk dapatkan cuti utk pegi interview kerja tempat lain.. :P

Semalam adalah hari paling teruk aku rasakan sepanjang Ramadan ni. Start kol 9pagi lagi perut aku dh memulas dan angin kus-kus menyerang. End up muntah. Episod berulang kali sampai lembik aku ni. Dalam hati was-was batal ke tak puasa aku ni. Chat ngn my sister, dia kata mayb batal. Call mak aku, mak pon kata batal. Huhu..Tapi aku tetap mcm ego konon puasa aku tak batal. Muntah adalah something yg keluar dari mulut, bukannya masukkan something dalam mulut. Lagipon aku bukannya jolok tekak aku ni kasik muntah..Haha ego ego. Sbb nk kan rekod 3tahun puasa penuh tu laaaaaa..

Dh jam 2.58pm. memang dah sampai tahap sebu, pedih tercalar parut aku ni. Maka aku pon decide utk minum air suam segelas. Tak mampu dah aku bertahan. Maka saat itulah puasa penuh aku tahun ni kecundang. Siap je basuh gelas kt pantry, terus muntah lagi. Dan episod muntah terus berlanjutan sampai la kesaat sebelum aku tidur. Nasib baik tak muntah dalam mimpi.

Balik dari opis, aku cuba jugak la makan roti and apa-apa yg ada kt dalam peti ais. Tp setiap kali ada foods masuk, tak sampai 1/2jam lepas tu, mesti dorang meronta-ronta nk keluar semula. So konsep in and out apply di situ :D

Baru la aku tau betapa seksanya orang-orang yg terkena morning sickness tu. Pregnant kali ni mmg sungguh berbeza ngn dedua HM yg lepas..Dugaan..

Alhamdulillah hari ni, aku dh tak muntah-muntah lagi. Cuma nafsu utk makan tu langsung takdek. Nasib baik masih lalu nk minum. Dan seb baik gak air garam ORS yg DEMC bekalkan tu flavor oren, sedap jugak la utk aku telan :) 

Aku tak puasa jugak hari ni. So harap-harap today will be last day la aku tak puasa..ganti 2 hari je.




While I Am Away

Salam ..
Selamat hari Selasa!!

3 hari aku menyepi. Sabtu Ahad yg busy. Memang standard la tu. Nak layan anak-anak, nak layan kerja rumah dan tak lupa nk layan tidur tengahari..hehe!!

Isnin semalam pon aku bz jugak. Tiada di opis sebab pegi bawak Hadif pegi DEMC. Sempat pegi Corporate Day kt opis kejap, then dpt sms dari Abg suruh balik sebab nk pi bawak Hadif pi klinik. Abg mmg standby kt rumah jaga Hadif. So tak sempat nk blogwalking ke rumah kawan-kawan yg dh update macam-macam cerita..

Hadif cirit birit dan muntah-muntah since Sabtu lagi. Dari pagi, sampai la ke saat sahur pagi tadi. Masih bersisa cirit birit dia, cuma muntah dah tak ada. Kesian bujang hemsem aku. Dah la baru je nak gain weight. Sekali kena serang virus, kemungkinan besar lagi la berat dia turun semula..

Masa kt DEMC, ada buat check darah. Wah steady jer si Hadif time nurse picit-picit jari kecik dia utk keluarkan darah. Tak nangis langsung. Siap tengok muka nurse sane, nurse sini. Dah la agak lama prosedur nurse tu nk amek darah dia sampai cukup. Sebab darah yg keluar dari lubang yg kena cucuk seciput jer. Jiwa kental la ini budak :)

Dan Hannah pulak, semalam masa aku amek dari taska. Dia pon dh dapat virus yg sama. Lembik je. Kesian aku tengok dua beradik ni. Hari ni mama dan papa kena lah pegi jugak keje. Tp if keadaan muntah dan cirit mereka berdua stil teruk, aku dh pesan kt pengasuh dia mintak dia call dan dgn segera aku akan pulang ke pangkuan anak-anakku itu..

Nanti bila free aku nk update cerita berbuka aku dgn opismate dan dgn BFF aku :)


Puding Custard Berkuah dan Kek Choclate Indulgence SR

Korang tengok la gambar-gambar desert tu.. TEMPTING kan? Tengok la tengok la..

