"Anniversary Contest by MaslinaMansor"

Pepagi yg dah tak buta ni, aku nk buat entry khas utk contest ini 


Kalau kawan-kawan lain nk join, dipersilakan yer.. Hadiah dia best tau..Jeng jeng jeng!


2GB B Series MP3 WALKMAN

Ok jom start. Ada beberapa benda nak kena buat. Macam biasa la kan, nama pon contest, mesti kena buat samting dulu, Kalau yg tak kena buat pape tu, namanya Lucky Draw atau cabutan bertuah :)


Memula kena,
  • Copy image kat atas tue dan buat tajuk seperti diatas. 
Lepas tu kena, 
  • Uploadkan gambar korang dan pasangan. korang. Yang dah kahwin, gambar isteri/suami. Yang bercouple. Girlfriend/boyfriend. Yang takdak pasangan, guna gambar parents korang... (Kalau boleh tue, yang dah kahwin dan bercouple, jangan la pertaruhkan gambar parent yer... :)
Tapi aku tak pasti la gambar time bila atau dalam acara apa. Sebab dia tak bgtau, so aku tepek jer la yg aku rasa gambar paling gojes aku penah ada dgn Abg hehehe! 
Ni gambar terbaru feveret aku..I love this picture. And I LOVE him MUCH MORE!


Lepas tu kena,
  • Ceritakan pasal pasangan korang/ parent.
Hubby aku ni, aku kenal masa part 5 kt FTMSK UiTM pada tahun 2003. Dah nak abes belajar baru kenal. Dia yg ngorat aku dulu tau haha! Hari-hari ada posmen tolong sampaikan salam. Kenal pelan-pelan dan bercinta pelan-pelan. Abes belajar jadi semakin rapat. 2004 baru declare pakwe-makwe..So aku tak kira gatai time belajar la kan :P

Memula yang aku paling suka pada dia adalah sifat humor nya. Aku suka jugak pada kezutan tak tersangka yg dia tetiba buat. Dia memang suka buat. Then dia sanggup buat macam-macam demi isterinya ni since dari mula kenal lagi. Kalau nk list, panjang sangat. 

Dan yg paling utama tp aku letak last (padahal rasa mcm nk letak 1000 senarai hehe!) sebab dia HEMSEM sangat pada pandangan aku hihih! ~sape lagi nk puji suami sendiri kan :P 
Tengok gambar dia dari dulu sampai laa ni masih buat hati aku cair :: Buweeekkk!! ::
(Mas and hubby plis jgn muntah byk sangat eh )

Then kena bagitau Mas and hubby,
  • Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan. Manakala parent- tanyalah mak abah korang hadiah apa yang pernah diberi kepada pasangannya.
Since 2006 - 2009, aku tak berpeluang bagi dia hadiah birthday. Dia yang tak mau. Dia suruh guna duit utk kepentingan lain yg lebih perlu. ~isk isk baik laki aku nih, padahal time bday aku ja, aku mula plan nk mintak hadiah~

Anniversary memang kami takdak acara tukar-tukar hadiah ni. 

Tp seingat aku, aku penah bagi seluar kerja brand Padini yg dia dok ushar dan pegang-pegang tiap kali pegi kt Jusco. Kira seluar idaman masa tu. Aku bagi sempena 1st 'Couple-versary' kami pada tahun 2005.

Part kena pikir 197kali nih..ayat-ayat cinta pada suami ku. Aku dah la jarang giler bagi ayat beromantik dgn dia beromen tu selalu la hahah!
  • Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan. Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya. (Ayat  "I LOVE YOU " tak dikira, dah biasa sangat)
Aku tengok cerita Benci Bilang Cinta sabtu lepas. Ada ayat best Winda cakap kt Dimas sempena birthday dia. Ingat nk copy paste ja, tp TAK INGAT la pulak! Ayat-ayat Winda buat aku menitiskan air mata terharu tau.. 

"Abg, terima kasih atas segala kasih sayang abg selama kita bersama. Terima kasih terima syg seadanya" 

Mas and hubby jgn disqualify saya sebab ayat tak jiwang karat ini yer.

Dan akhir sekali,
  • Aku nak bagi hadiah kat hubby, cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai...( Jangan murah mahal sangat )
Cadangan hadiah utk hubby Mas ialah;
1. Kasut idaman hubby Mas (kena tanya dia kasut apa dia suka)
 
2. Electric shaver set


3. Handphone (nk beli pair pon bagus gak)



cadangan tambahan.

Bagi anak lagi 6 kt dia hehehe!
    OK SIAP!!

    Utk Mas dan Hubby, I wish you both 'HAPPY ANNIVERSARY"

    Layarilah hidup berumahtangga dengan penuh tanggungjawab dan persefahaman. Semoga rumahtangga kalian terus diberkati Allah, dilimpahi bahagia,dikurniakan rezeki berganda dan dikurniakan anak-anak ug soleh dan solehah. 

    Amin.

    4 words from u:

    maslinamansor said...

    terima kasih sebab join contest...
    amboi... lagi 6....!!!!

    Iela Fazielah said...

    gud luck lydzar.. mcm best.. kalau rajin mlm kang nak join gak la... tgh dok recall balik ape adiah bg kat hubby dulu

    Unknown said...

    @maslinamansor atas persetujuan berdua la boleh dpt lagi 6 tu. kalau salah sorang tak setuju..tak leh laa hehe

    Unknown said...

    @Iela Fazielah tq kak ila..jom cuba ramai2

     

    MommaLydzar Logo

    MommaLydzar Logo

    Nuffnang Logo

    Nuffnang Logo

    Alkesah Kehidupanku ®