Entry Menunjuk-nunjuk

Setelah beberapa lama mengidam, teringin, tertahan-tahan..at last dapat jugak aku beli benda alah nan satu ni.

Tengok harga kt Cold Storage, Ikano RM4.90..hmm aku tak penah tau lagi harga dia berapa sebelum tu. Dah pegang-pegang..peluk-peluk dia dah. Tapi lastly letak balik. Tak jadi beli.

Tengok lagi harga kt kedai runcit kt apartment aku tu, RM4.50..hmm mahal rupanya kt Cold Storage tu yer. Nasib baik tak beli. Kalau tak mesti rasa tensen je walaupon beza cuma RM0.40.

Semalam tengah carik-carik jajan dan roti utk anak-anak kt 99Speedmart dekat Subang Galaksi tu, ternampak lagi dia kt atas rak. RM3.65..amboih..sangat jauh murahnya berbanding dua tempat aku tengok sebelum ni. Aku rasa takdek tempat lain yg jual lebih murah dah dari 99Speedmart ni.

Apa lagi terus la sambar satu. Kalau tak, aku rasa aku kempunan kot. Setelah hunting for several times kan. Ni dah tahap WAJIB beli ni.

Nak tau apa dia? Hehe ni lah dia benda alahnya..

[Pic credit to : http://xes.cx]

Giler lambat aku ni kan. Orang lain dh lama dah dok kunyah rice crisp ni. Since dia glemer time Nuffnang dok buat contest aritu lagi. Aku tak masuk pon contest tu, sebab tengah dok banding harga dari kedai ke kedai lagi..Apedaaa..benda simple pon nk banding2 kan :P

Aku memang kedekut sket kalau beli jajan lebih dari harga RM2. Sejak dulu lagi. Tak berubah sampai la ni. Takpa lah, sbb jajan kan bukan makanan kesihatan, So boleh tutup mata je. Aku simpulkan jajan yg ni memang sedap. Terasa kenasikannya :) Baca sane sini dalam entry contest Nuffnang haritu, jajan yg ni kira healthy jugak la compare yang lain-lain.

Aku pujuk Hannah balik pon pakai Rice Crisp ni la semalam. Kalau tak, dia dok nangis nak main kt taman lagi, padahal azan magrib dah berkumandangan dah. 

Tu dia tayangan perdana yg pertama. 

Tayangan perdana yg kedua adalah :

 [pic credit to : Kak Ayu]

Dapat barang free..Bila free, harganya adalah RM0..
Best! Libresse sample dah sampai. Cepat jugak la sebab aku rasa aku request dalam 2minggu lepas kot.
Dan tayangan yg terakhir,

Soy milk ni aku beli laaaaama dah. Beli kt Carrefour Penang dan berharga RM36++. Bayangkan betapa jauh dia dh travel. 

Dulu yoyo-oh je nk minum soya ni as supplement. Aku cuma minum dalam 3 kali je kot. Sbb aku tak berapa masuk ngn bau soya tepung ni. Kalau soya pasar ramadhan or pasar malam or soya dalam kotak tu ok jer..tp semua tu tak boleh kira as organic la kan.

Tp memandangkan kemeruduman hasil pumping yg jelas sejak dari hari Isnin ditambah lagi dengan insiden semalam, aku rasa aku WAJIB minum juga soya yg ni. 

So lepas solat magrib semalam, aku pon bukak la semula tin soy milk ni. Nak tgk, elok lagi ke tak. Bila tengok dia tak keras dan berketul mcm milo yg disimpan lama tu, aku pon amek la 3 tablespoon. Masukkan dalam shaker, masukkan air suam dan shake mereka berdua.

Try la minum. Walaupon tak tahan baunya, aku telankan jua. Lepas tu timbul pulak mentol idea. TING!! Aku bukak fridge, amek eskrem dan letakkan 2 sudu dalam bancuhan tadi. Shake lagi sekali. Lepas tu dapatla aku telan sampai habis satu bancuhan soymilk tu..Huhu..ku telankan jua demi anak. 

Pagi tadi, lepas subuh sepi'ei aku bancuh lagi. Tak lupa eskrem vanilla 2 sudu..Shake then telan..Nantikan keberkesanannya..seperti biasa aku akan cerita kesan dan akibatnya ok! 

Harap-harap memberikan effect yg positive mcm orang lain minum soy milk branded yg lain huhuhu..

Sekian entry menunjuk-nunjuk barang aku petang Rabu yg bahagia ini..


8 words from u:

JijahJambu@Jj said...

campur la ngan perasa lain .. milo ke .. coklat ke .. mesti best jugak tu ...

hhehe jijah memang tak suka susu tepung .. tapi kalo susu kotak ... takde hal nyee ...

best nye libresse tuu ...

azya said...

finally~!! smpt juga bloghopping hari ni..dan smpt jugak aku update blog hr ni..lama tak bukak ur blog liza.. hehe.
adei, ko membuatkan aku teringin nak mkn mr potato tu la plakkk...isk isk

Unknown said...

@Jijahh @ f.k will do will do.. :)

Unknown said...

@azya ani, ko ada kt mesia lagi kan. ape lagi, p la beli rice crisp nih..sedap!

maslinamansor said...

baru try pakai libresse... memang best... :)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

finally cuba gaks libresse tue .. mmg bestttt ... rice crisp tak berkesempatan mkn lagie ;-)

Unknown said...

@Nurul Diana@Mama Adam Aidil hehe taklama lg nk bendera merah jugak ni..boleh try la libresse free ni nnt

Iela Fazielah said...

kelakar la lydzar ni.. tp sama la.. akak pun kalau nak bl jajan smapai 4hinggit mmg terasa mahal.. baik beli mjlah wanita ke... hehehe..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®