Pic credit to : Resepi Diana

Nama si dia kt atas tu, Puding Custard Berjelly Strawberry. Tapi yg tu dalam blog Resepi Diana lah. 

Yang selamat masuk perut aku time sahur tadi bernama Puding Custard Berkuah. Berbeza sebab aku punya takdek Jelly merah tu. Persamaan dedua puding ni adalah sebab dok dalam bekas plastik tapau nih.

Hehe nampak sangat la aku beli kt pasar ramadhan. Harga RM2.50

Idaman makyong kali ketiga sejak 2 hari lepas. Alhamdulillah, rasanya tidak mengecewakan tekak aku. Aku sorang je abeskan. Lagipon semangkuk kecil tu je kan.

Bahan-bahan nk buat sendiri aku dah beli. Complete ada. Susu cair ada, buah koktel dalam tin ada, tepung custard pon ada. Tapi tak terbuat lagi complete set. 

Hari Rabu lepas aku buat percubaan masak puding dia. Tak jadi! Sbb kurang air, last-last dia berketul. Terus hilang selera aku nk teruskan buat kuah dia. Tp aku simpan jugak la dalam peti ais. Dan hari ni ia bakal dihumbankan ke dalam tong sampah. Huh pity you :P


Pic credit to : Blog Hedayat
 
Another TEMPTING menelan ayaq liur punya gambar.  Choclate Indulgence cake made by Secret Recipe.
Memang yummilicousss lah! Yang ni aku telan lepas berbuka.

Abg teringin makan McD. So McD terdekat adalah kt Kota Damansara. Alang-alang nk pegi Kota Damansara, tekak aku pon bagi signal kt otak supaya request kek ni. Dan otak aku terus bagi arahan kt mulut supaya mengutarakan cadangan utk singgah ke Secret Resepi kt Giant Kota Damansara.

Biasalah kan, permintaan orang peknen ni especially bab makan, tak pernah dihampakan. Walaupon aku telah menyebabkan montot Kelisa cacat semalam, Abg dearie masih sudi membelanja isterinya ini tanpa rasa dendam kesumat..Hak Hak! TQ dear! LOVE YOU VERY_VERY MUCH lah!

Abg pulak beli GCB dan Hannah dapat Happy Meal Chicken Burger share ngn adik. Drive through saja. Lagi senang makan dirumah :)


Perkembangan Muhammad Hadif Mifzal

Lama betul tak cerita pasal handsome boy aku ni. Sekarang dah pon berumur 1 tahun 3 bulan.

Ini budak adalah sangat manja. Asal nampak mama landing tak kira la kt memana pon, atas tilam kt bilik ke, kt hall ke, mesti dia datang dekat nk landing dan senggol-senggolan sekali. Macam biasa, sasaran dia adalah "ENEN'. Dah pandai cakap "NAK ENEN" . Pastu tepuk dada aku kuat-kuat. Tak lupa buat percubaan nk carik sendiri apa dalam baju Haha!

Dengan papa pon dia suka gak landing. Tapi tak dapat la nk carik nenen.

Dah pandai buang sampah/diaper dalam tong sampah besar kt dapur.

Dah pandai letak baju sendiri dalam bakul baju kotor bila tiba masa mandi.

Dan pandai letak botol susu or cawan kt atas rak dapur lepas minum.

Dah pandai carik kasut sendiri bila mama kata nk keluar or pi kedai or pi taska. Lepas tu terus tunggu depan pintu.

Dah pandai tutup pintu tp masih awas sebab takut tersepit. 

Dah pandai kiss pipi papa and mama. Dulu dia nganga mulut then baru dekatkan kt pipi kami. Tapi sekarang dh pandai buat bunyi 'mmmwah' 

Dah pandai salam dan cium tangan sesiapa saje. Lepas gaduh ngn kakak Hannah pon kena jugak salam mintak maaf.

Dah pandai tunjuk protes. Cepat je dia angkat tangan nk babab mama, kalau mama tak bagi ape yg dia nak.

Dah pandai buli kakak. Kalau tak puas hati, tangan tu cepat jugak nak babab kakak.

Dah tak mau duduk diam dalam kereta. Sekejap nk ke belakang, sekajap nk ke depan lagi. Kekadang nk berdiri kt belakang seat mama.

