Provokasi

Korang ada tak berkawan dgn orang-orang yg suka memprovoke korang? Bak kata pepatah suka simbah minyak ke atas api. Kasik lagi terbakar gitu haaa..

Walaupon bukan pada masa korang tengah terbakar, tengah tenang setenang air dalam cawan..tengah mood baik pon dia nk kasik bakar gak.  Ada tak? Ada tak???

Aku?? Aku rasa kawan-kawan aku ni tak la sampai tahap patut dapat title SUKA BAKAR punya orang. Dia buat sekali dalam setahun dalam nada yg bergurau tapi mengguris. Yang buatnya pon berlainan orang, berlainan jantina.  Huhu! 

Dan topik paling selalu terkena adalah bila aku bgtau kt Facebook or chat or bersembang secara real, bila laki aku tu nak pegi outstation. Dah memang nature kerja dia mcm tu..nk kena site visit. So memang adalah ketikanya aku bersembang topik kena tinggal sebab dia outstation.

Aku penah dapat komen mcm ni;

Dari seorang perempuan : "Dia ada bini no 2 kat sana kot"

Dari seorang lelaki:  "Awek kt Sabah cun cun belaka. Din tu kesukaan ramai"

Yang dari seorang perempuan tu aku agak sentap. Memang terguris dengan provokasi dia. Padahal dia memang rapat dengan aku. 

Yang dari seorang lelaki tu, aku bantai dia cukup-cukup dengan hujah panjang lebar. Hahahah! 

Dan aku pasti lepas ni kalau kena provoke lagi dengan ayat-ayat mcm ni, aku malas nk sentap. Baik aku bagi hujah je kat orang yg berkata tu. 

Aku tau, laki aku sayangkan aku..Kalau nk jadi apa-apa pon, Insyaallah aku yakin, Allah akan tunjukkan jalan yg terang benderang utk aku lalui.

Ntah apa-apalah korang ni kan.

pssstt : yer, esok Abg akan outstation lagi ke negeri bawah bayu..

Award from MDT

Salam Selasa!!

Pepagi lepas baca doa mula kerja, kita layan award dulu ok. Jgn buat kerja dulu..tp layan award dulu hahahah!!

Kenal MDT tak?  Mesti ramai yg kenal..Aku dapat award ni dari MDT

Terima kasih MDT!!!!!!


Awwwwww! Blog ai cantik??? Tengs MDT!! Ai pulak cantik tak?? Hahaha!!

Hmmm nk kena jawab soklan pulak yer..

6 favorite artis/group/singer

jawapan adalah yg pernah jadi favorite ok, sbb sekarang ni dh tak mampu nk melayan artis-artis dah. Lagu/melodi/drama anak-anak lebih selalu berdendangan dan berkumandang..

1. Ziana Zain
2. Radja
3. Ungu
4. Tok Ti
5. Jo-Zan
6. Maher Zain

Tag 10 orang blogger utk menerima award ini.

Aku bagi kt semua 10 Top Commentator aku lah yer.. 

Aku appreciate semua singgahan dan jejakan korang kt blog Alkesah kehidupan ku ini..Datang hari-hari tau!! You ALL RAWK!!

  1. Irfan n Fiqah's Mama ..Iela Fazielah 
  2. Ini Belog Kancilbiru 
  3. Atia Adina
  4. mamasue 
  5. maslinamansor 
  6. Zaidah 
  7. Sharinginfoz 
  8. e.l.i.s.s.m.i.e 
  9. eMMe 
  10. .::NiK's WiFeY n MoMmY::.

@Felda Chini 4, Pekan Pahang Darul Makmur

Yeeeeeeeeiiiihaaaaaaaaaaaaa!!

Huhu sungguh taksangka line celcom broadband di Felda Chini 4 amat memberangsangkan. Kalah ler speed kelajuan aku bersiaran dari Seksyen U5 tu..

