Time Out Punishment

Time out adalah teknik disiplin yang sangat berkesan dan boleh dilaksanakan kepada anak-anak berumur 18-24 bulan.


Dengan menggunakan kaedah disiplin ini, anda berpeluang untuk mengelak dari pendekatan kasar (yang meliputi setiap reaksi ibubapa seperti berteriak atau memukul) setelah dia bertingkah - membuat nakal.


Siapkan 'time-out chair', sama ada kerusi itu diletakkan dimana-mana ruangan rumah, ruangan di lantai, tempat tidur anak, dll ... atau tempat di mana ia terpencil dari interaksi dengan orang lain.


Gunakan timer untuk menghitung waktu hukuman anak anda, yang biasanya satu minit pada tahun usia.
Sumber : KeepKidsHealthy setelah ditranslate dalam bahasa yg lebih mudah.

Huhu tetiba je keluar teori pasal Child's Behaviour.

Yup, kami memang apply teori TIME-OUT ni pada anak-anak kami. Itu pon setelah papa and mama punya amaran terus tak diendahkan. Si anak terus-menerus nak tantrum utk hal yang kecik. Gaduh rebut barang
~Pada mama papa kecik la kan, tp pada dorang besar~

Dah puas mama jadi Tarzan dgn jeritan melarang, papa pulak take over. Papa punya penangan senang je. Hihi dia bukan la pelempang anak-anak dia. Tapi dia akan angkat sesapa yg tantrum tak hingat dunia takmo berenti menangis tu dan letakkan si anak dalam bilik tengah dengan keadaan bergelap. 

There it goes. TIME-OUT punishment. 

Nak gaduh sangat, nak jerit sangat..haaaa pegi jerit sorang-sorang dalam bilik gelap tu. 

1 second, 2 second, 3 second, 4  second counting...8second! Papa bukak balik pintu. Amek si anak dan didukungnya kembali ke ruang tamu.

"Nak nangis lagi? Diam diam! Tutup mulut tu" 

Tersedu-sedu si anak.. "Mamaaaaa...mama....mama......." sambung sedu.

"Buat lagi perangai jerit-jerit, papa letak dalam bilik gelap tu..Tau"

"Mama...mama...mama"  

huhu tau pulak mintak tolong mama, tadi mama kata jangan gaduh, jangan nangis tapi nak jugak nangis kuat-kuat sampai 5 blok pon boleh dengar. Haaa tu dia, kena denda dah..

Ini lah dia alkesah si Muhammad Hadif Mifzal b Kamaruddin sekarang
Dah mula dah dia tunjuk belang.




Bagi aku, ini adalah perkara biasa yang setiap parents hadapi ~ TANTRUMS~
Ini adalah satu part of our child's development. And we have to face it positively.

Dulu dah penah berdepan dgn phase ini dengan Hannah. So pendekatan yang sama je kami gunakan. Alhamdulillah, sekarang Hannah tau apa hukuman kalau dia buat nakal dan tak dengar cakap mama. Insya allah slowly Hadif jugak akan faham kenapa dia dihukum :)

Baca lagi tentang TANTRUM
Baca lagi tentang TIME OUT

11 words from u:

amirah said...

yup..rasanya my son pun akan ada tantrum dasat..sebab skrg ni at 11 mnths dh mnnujukkn ciri2 tersebut..huhu..saya pun ada tgk cara ni dalam nanny 911..slh satu cara denda..just untk displin kan bukn mendera..huhu

eMMe said...

mE teringat mase me, n adik (angah) kecil2 ,kene kurung dlm bilik air, hahahhaa....

lydzar said...

@amirah yup, sebab ini kan of their development, takpa la..kita hadapi dengan tenang. bukan hadapi dengan deraan

Iela Fazielah said...

mmg cara ni paling bagus nak hukum si nakal itu... akak pun selalu buat gak

AzMask said...

pernah kurung Adam dalam bilik terang, kemudian dia demam teruk. Masa tu umurnya 2 tahun. Rasa menyesal pulak. Kemudian bila dia degil lagi, mamanya yang pergi mengurung diri dalam bilik. Adam insaf sekejap. Sekarang ni Adam dah hampir 4thn, kalau dia merajuk terus masuk bilik dan tutup pintu. Rasanya bebudak ni ikut peel mak bapak ler. Banyak peel buruk yang mak bapak kena buang.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

bagus ni..nnti if rafiq ngamok2 leh praktikkan..thanx for sharing :-)

lydzar said...

@eMMe buat nakal ape la tu kan :P

lydzar said...

@Iela Fazielah yep, berkesan. takyah kita bazir2 suara jerit dan marah, dan dorang pon tak rasa sakit kena lepuk :D

lydzar said...

@AzMask :) Hannah dulu lagi teruk kena denda..kesian jugak. tp tantrum ni, mmg biasa la dikalangan budak2.

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- same same..boleh aje pakai..

dbalkis said...

thanks for the sharing. rasa mcm nak try pulak kat my son.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®