Sabtu ku tanpa Hannah Marissa dirumah

Seperti yg dirancang, pagi tadi Abg hantar Hannah ke rumah nenek dia di Kajang. Tujuan, supaya aku dapat membuat sesi pumping dan re-stock EBM Hadif.

Kesian juga bila difikirkan. Dahla weekend je masa utk spend masa 24jam dgn anak, sekali dia terpaksa berpisah pulak dgn mama dia. Jasamu akan mama kenang syg..Sehari ni jer papa hantar pi Kajang. Esok takyah pegi ok..

Kena berpujuk jugak pagi tadi. Aku tak cakap pon yg papa nk hantar dia pegi rumah nenek. Tp cakap papa nk bawak dia pegi kedai. Konon-konon suruh belikan mama aiskrim. Mula-mula dia taknak ikut, sebab dia tgk aku dan Hadif tak bersiap-siap pon. Tp at last, dia mintak duit sebab nk belikan mama aiskrim dan turun ikut papa ke kereta.

Setakat jam 3.30pm ni, dapatla aku ikut pumping schedule mcm pumping kt opis. Bezanya, sebelah adalah mulut Hadif, dan sebelah lagi adalah flanges Spectra3. Dapat la 4oz utk disimpan sehingga jam ini. Jadi lah, daripada takdek langsung kan.

Next sesi kol 4.30pm nnt. Malam nnt pon kena buat lagi.

Hadif nmpk boring je bila kakak dia takde. Pagi tadi asek melepek je kt lantai. Bosan kot. Disuruh main toys, dia main kejap je. Pastu melepet lagi..

Alih-alih dia mintak nenen dan tidur.

Lepas Abg hantar Hannah ke rumah mak dia, dia akan pergi Ampang. Ada aktiviti ATV ride kt Kg Kemensah. Bestnya. Aku yg beria dok cerita kat dia pasal ATV ride ni suatu masa dulu. Bajet nk pi ajak dia la. Tp dia buat dek je. Sekali tup tup, dia pegi dulu..Cis tak aci!



0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®