Bersiaran pada jam 1.45am hari Isnin bukan monday blues di Felda Chini 4. Aku masih dikampung. Baru je ~12.30am~ sampai dari kenduri anak kepada besan my parents kt Kuala Berang. 

Hehe kenduri tu abes awal la, cuma setelah campur dan tolak dengan berjalan-jalan ke Pasar Payang dan berenti makan kt tepi pantai..juga berenti di beberapa stesen minyak mengosongkan pundi maka perjalanan menjadi amatlah panjang.. Letih!

Esok sambung lagi perjalanan jauh kembali ke our home sweet home.. Selasa baru la masuk kerja semula. ~arghhhhh!!!~ 

Orait! Masa utk join masuk dalam selimut cik abg mereka anak beranak beradu! 
Selamat bekerja kawan-kawan di hari Isnin yg mulia! See you on Tuesday yerr!



How do you do that?

Lokasi : Toilet Level 2

Sedang aku bersedia nak mencuci muka, masuk seorang opismate. Aku pon bagi la senyuman manis satu das.

Opismate : Eh nak tengok kejap perut u.

Aku : (Pusingkan badan mengadap dia)


Opismate : Wahh dh nampak besar la perut u. Last week I tak nampak lagi.

Aku : Mayb depends pada baju yg I pakai kot. 

Opismate : This is your 3rd one kan..

Aku : Haah , 3rd (Senyum lagi)

Opismate : Wahh (tak tau la nada sinis ke nada kagum ke..). Every year la you beranak kan? How do you do it eh?

Aku : (Gelak) Tak lah, selang 2 tahun laaa..

Opismate : (Masih dengan ekspresi muka yg aku tak tau la sinis or kagum tu pon masuk ke toilet kecik)


HOW DO I DO IT?????

Do S** lah..wakakakakaka!!!

Pastu pregnant, pastu beranak, pastu jaga je lah anak tu sebaik-baiknya.. Tak kesah la selang setahun ke dua tahun ke, 5 tahun ke..

It is not a MISSION IMPOSSIBLE.


JCard Day Sunway Pyramid - 25 Nov

Kunjungan surprise ke sana. 

Jam 7pm, di kala aku tengah sibuk memotong sayur-sayuran dkt dapur, Abg balik ~Awal pulak dia balik hari ni~

"Jom kita makan kt luar, mama dah gaji hari ni..kita suruh dia belanja kita makan pizza!! " riang ria je dia cakap dengan anak-anak. Amboi tau je timing nk pau bini dia nih yer.. 

Kerja potong sayur aku hentikan sekejap, terus aku duduk kt sofa. 

"Betul ke nak makan kt luar ni? Kalau betul, syg takyah masak la" 

Aku pon suka je kalau takyah masak hahah! Selalunya aku apply cuti masak pada hari Rabu atau Jumaat je. Sekali seminggu. 

"Jom lah kita keluar, pegi OneUtama ke.. " balas cik Abg.

Terus mentol idea menyala-nyala kt atas kepala aku dan terus aku teringat galakan dan sokongan mamasue  supaya ramai-ramai memeriahkan JCard Day di Sunway Pyramid.

"Kita pegi Sunway Pyramid je lah bang. Ada JCard day kat sana hari ni" cadangan diusul.

"Ok pegi lah siap-siap"

Bergegas la aku simpan semula sayur kacang buncis dan cauliflower tu dalam peti ais. Masuk bilik air dan ambil wudhu' utk solat maghrib. Takyah mandilah...kang lama pulak masa nk bersiap :P

Siapkan anak-anak dan tunggu abg pulak setelkan persiapan dia, jam 7.20pm kami gerak.

Huhu laki aku ni, kalau time dia ada mood takla susah mana dia nak ajak berjalan. Dia on aje.

Abg memang aim nak carik sandal je. So kami terus ke Men's Department. Lama menunggu dia pilih. Takpa lah kasik chance kan. 