Hampir boleh berlari. Rumah luas takdek perabot kan, so sila lah berlari sesuka hati mu yer adik :)

Selalu cuba nk tolong mama simpan baju yg papa dh siap lipat. Tapi selalunya terbarai balik la lipatan baju tu. Isshhhh!

Suka mandi. Suka main air. Suka toilet. Suka gosok gigi read:telan ubat gigi. 

Suka lepak depan pintu peti ais, sambil tangan cuba bukak penutup botol air Sunkist, cuba bukak penutup kicap. tau la umah kita takdek air cond huhu!~

Suka sangat nangis kalau mama masuk toilet. Suka nangis jugak kalau dia terjaga tapi mama takdek kt sebelah.
Malu-malu kucing or takut-takut kucing eh!~ kalau jumpa orang lain. 
Pegi umah nenek, mesti takmo turun dari dukungan utk 1/2jam pertama. Nangis sekuat-kuat tekak kalau nenek amek jugak dari mama.
Kalau ada orang agah dia time dalam lif, mesti dia sorokkan muka kt bahu mama.

Ohhh my DEAR SON..I LOVE U !! Semoga membesar sihat, bijak, aktif, dan jadi anak yg baik yer :)








Rezeki rezeki :)

Ni rezeki nk dpt hadiah dari rakan-rakan blogger laaa.. 

Syok jugak jadi blogger ni. Tak rugi pindah dari fotopages kpd blog :)
Selain nk mengabadikan personal stories <--my main reason of blogging, carik duit sampingan ngn Nuffnang, berkenalan dgn kawan-kawan baru, ada byk contest boleh join sbb mmg ramai yg suka anjurkan. Pastu kekadang ada yg anjurkan cabutan bertuah, jackpot, kuiz, teka teki..semua-semua yg boleh merapatkan ukhuwah sesama blogger. Pastu pulak ada jugak yang tetiba nk bagi penghargaan pada commentator ataupon follower dorang. Wah wah..mmg beruntung lah mereka itu kan :)

So the latest yg telah membuatkan aku ada perasaan begitu berharga adalah Hadiah Untuk 6 Pengomen Blog elissme.com Yang Paling Sexy!

Hahaha sexy tau! 


Nama lydzar tu no 1 tau :) Tak sabar aku nantikan apekah hadiah yg bakal aku dapat. harap-harap dpt fridge magnet..takmo keychain..boleh gitu Elis hikhik! Then Elis kata nak bagi kad raya jugak.. 

Waaaa! Bestnya! Dah bertahun aku tak dapat kad raya. Almaklum, sekarang kan zaman FB. SMS raya pon dh jarang dapat. Depa pakat-pakat wish kt FB jaaa..

Yang kedua, hadiah misteri dari Maslina Mansor. Dia announcekan pemenang Anniversary Contest  . Aku tak menang pon. Dan pemenang yg Mas pilih mmg selayaknya menang pon. Kt hujung-hujung announcement Mas tetiba ada dia umumkan berita baik..hehe

PENGUMUMAN....
Berita baik...!!!!!

Kepada

Taniah!!! hadiah misteri juga akan menanti korang. Tapi tunggu selepas aku balik dari bercuti. Hadiah korang akan muncul selepas raya nanti....

*Nanti emel kat aku yer... :)

Tengok nama aku naik lagi!! Aku tak tau apekah hadiah yg bakal diposkan. Walaubagaimanapon ~chewah tatabahasa indah~  aku mmg HAPPY!

Tengkiu so much lah Elis & Mas.

 

Kurma dan Susu Blended

Sebenarnya aku dah ala-ala muak nk makan kurma. Padahal kalau ikutkan kurma mmg feveret aku dari dulu. Mari kita salahkan hormon. Yang sedap pon jadi tak sedap kan.. Tapi aku cuba jugak telankan sebanyak mana yg aku mampu bila mengenangkan khasiat dan sunatnya.

Timbul idea nk buat satu resepi 'penambah susu badan' yg berkhasiat yg aku selalu tgk BF mommas buat. Walaupon aku sebenarnya tak la berniat sgt nk tambah susu badan dah. Tau dah buat ape pon, dia akan tetap menyusut. So buat just for the sake nk rasa dan nk cuba minum susu dan makan kurma.

So aku pon blend lah 1 jug susu Dutch Lady Full Cream bersama-sama 10bijik kurma yg dibuang bijik.




