Tips Cantik | Petua dari Catriona Ross

2 minggu lepas aku tengok Nona TV3 tu. 

Macam biasala, dokumentari pasal wanita. Pasti la ada tips2 berguna utk wanita. Tp kalau tip cantik sekarang ni, lelaki pon boleh je nk gunapakai. Lelaki zaman skg ni pon dah advance dah. Kengkadang lagi teliti cara depa menjaga penampilan berbanding pompuan.

Yang menarik perhatian aku selain slot wedding mereka yg kaya raya, aku juga tertarik pada tip-tip cantik  yg ada dalam Nona tu. Mesti la kena jaga kan. Supaya cik Abg semakin sayang..hehe

So yg menarik perhatian aku pada 2 minggu lepas adalah petua dari Catriona Ross.
 [Pic credit to Google]

Petua kecantikan kulit muka. Tengok la kulit dia tu. Putih dan gebu kan. Bila dapat petua yg bebetul nampak berkesan macam ni la, kita teruja nk try kan.

Masker wajah : Isi tomato dan putih telur digaulkan dan ditepekkan di muka selama beberapa minit.
campur
 

 
Sempoi sangat cara dia kan.

Tapi kalau liat nak amalkan, sempoi mana pon petua tu, takkan dapat lihat la keberkesanan dia.

Fakta kebaikan tomato : 

Buah tomato mampu memberi kesan yang baik kepada kulit kerana ia sebenarnya adalah sumber vitamin A, vitamin C dan vitamin E (jika dimakan mentah).

Mempunyai keupayaan untuk merawat kerosakan kulit akibat ultra lembayung serta melambatkan kesan penuaan. 

Selain itu, ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Putih telur pulak utk melekatkan sari pati tomato tu ke muka ..kot! Hahahah! tak boleh blah betul. Aku google sane sini carik kebaikan putih telur, semua tak dapat bagi info yg tepat. So menurut firasat aku, dia adalah ejen utk melengkapkan tepekan tomato ke muka lah..Aci tak?

Ada jugak aku cuba masker ni. Best..Tegang je kulit. Tp nak kata berkesan tu, takjugak la. Sebab tak istiqamah. Buat bila terasa nk rajin sahaje. Nak tukar kulit jadi putih macam Catriona tu, jauhhh la sekali hihiih!

Pape pon, kalau hangpa rajin nak terai..dipersilakan ye.


14 words from u:

Anonymous said...

hmm..baguih gak tips ni...drpd tomato tu dok brkulat je....blh nt mcm ni...laju lah sket lain kali nk beli tomato

maslinamansor said...

nak pakai pun kdg2 malas.. tambah lagi nak buat masker sendiri... hehehe

Unknown said...

@mamasue tu la, daripada tak abes makan kan, tepek sket kt muka boleh jadi cantik.. :)

Unknown said...

@maslinamansor mmg pon mas, kena ada rajin tahap tinggi..sama je kita ni sebenarnya

Iela Fazielah said...

ya betul... sbenar nyer rajin ngan malas je... mcm ila.. xyah sibuk2 nak pakai tomato.. dah beli siap masker yg just tepek kat muka tu pun xbuat2.... apa kes.... sedar2 dah expired dah masker tu... huhuh

Jeng Ida said...

Tips bagus... pantas untuk dicoba.... salam kenal.... terus berkarya..

Unknown said...

@Iela Fazielah hahahaha..kena ada motivasi diri kot baru rajins. tak pon kena ada contest kulit licin hihihih

Unknown said...

@Jeng Ida coba jangan tak coba..terima kasih singgah disini

Zaidah said...

nak cubalah...hehehe

nuris said...

hehe..aku pon tgk si cat ni tepek muka die dgn masker ni kat nona aritu..hihihi..awat kau tak letak skali resepi air pegaga blend die tu..heheeheh...
tp aku mmg tak lalu nak try..walaupon simple..sbb aku geli nak tepek telur mentah kat muka..hahaha..tahapahapa aku ni kan..agaknye sbb tu kulit aku tak cam si catriona ross kot...

Unknown said...

@Zaidah boleh zaidah, try la :)

Unknown said...

@bubblymummy sejukkk je rasa bila tepek telur tu kt muka tau..aah ek, jus pegaga aku tertinggal. ok aku buat entry lain nnt

Sharinginfoz said...

ramai gak citer pasal tomato nampaknya memang bagus le

Mek Rose said...

sharing is caring..hehe

actually tomato tu mmg bagus. kulit terasa lembap je if makan mentah camtu. dulu ade la amalkan. skang dah tak sempat..*alasan, padahal malas!* wakkakaka

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®