Sementara dia pilih sandal, aku bawak anak-anak meronda kt bahagian Baby sebelah Men Department tu. Macam biasa la, kasik peluang main tekan-tekan toys saja..belinya tidak. Sudah beli barang Abg, anak-anak dh cranky. Hadif dah mengantuk and Hannah pulak tensen sebab mak bapak dia tak bagi beli toy block Dora the Explorer. Apalagi menangis la dia. Kena la pujuk dengan janji-janji manis mu, kita datang lagi lain kali carik toys yg lagi best. 

So aku tak sempat nk pegi department Ladies.

Dan ini je lah hasil tangkapan. Masing-masing dapat kasut/sandal. Hannah je tak dapaat habuan. Kesian. Takpa, nnt mama belikan hadiah sempena birthday ke 3, 12 Disember nanti yer.

Sandal aku ni dinamakan sandal Pregnant 3. Murah giler ..RM23.90..
Sandal Pregnant 2 brand yang sama juga sudah lunyai dan menggelupas. Layak campak ke tong sampah je.


Diakhir cerita, Abg tak sempat pau aku pon Hahaha! Sebab dh lewat dan Pizza Hut dah tutup. Lain masa la yer Abg :P

Fuhhh!!

Baru sempat nk bukak blogger. Jalan2 kejap blog kengkawan sambil makan biskut bulat bulat kecik rasa masin dan telan air teh O.. hehe dh kol 10.50am baru sempat nk breakfast.

Apa yg busy bebenar cik kak oi!!

Pagi tadi, sampai-sampai je meja kerja, aku nampak note sebesar kertas A4 atas laptop aku.

"Tolong buat 28copy CD ni dan pass kan dekat orang sebelah"

OK, arahan kerja seawal pagi dari En Boss yg tiada hari ni :)

Disebabkan aku ingat kadar Level of Importance dia adalah HIGH maka aku pon terus la mulakan proses bukak bisnes cetak rompak ni tanpa sempat menjenguk ke pantry mcm selalu.
Sekali orang sebelah yg dimaksudkan jugak tiada kt opis sesi pagi nih..Huhu takpa lah. Dah siap pon..

Sambil beroperasi cetak-rompak production tadi, sempat la berkomen-komen bukan beromen tau!dgn rakan-rakan kt FB. Topik adalah "Browsing for a childcare in Seksyen U5... "

Cikgu taska tempat HMs duduk sekarang dh inform awal-awal dorang tak amek baby. Hukhuk! So kena jugak la survey tempat lain. Walaupon perjalanan si baby masih jauh lagi but stil kena ada plan awal.

Dah call owner yg disuggest oleh kawan tu tadi..Fuhhh dia punya fees lebih kurang mcm ni lah before diskaun.

Baby dan toddler <2years = RM285
>2years = RM235

Campurkan semua bersamaan = RM805... FUHHHHHHH!!!

mode : carik kerja lain!


[VIDEO LAWAK] DR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam

Hehehe.. disebabkan kenyataan berdegar-degar Dr Rozmey pasal Filem 2 Alamnya, maka memang sangat ramai lah yg ternanti-nanti tahap kebabom filem itu.

Adakah betul betul KEBABOM?????

Kita saksikan respon dari tuan empunya badan ok..



Congrates pada translator adegan ini. Source asal, aku tak pasti tapi aku pinjam entry ni dari blog AmazingNara

Satu lagi video kelakar yg korang patut tengok adalah video reaksi Hitler pasal kes remaja comolot dekat KL aritu..

Selamat ketawa!!


Gambar Siti Nurhaliza di Shout Award

Aku pon tak tau la ape sebenarnya pokok pangkal Shout Award ni. Award yg kena menjerit-jerit kah?  :D

Tadi jenguk kt blog BeautifulNara ~sesekali sehari layan gosip, seronok jugak~ tertarik pulak nk share gambar Kak Siti NurhaLIZA kita  ni..

Nampak semakin sihat dan tembam kot..Cuba tengok bahu dan lengan dia..
Maklumlah hati senang dalam pelukan Dato Misai kita :)


Tapi tetap masih menten awet muda dan cun  :)


Sapa peminat kipas-susah-mati Siti NurhaLIZA??  Angkat tangan!!! 