Aku campurkan jugak dgn kismis dan buah tin yg ada kt dalam peti ais tu. Wah meriah pulak isi kandungan milk blend aku nih..Dh siap-siap blend aku pon simpan la dalam peti ais. Nak kasik efek sejuk nyaman bila masuk tekak.

Waktu berbuka, aku pon bagi la secawan kt Abg, dan secawan utk aku. Abg kata sedap. Aku pon kata sedap gak. Maka bersantaplah kami juadah seadanya itu. Boring jugak santap tanpa kuih muih. Tp nak buat cemana, aku malas sangat nk gi pasar ramadhan. Letih lah. Crowded!

Siap-siap makan dan minum, macam biasa edisi mengemas dan basuh pinggan pulak. Baru je berdiri mengadap sinki, aku dah mula rasa tak sedap kt tekak. Sesak kt dada. 

Terus bukak pintu toilet yg jaraknya 50inci je ~haha aku rasa salah kot anggaran aku ni, tp mmg dekat ler sinki ngn toilet tu~ dan terus lah terkeluar semula sepinggan nasik dan lauk pauknya berserta secawan susu kurma blend tadi.

Adoi la! Rugi je makan dengan berselera tadi. Abes keluar balik.

Aku syak sebab unsur-unsur susu tu kot yg membuatkan tekak aku loya. Hmm susu kurma yg sedap tinggal kenangan je la nmpk nya. Ada lagi dalam separuh botol susu yg aku dh blend ngn kurma tu. Bagi Abg je lah minum kot.

Nasik dan susu yg telah terbuang tadi, aku ganti ngn makan jajans - Roller Coaster + cheezels + mangga muda cicah kicap + air suam. Tak kenyang pon, tp puas hati dapat makan makanan rapu :P


p/s : Pagi tadi aku telah secara tak sengaja TERkemekkan montot Kelisa kami dgn TERmelanggar sebuah kereta Myvi yg doubleparking side sebelah sana parking kereta aku. Siyes ya Allah, aku tak perasan langsung ada kereta tu kt belakang sana. Daripada pemerhatian aku, kereta tu takdek pape. Cuma Kelisa kami dh bertambah cacatnya :(

Abg, jangan marah yer..Jom lah kita beli kereta lain..hehe!


Weight monitoring - Part II

Hari ni hari Rabu. Genaplah seminggu kita semua puasa.

Ingat tak entry weight monitoring aku aritu? Kalau lupa..sila lah baca kt situ ----> weight monitoring.

So tadi saje-saje lah join Yun dan Kak Liza menyukat berat setelah seminggu berpuasa. Dan hasilnya selepas seminggu berpuasa, my berat is = 51.7kg

Ayak! Turun la pulak! 2kg pulak tu.. Aku saspek berat aku naik dan naik dan naik lagi. Sekali salah jangkaan plak. 

FYI aku memang jarang muntah selepas makan. Adala sekali sekala je. Sebab tu aku cakap JARANG :) 
Tu pon bila tetiba je angin kus-kus dari perut nk serang. Dan setiap kali berbuka dan bersahur, menu aku adalah nasik dan lauk pauk. Sesekali ada lah makan mee goreng dan kuih2 je. Eh bukan sesekali, tp mmg sekali je. Selainnya adalah nasi.

Hmm penangan tak dapat breakfast, lunch dan kudap kuih muih secara sakan kot, maka berat sudah la turun.

Tp aku tak risau sgt la pasal berat turun. Kejadian biasa kot masa bulan puasa. Sbb aku kompom lepas abes zaman puasa ni, berat aku akan naik dengan steady. Macam zaman aku peknen Hannah ~gemuk dan kembang terlampau~ dan Hadif ~gemuk juga tapi masih boleh diterima akal~

Nantikan sukatan berat utk next week :)


psst : Yun, if u are reading..takper la turun byk tu..at least mmg turun, bukan naik..kan :) Next week nk menyibuk timbang sama2 lagi lah..

 

Ayam Percik Terbayang-bayang


Kan main tajuk. Ayam Percik Terbayang-bayang.. Hahaha! 

