Masakan kepala kambing :: Yummy or Yuckks??

Last weekend, sedang santai kami sekeluarga duduk sama-sama depan tv. Macam biasa papa kosentret dgn rancangan kt tv, while mama always interrupted with her kids.

Masa tu tengah tengok ulangtayang, rancangan Spice Route yg dihoskan oleh Chef Sabri Hassan. Spice Route ni rancangan yg berkisar tentang rempah ratus dan sejarahnya. So dapat la Master Chef Sabri Hassan berjalan-jalan mengelilingi glob dunia ni haaa :)

Yang buat kami berdua tiba-tiba terkejut adalah apabila, Chef Sabri Hassan dihidangkan dengan juadah Kepala Kambing, masak apa ~ aku miss nama dia. So tak dapat nk tulis kt sini.

WHAT!! Makan kepala kambing???

Both of us, terkejut tengok kepala kambing yg terhidang. 
Korang penah dengar orang makan kepala kambing??? Bagi aku dan cik Abg, ini adalah 1st time. So reaksi adalah memang sangat terkejut dan sungguh tak sangka la kan..

Cuba tengok gambar yg aku pinjam ni. Selera ke?

Pic credit : Loveujordan

Tp kepala kambing utk santapan Chef Sabri tu dalam posisi kepala tengah tegak, dan tanduk kt atas terletak elok atas pinggan.

Mula-mula tengok je pon dh rasa kesian kt kambing tu. Sekali Chef Sabri dgn tak sabarnya cerita pasal keenakan menu atas meja dia tu. Yang paling dia tak sabar adalah nk rasa mata kambing..

Tak tunggu lama, jari dia mula mengorek mata kambing dan terus masukkan kedalam mulut. Perhhhh kalau tengok time tu, mmg dia makan penuh selera lah. Aku dh terjerit-jerit sebab geli. Habis sebelah mata, dia korek mata yg lagi satu pulak. Mak Aiiii! TAk sanggupnya nak tengok.
  
Kegelian aku tak abes kt situ. Chef Sabri ambik kepala kambing tu, dia bukak rahang bawah kambing tu dan letakkan kt dalam pinggan, Then dia tarik pulak lidah kambing, zassss terus masuk mulut dia. Sama macam mata kambing tadi, dia kunyah dengan penuh selera.. Uuuuuuuuuwaaaaaaa! Rasa nak nangis tengok adegan yg aku anggap kejam dan sadis ni.

Pic credit : Loveujordan

Dan chef tu makan kepala kambing sampai licin, nampak rangka mcm dalam gambar ni. Ish ish!

So what say you? Yummy or Yuckks?? Ada berani makan kari kepala kambing? hehe

pssstt : erkkk sorry kalau ada sesapa yg join kembang tekak especially time-time lepas lunch ni..hihihih

17 words from u:

amirah said...

tengok jugak..hehehe..kesian kan..masa mula2 tgk, sama2 ngan hubby terkejut dia larat nak makan..huhu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bleh tak aku menjejes air liur tengok dia makan kambing malam tu..hehehehe :p mungkin terikut2 dengan hubby yg suka gila makan kambing :p

Kancilbiru said...

laaa baru rehat td dok ceta pasal ni...ish tak sanggupp den!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

gullppp kembang tekak mak!

eMMe said...

lydzar, baru2 ni me tgk kat tv3, kul 12.00 thari ade citer spice route tak silap tajuk dia, chef tu gi jalan kat negara china ke arab tah, dia order kepala kambing panggang, tgk dia makan, dgn seleranye, siap pejam2 mata lagi..sedap la kot, hehehehe....

Sumijelly said...

errk.......daging pun kurang
inikan kepala......hehehe

Sumijelly.com

lydzar said...

@amirah selera je tengok dia kunyah kambing ni kan..ishhh

lydzar said...

@e.l.i.s.s.m.i.e wahh penggemar kambing eh? so boleh la try kepala kambing pulak lepas ni

lydzar said...

@Kancilbiru hehe jadi topik hangat korang jugak rupanya..tak sanggup kan?

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- ahahahaha..sama la ngn saya

lydzar said...

@eMMe rancangan yg sama la ni me, hehehe

mamasue said...

huiyooo...gila ekzotik...

*azni* said...

ishh..gile la..berselera sungguh tgk dia mkn kpala kmbg tu..sy tgk geli tau..

Iela Fazielah said...

ai.. daging kambing xmakan.. inikan pulak kepala... mmg kembang tekak ye.. lydzar.. kurang2kan tgk benda yg pelik2 tgh preggie ni... xelok u...hehehe..

Liza said...

mmg kembang tekak tgk, ada gak yg brani makan

Afra Yuri said...

oh no no no no no. yucks kot! dengan lidah semua.. gegar jantungku.. ahah

azzey said...

lydzar: tgk rupa bentuk kepala kambing tu pun dah buat perut kenyang tetiba* terbantut selera* hu3..

p/s: slm ziarah & slm kenal...:)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®