Sila lah tatap wajah kesayangan korang sementara aku tak update entry baru lagi yer :)

pssstt : lupa plak..dedua gambar ni aku pinjam kt BeautifulNara yer..Ada byk lagi gambar..sila lah ke sana sana sanaaaaa..~efek gema~

Corporate Gift Idea

Boleh la kan, masukkan hal-ehwal kerja kt dalam blog nih :)

Sekarang ni aku telah menjerumuskan diri dalam komiti diner opis nih. Terjerumus ke lembah bahagian logistik yg nak kena pikirkan hal-hal remeh temeh utk door gift, hadiah cabutan bertuah, backdrop, fotografer and videoman etc etc..

So nak tanya, ada kengkawan yg ada berbisnes dgn segala yg berkaitan dgn hal-hal tersebut tak? 

Priority sekarang nak carik corporate gift utk dijadikan door gift. Bajet within rm40 per pcs. Ada sesapa berkenan nak bagi quotation?

Nak carik jugak sesapa yg boleh provide service utk cameraman dan videoman. Majlis mayb berlangsung selama 4jam. Ada sesapa nak bagi quotation?

Seperti biasa, kumpul quotation dulu..later komiti akan pilih yer.

Kalau berminat nak dapatkan bisnes dari kompeni aku nih, sila emailkan ke norliza@pbjv.com.my
 

It's A......

Apakah perkaitan antara semua benda ni??

Wangi sungguh, memang harum satu rumah!
Gambar pinjam : SINI


Air wajib ada time lunch
Gambar pinjam : SINI

I put on makeup to work and outings
 Gambar pinjam : SINI


Hint lah ni.. :D
Nanti dah ada second time confirmation, aku announce..!

Monthly check-up @22 Weeks

Macam biasa kt Klinik Soraya Seksyen 3, Shah Alam. 

At 22weeks i gained 4kg from previous check up @16months. Banyak kan! Within 6 minggu boleh naik banyak tu!

Dapat result blood test, Alhamdulillah everything OK. Tak sangka, Klinik Soraya pon hantar blood test kt  BP Lab. Kan aku pernah kutuk BP Lab ni kt entry aku dulu.

Scan kali ni Doc dh bagitau apa yg aku beria nk tahu :D Kami dah tau pon sape yg bakal dapat geng. Kakak Hannah or Abang Hadif.

Sape nak teka, Angkat tangan!! 

Tapi takdek hadiah la yer.. Akaun masih lagi belum di top up oleh tuan majikan. Jadi tuan tanah tak dpt nak bagi hadiah atas teka teki suka hati ku ini.. :D


Strip Shawl dan Hannah Marissa

Di suatu petang, ketika mama tengah kemas bilik. Terkedek-kedek si bujang kecik sambil membawa selendang yang terjatuh dari bakul baju kotor. Diletakkannya selendang atas kepala dan terus dia berlari keluar dari bilik sambil bergelak ketawa. Selendang jatuh, dia ambil dan letakkan kembali diatas kepala dengan sebahagian selendang menutup mukanya. Mengekek dia gelak geli hati dengan aksi sendiri.

Tak ketinggalan, si anak dara pon menurut aksi adiknya. Dia ambil selendang mama dari drawer. Turut melakukan aksi yang sama. Akhirnya sama-sama ketawa. Mama senyum je melihat aksi anak-anak yang dah macam takdek mainan lain kt rumah tu.

Si anak dara dah besar dan mula pandai nak meniru mama. Dia minta mama pakaikan selendang elok-elok macam cara mama nak pergi kerja.

 Tadaaaaaaaaaa! Comelkan anak dara ni berselendang. 



Si bujang kecik pon mintak dipakaikan selendang macam kakak dia. Tapi papa melarang keras. Dia kata nanti besar jadi pondan! Mama yg mulanya tadi macam nk menurut permintaan si bujang kecik, terus tak jadi. Takut wohhh kalau anak jadi macam tu!!