Siap terbayang-bayang lagi. Sebabnya dari pagi semalam aku dh terbayang-bayang nk makan ayam percik. Nak beli kt pasar ramadhan, aku meragui kesedapannya. Dh byk komplen aku dengar, hasil belian di pasar ramadan tak mampu memuaskan hati para pembeli. Yang tak reti masak pon cuba-cuba nk meniaga kan. Tu la padahnya. Lagipon semalam hujan. Memang tak dapek la nk ke pasar ramadhan. 

So dari tghari lagi dh dok google kan resepi. So aku pakai resepi yg ni, amek dari My resepi | Ayam Percik.

Memang ada bahan-bahan yg aku tak letak sekali. Macam jintan putih dan ketumbar. Sebabnya aku tak kenal mereka berdua tu. Aci tak alasan aku. Haha!

So mempersembahkan gambar Ayam Percik Terbayang-bayang versi Mommalydar :)

*close up*

*menu lain yg ada bersama..ups tangan kecil kt tepi tu bukan utk dimakan yer*

Roslin Hashim | Sejarah Berulang?

Wahhhh..panas betul telinga aku bila dengar ulasan surat khabar kt TV3 pagi tadi. Ape lagi, pasal salah sorang pemain badminton bernama Roslin Hashim ni lah..

Kontroversi sket. Ulasan tentang Roslin Hashim bakal naik court lagi utk memfailkan penceraian dgn isteri kedua - Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Isteri kedua dikahwini setelah 5bulan berkenalan. Dan setelah selepas lebih kurang sebulan, isterinya bakal diceraikan juga.

Wah wah wah..permainan apakah ini? Dulu dgn bekas isteri pertama, dia diceraikan setelah 12 hari berkahwin. Sungguh singkat perhubungan kedua-duanya dengan Roslin. Misteri sungguh aku rasa. Apa yg tak kena?

Apa si Roslin ni ingat main kawen-kawen mcm zaman kanak-kanak dulu ke? Naik pelamin, pung pang pung pang bunyi kompang. Pastu abes main, dah petang balik rumah masing-masing. So dh tak kawen dah.

Mungkin ada konflik dam rumahtangga yg berlaku. Tapi takkan la cerai je sebagai penyelesaiannya. Tak boleh ke bawak bincang-bincang dulu?

Aku rasa Roslin ni saiko lah! Korang rasa cemana??


p/s : rasa nk smash je kepala orang yg main-mainkan perkahwinan mcm dia ni..



Hannah dah berjaya wean-off

Baca entry Elis pasal wean-off anak, aku pon nk cerita gak la pasal wean off Hannah. Kalau nk tau petua-petua lama yg biasanya orang guna utk bercerai susu, korang boleh baca kt entry Elis tu ok.

2 minggu lepas, mmg aku ada cerita pasal sore niple yg disebabkan oleh pregnancy ni kan. Since then, aku rasa aku mmg perlu wean-off kan si anak dara yg dh terlebih usia utk terus dinenenkan itu.Sakit giler kalau dia nenen.

Usaha pertama aku adalah, aku letakkan kan sikit sirap cap Ros kt nenen Hannah (belah kiri).


Pic credit HERE

Aku buat on weekend. Bila dia mintak nenen, aku tunjuk la kt dia yg nenen dia dh berdarah dan mama akan rasa sakit sgt kalau dia hisap. Dia kesian so dia tak jadi nenen. Tp lepas beberapa jam, dia mula gelisah. Rasa tak kena je. Nk baring susah, nak main susah. Nak tidur laaagi lah susah.

Dia mintak lagi. Aku keep on tunjuk nenen berdarah dia tu. Sedih sangat muka dia. Timbul idea dia nk mintak nenen adik. Siap suruh adik stop sebab dia pulak nak. Tolak-tolak pipi adik. Pukul-pukul kaki adik. OK kasik chance lah sekejap. Bila adik nangis, suruh dia berenti pulak.

Dh petang sikit lagi, dia mintak lagi. Aku tunjuk lagi lah yg terkena sirap tu. Dia pandang lama dan mula nak nangis sebab nenen dia tak baik-baik lagi. Last-last aku cakap:

"Tak per la, Hannah nenen je"
"Nenen mama sakit tak? "
"Sakit la, takpe mama tahan la"

Dia pon nenen lepaskan gian. Sambil tu aku buat la muka kesakitan lagi. Bila dia tengok muka mama, dia berenti.

