Baby First Words

Ini adalah buku latest yg kami belikan utk Hadif. Tak sangka dia sangat sukakan buku ni, compare to buku-buku lain yg kami pernah beli sebelum ni. Macam tu jugak dgn buku-buku turun-temurun dari kakak dia. Ohh sungguh dia pandang dengan sebelah mata je. Bila ku ajak baca buku, memang dia boleh ignore dan buat tatau je kt mama dia. 

Pelik jugak dgn peel dia. Kenapa langsung tak berminat dgn buku. Langsung tak sama mcm kakak dia yg since umur belum setahun lagi dh suka belek-belek buku.

Tapi dengan buku yg ini, dia peluk kuat-kuat, dia kepit bawah ketiak. Kalau kakak nak tumpang baca dia sorok bawah kaki dia (sambil duduk bersila). Bila kakak cuba rampas buku dari dia, terus dia jerit marah.

Suka jugak dgn perubahan drastik ni.

Aunties and uncles rasa sebab apa Hadif suka sangat buku ni?

Mama dia rasa sebab cover page ni ada baby..comel kan baby ni :)


Dan faktor yg lebih kukuh, mungkin sebab dalam buku ni ada gambar-gambar kt bawah ni.
Choclates, biscuits, candies, toffees, cake, sundae and ice cream.

Harusla ke kedai nanti dia bawak buku ni dan buat sebagai katalog. Hihihi..
Mama nak ni, sambil tunjuk item mana dalam katalog yg dia suka dan suruh beli..


Kena sorok buku ni kalau nak ke kedai LOL. Kalau tak, kompem rabak poket mama dgn shopping list Hadif nanti..




6 words from u:

eT said...

hehe..dia nk buku baru la tuh...
cam kenal la kan..
dulu masa bujang selalu teman tok laki main futsal kt puchong kan..hehe...teettt...

lydzar said...

@eT telek-telek muka ikram tu, rupanya opismet din time kt sapura putrajaya dulu kan..

hehehe..dulu boleh la nk join tgk dia futsal, skg ni papa futsal kt court, mama futsal ngn anak2 jer la kt rumah :)

Iela Fazielah said...

bagus hadif.... nnt jd mcm irfan... suka bc n belek buku... cuma xtau ckp je.. asal nampak benda semua dia sebut uhhuhuhu....papapapa.... hehehe

lydzar said...

@Iela Fazielah kena mulakan jugak tabiat sukakan buku ni kan

Zaidah said...

bebudak memang suka tengok buku lagilah yang warna warni...walaupun kekadang tu bukan buku diorang pun diorang suka tengok gambar...

Afra Yuri said...

hoho boleh beli for my newborn niece/nephew. hehe :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®