Sorry dik! Next time, kita beli topi ok..boy cannot wear tudung or shawls..songkok or cap boleh la yer..


Hehe mama pon tumpang sekaki nk join comel si anak.

Mommalydzar's Family PhotoRaya 2010

Ini lah dia tayangan perdana our Photoraya :) Aku tak tepek banyak la yer..Sape nk tengok lagi, jom la pi tengok kt Facebook ku :)


Sesi satu family;





Sesi anak-anak ;




Sesi mama dan anak-anak;




Sesi papa dengan anak-anak;


Sesi wajib ada hehe!!




Sekian.. :D

FabulousMom Warehouse Clearance Sale



Date : 20-23 Nov 2010
Venue : TTDI, Puchong and JB Outlet

TTDI :
136A, Jalan Burhanuddin Helmi
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77296088

Puchong:
21-1, Jalan Merbah 3
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor
Tel: 603-8076 6121

JB:
34A, Jalan Sutera Tanjung 8/4
Taman Sutera Utama
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-5852 968
 

Been here yesterday. :) TQ to Izza sebab sharekan link and info pasal sale Fabulousmom ni kt Facebook wall.

Set appointment dgn Abg on Friday. Kena bagitau dia awal-awal kalau berhajat nk kemana-mana :) . Jom intai apa rembatan ku hari tu. 



Jeng jeng jeng! 1stly, mestilah FM Eco Bag Purple (Rm2.90)..
Actually amek beg ni sbb senang nk letak barang-barang kt tangan masa tengah kesana sini memilih barang kt rak. Maklumla bakul or troli tak disediakan. Mustahil nak sediakan troli sbb FM kt TTDI ni kecik saje. Then bila dh kt kaunter, bayar je la sekali beg ni.


Ini je pon yg aku beli semalam memandangkan akaun Maybank belum ditop-up oleh tuan majikan. Belum 25hb lah katakan. So korek-korek tabung yang ada, kena beringat la time capai barang nih. Ok within budget aku laa.


Nursing bra : Amber Polka Dots,  Amber Leopard - RM55.90 after less =  RM15
Lydia Black RM69.90 after 30% less =  RM48.90
Hailey Cooler Bag 3 i n 1 : RM59.90 after less = RM25 
Thermal Ice Sheet : RM11.90 after 20% less = RM9.52
Jingle Jungle Storage Bottle : RM2.50 x 12 = RM30


Semua pon gadget utk next breastfeeding journey. Tujuan utama adalah nak carik nursing bra. Able to grab three.Nak carik lebih lagi, but saiz macam limited dan yg bebetul murah bagi aku cuma Amber tu aje lah :P
Yang lain got less only up to 30%, ingatkan adalah yg sampai 50% tu..

Tengok jugak kt nursing blouse, tapi takdek yang berkenan. Ada item with 20%, 30% and 50% .


Hadif pulak usik-usik toys tp mintak mahap yer dik, tu semua out of my list :P

Tapi kasik chance la dia main-main sekejap dgn toys tu. 

See how comfortable he is in the Bumbo - sampai takmo bangun.


Bumped into team MyKhalish kt sana :) Say hai dan masing-masing busy buat pilihan. 
But atas advise Ila jugak la, aku tak jadi bayar My Lovely Closet - Reversible Baby Pouch (RM69.90) ada less 30%.
Katanya pouch tu senang melendut sebab dibuat dari stretchable material. 

Huhu ye kah? Dah ada review yg itu macam maka aku pon cancel. Tak worth la beli kalau tak boleh pakai dengan comfortable. Baik aku beli ring sling je.


After sejam kt dalam FM, aku beratur dan bayar. Sekian la cerita perabis duit minggu ni..


Untuk Mama - D'Arab Cafe

Alang-alang dh berlegar-legar kt Shah Alam sampai waktu Magrib, maka aku decide utk terus jalan-jalan carik makan kt kedai berdekatan je. Actually mmg dari rumah pon dh berhajat. 