"OK, dah la mama..mama sakit kan? "

Hihihi tipah tertipu!

Begitulah utk beberapa hari seterusnya. Tp sekali tu jer la aku letak sirap.

2-3 malam jugak dia sangat gelisah sbb tak boleh pacify buat sedap-sedap mulut sebelum tidur. Kekadang dia cium nenen mama dia. Kesian.

Sekarang, kalau datang gian dia, dia akan check lagi kesihatan nenen dia. Kalau aku cakap, Hannah nenen la. Dia cuma akan macam jilat sket dan kata "DAH'..Huhu! Kampungku Aku sudah berjaya!!

Dulu Abg cuma beli 1 pek susu 1kg utk bekalan kt taska. Cukup utk satu bulan. Tapi sekarang tidak lagi. Hannah dah suka minum susu botol. Sebelum tidur akan minum jugak. Jadual dh jadi mcm budak-budak lain yg biasa minum susu formula tu la. Beli jer lah kan since dia dh suka. Aku memang percaya yg kanak-kanak masih perlu minum susu lain tak kira la formula ataupon fresh milk selepas wean-off susu badan dgn mak dia.


Bila lupa nk thaw ayam

Semalam juadah berbuka kami sgt simple. Masak lemak kuning telur rebus, ikan masin goreng, ulam kacang botol dan sambal belacan. Tu pon cukup-cukup je utk 4beranak makan. Stok terakhir telur yg ada dalam peti ais. Aku lupa nak turunkan ayam beku ke peti ais bawah. Sebab tu lah terhasil menu sempoi tu.

Tapi walaupon simple sgt, mereka berjaya membuka selera aku utk makan nasi. Maybe sebab ada ikan masin :)

 Pic credit to : Secangkir teh sepiring kuih

Hari ni pun lupa lagi nk bawak turun ayam beku. Adoi la. Kepala asek ingat bantal je lepas sahur. Ini lah padahnya. Padah sebab petang kang nk tunggu ayam tu mencair mesti macam tunggu buah durian hampir masak nk gugur dari pokok. Lambat la..kan?

Hahaha pepagi lagi dh berpikir pasal lauk nk berbuka. Apedaaa!

Agak-agak ape menu hari ni yer..?

Kami di i-City

Salam 6 Ramadhan :)

Alhamdulillah, puasa makyong kali ke-3 ni berjalan lancar walaupon berbuka tanpa selera dan muntah sesekali selepas makan.

Nak tepek gambar kami ke i-City Sabtu lepas. Lepas balik dari berbuka di rumah MIL, kami singgah sekejap kt i-City. Abg kata, nak tunaikan hajat mama yg teringin sangat ke sana. :P

Entrance fees adalah RM10..What?? RM10! Mahalnya..aku ingatkan RM5. Aritu masa mula-mula, aku dengar RM1 je, then naik ke RM5. Tiba waktu kami nk melawat, kena RM10 pulak. Terkejut, terkejut jugak la, tp tetaplah bayar.

Seronok tengok ke'excited'an Hannah.

"Waoooooow mama! Cantiknya lampu!!! "

Jalan sane sini tengok lampu buat kepala aku pening dan mata rasa berpinar-pinar. Lampu terang sangat. Bila tengok giant screen kt tengah kawasan tu, lagi la berpinar bijik mata aku. Nasib baik la tak sesak sgt. Masih banyak ruang utk berjalan.

Frust sekejap aku, baru je snap few keping gambar tiba-tiba kamera bagi warning 'battery exhausted'. Arhhh mencik tau! Banyak kali time tgh excited nk snap gambar, bateri pulak kong. Aku mmg jenis jarang giler stand by bateti lain dalam beg. So another option adalah amek pakai E72 abg. Layan jer la gambar-gambar yg sempat aku amek.


*dah pandai buat peace*

*nak petik daun*

*Hadif yg dipaksa bangun supaya boleh tengok lampu*

*Papa botak*

*Panorama indah di i-City*

Setin air cincau berhara RM2.50 dan sweet corn berharga RM4. Sewa mahal kata si penjual.

Semua sempat di buat semalam :)

2nd day puasa, macam biasalah tepat jam 4pm aku punch out dari opis. Balik kena sharp on time hokay :P

Wahhh jalan kurang sesak compare dgn 1st day puasa aritu. Lori-lori pon dh tak byk menyemak atas jalan. Kenapa ek? Penangan puasa pertama kah kesesakan hari Rabu itu?

