Salam petang selasa..
Aku suka sebab runner from Histopoint dah pon datang kol 1.30pm tadi. Datang collect Spectra3 aku yg tenat dan hantar loan pump sebagai back up sementara.
Alhamdulillah, Allah masih permudahkan perjalanan penyusuan ku. Mula tadi wanita di Histopoint kata, runner dorang akan datang kol 5..but end up datang lebih awal. Dapatla aku meneruskan perjuangan aku. Best lah loan pump tu. Senyap giler mcm pam baru. Yer la, selalu kena servis agaknya.
Oh yer, tadi aku tak buat apa-apa bayaran lagi. Cuma runner tu bgtau charge dia datang amek-pulangkan Spectra3 aku tu, RM10 x 2.
Syukur alhamdulillah.
Sempena kehappy-an aku ni. aku tetiba je nk buat tutorial.
Saje nk share ilmu yg boleh kita manfaatkan bersama-sama dikalangan bloggers.
Korang pernah tengok ikon ni? Aku rasa mesti selalu kot. Kt surat(s) <--menunjukkan banyak yer~ online pon ada gak ikon ni.
Perasan tak, dia dah ada jugak kt entry-entry aku :) Baru letak tau...hehe
Tujuan utama dia supaya kita boleh share artikel or entry kita kt tempat-tempat lain seperti Facebook, Twitter, MySpace, StumbleUpon dan sebagainya lagi.
Kalau korang nk tau, dgn share entry kita kt Facebook or Twitter (wadah terfemes abad ini) akan memberikan efek positif kepada blog kita. Iaitu akan dapat menarik lebih ramai reader datang bertandang. Especially jika anda memang dah ada wide network of friends kt Facebook dan Twitter tu. Let say dah ada almost 500 orang kawan kt Facebook, mungkin 30 orang dari mereka akan tertarik utk klik pada entry yg anda post dan share kan tu..jadilah kan..
ok kita proceed dgn tutorial yer
1. Sila pergi ke website ini AddThis
2. Page diatas akan terpapar. Sila pilih service anda, samada wordpress, blogger etc.
3. Pilih juga jenis button kesukaan anda. Kena pilih daripada option yg ada sahaja ye.
4. Langkah seterusnya adalah optional jika anda mahukan analytic daripada website ini. Jika tidak hanya request for button sahaja. (Saya pilih button sahaja)
5. Klik pada 'Get Your Button'
Jom proceed, seterusnya adalah proses meletak coding ke dalam blog template anda.
Kita grab a.k.a copy paste code yg diberi dulu.
Utk blogspot begini caranya utk letakkan codes di blog yer :
Langkah 1 : Log in ke akaun blogspot anda. Pilih Layout > Edit HTML.
Langkah 2 : Tik pada Expand Widget Templates checkbox.
Langkah 3 :
Korang kena Ctr-F utk carik code ini : div class='post-footer'
Kemudian sila paste coding panjang tadi selepas coding pendek tu.
Langkah 4 :
Last sekali klik button SAVE. Korang boleh preview dulu kalau mahu. Tiada paksaan ok.
Wallah! Siap!
Senang kan? Senang kan? Lepas ni lepas tiap kali publish entry, boleh la klik butang Share ni dan share kan kt memana yg korang mahu.
Kompom tak lama lepas tu traffik ke blog anda akan ada UP gitu. Cuba lah yer