Habes beli buku, hajat diusulkan pada tuan empunya stereng. Dan lepas Abg solat Magrib kt Masjib Besar Shah Alam dan aku solat di surau Seksyen 3, kami pon ke destinasi. 

pssst : Aku solat kt surau Seksyen 3 sebab aku tak jumpa telekung wakaf kt Masjid Besar tu. Penat panjat tangga ke tingkat atas, sekali gelap daaa. So terus ajak Abg ke Seksyen 3.

Destinasi kali ni, betul punya, Dah tak salah dah..Berkat komen Mek Rose kt entry sebelum ini.

Hampes je Abg, dia cakap kt waitress tu, aku nangis-nangis masa last visit ke D'Arab cafe sebab tak jumpa cafe yg dihajatkan. Bluweekk! Cuba tengok Abg yg peknen, cemana ragam dia agaknya..

Order apa yg teringin di hati, tekak dan perut sahaja. Anak-anak share je food dgn mak-bapak dorang.

Amek tempat masing-masing.

Anak daraku yg manis :)

Arab tea, RM4
Satu teko share berempat

Ni dia jejaka menu idaman
Mix Kebab = RM18

Mix Shawerma - chicken and lamb
RM14

Sedap! Ok dh lepas mengidam. Kompom air liur baby tak meleleh nnt ahaks!

18months vaccination

Tengok tajuk pon dh tau sape yg bakal bertemu jarum kan? :P

18hb 11 2010, genap la umur Hadif 1 tahun 6 bulan. Setelah email reminder dari Mumcentre sampai mengingatkan bahawa dh sampai masanya utk next vaccination, maka kami pun bawak la dia ke klinik.

Copy paste dari reminder;
















Age Vaccine Name Dose Type
At 18 months

Diptheria and Tetanus Toxoid, Pertussis
vaccine, Haemophilus Influenza vaccine,
oral Polio vaccine (DPT/HiB/Polio)
Fourth
(booster)
Routine
Kan semalam, aku bgtau aku nak pi Klinik Soraya, utk my monthly check-up plus Hadif vaccination ni. Rupanya instinct ku benar belaka Klinik Soraya tutup sempena Raya Haji ni. Kami ke DEMC pulak, takpalah mama checkup weekend nnt je. 


 Baring dulu. Masa ni dia dh buat muka sayu

Doctor : Kita cucuk kt paha ok. Mengiring sket adik.
Hadif : (Diam dan pasrah)

 Doctor : Bismilah, Doctor cucuk ye adik
Hadif :  Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

 Hadif : Mama sakit laaa..
(menangis 15saat ~ exaggerate haha..mama tak count timing pon!)

Lepas je keluar dari bilik Doctor, terus Hadif bertukar jadi pesakit. Melentok je kt bahu papa. Dipeluk erat badan papa. Alahai hero mama yg sorang nih!

Papa pun pujuk dengan membawa si pesakit ke kedai buku di PKNS Shah Alam. Kita upah buku lagi satu ok :)

Kt kedai buku, bukan setakat pesakit dapat upah. Kakak pesakit pon mesti dapat satu.

 Tengok la, kakak pesakit yg over pilih buku. Rambang mata dia.

 Make your own choice yer. 
Jangan pilih buku yg mahal-mahal tau! And only one for each of you ok :D

Adik dh decide. 
Kena buat Strength Test dulu kt buku ni. 
Tahan ke tak kalau kena baling-campak-lempar nanti.

Bila semua orang dh decide nak beli apa, maka papa pun beratur buat bayaran.
Adik dapat buku bergambar  "Fruits" dan kakak pulak pilih sticker je. Tadi bukan main pilih banyak buku, sekali semua pon dia tak berkenan sebab dah nampak sticker Butterfly. Nanti kita tayang..

Si pesakit pon dah ceria. Kita ke destinasi seterusnya pulak kt next entry yer..
Yang tu upah utk mama pulak ...Tunggu..



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®