So sampai area apartment dalam 4.20pm, sempat aku singgah kedai beli beberapa bahan nk masak. Then sampai rumah, terus mulakan proses memasak. Seb baik bahan-bahan frozen dh siap-siap letak dalam bekas berair dan turunkan ke bahagian bawah utk thaw. So petang tu, dh boleh terus zaaaassss campak dalam periuk kuali saje.

Menu berbuka semalam adalah paprik seafood, telur dadar dan sup ayam. Yang berkuah-kuah dan tak pedas tu wajib jugak kena ada sebab anak-anak aku ni pantang pedas sikit, nnt buat muka pastu takmo makan. Ish Ish Ish!

 Pinjam gambar dari sini

Dialog;

Abg : Ni masak ke beli ni?
Aku : Eh masak la. Kenapa?
Abg : Nampak sedap macam beli kt kedai je (amboi perli aku ke?)
Aku : Yer la, mama masak mmg tak sedap (konon-konon kecik ati)

Sebenarnya aku tau, dia buat percubaan memuji masakan aku secara indirectly. Heheh! 
Dan memang dia kata sedap walaupon tekak loya aku ni dok kata lauk tu masih kurang masin macam lauk kelmarin.

 Pinjam gambar dari sini

Tp sup ayam aku sempoi giler, takdek pon letak daun sup menyedap rasa tu :) Janji ada ayam dan ada rasa sup. Papa dan Hannah bedal je.

 Pinjam gambar dari sini

Telur dadar pon boleh terhangus sket kt satu side tu. Aku terleka sebab sambil basuh tapuwe simpan bahan-bahan beku tu. Haha!

Setel masak jam 5pm weh! Gembira aku dgn hasil kerja lipas kudung aku tu. So sempat la pi mandi dan solat Asar dengan aman. Yer kena bgtau dgn aman, sebab Hadif belum balik lagi. Biasanya dia lah penyebab aku huru hara berbisnes dalam toilet tu. Dia jugak selalu saje suka suki nak nangis kuat-kuat kt tepi kaki aku masa aku solat. Ape pasal ntah, geram nyer aku..

Dalam 5.30pm tu baru la pi amek anakanda tercinta kt taska. Tanya si kakak, nak balik rumah terus ke nk jalan-jalan dulu since memang awal lagi. Baru jam 5.35pm kan..Dia pilih nk gi jalan-jalan dulu. So aku bawak la dorang ke pasar ramadhan kt luar pagar apartment aku tu. 

"Mama, kita pegi pasar malam ke?"

"Haah..pasar malam" Aku iyerkan je, malas nk soal jawab panjang ape beza pasar malam ngn pasar ramadhan.

So hasil tangkapan kt 'pasar malam' ..

Pic carik kt Google

Yang beli semalam aku bagi rating 2 out of 5. Kureng sikit..Huhu nk komplen lelebih, kalau pandai buat sendiri ok jugak. So bg rating saje sudah..jgn cakap banyak :P

 Gambar pinjam jugak kt sini

Karipap pusing feveret aku dari dulu hingga kini.

Yang terakhir aku pinjam hari ni, di sini

Yang ni Hannah punya permintaan. Dok tersipu-sipu depan meja akak yg jual dadih. So mama silalah paham yer, Hannah nk beli dadih tu tapi Hannah tak bawak duit. Beli 2 perisa je, coklat dan strawberi. Sampai kereta terus dorang merengek nak makan dadih. Huh dasar tak puasa betul la ini dua orang budak! 

Then balik la rumah menunggu Abg balik dan menunggu azan berkumandang. Sempat la rehat dan baring-baring 1/2jam before berbuka. Alangkah best kalau hari-hari sempat buat semua benda mcm ni.

Hari ni, kalau Abg jadi berbuka diluar dgn kawan-kawan dan vendor, maka akan ku tuju ke 'pasar malam' itu. Semalam ternampak ikan bakar yg menggiurkan selera. Nyam nyam!

p/s : Sambil masak semalam, sempat jugak aku humban satu bakul baju dalam mesin basuh, tp baru ni aku teringat aku tak sidai lagi!! Adoila!


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®