My Breastfeeding Experience

Bz aku dgn karangan berjela-jela dipagi hari Jumaat nih..:)

Actually hari tu, dah lama dah, MommyLyna ada mintak aku ceritakan pengalaman menyusukan anak utk dikongsi bersama. Dia tengah compile pemgalaman kawan-kawan pasal berastfeeding.. nk letak kt blog Sususihat katanya.

Aku mencarik masa yg sesuai je nk buat karangan berjela-jela tu. So dah siap dah pon..meh tepekkan kt sini sekali utk perkongsian dgn teman-teman yg lain.

Sila lah baca kalau sudi :)


Salam lyna,

Memandangkan dh free dari kerja kt opis ni, adalah masa nk mengarang karangan ntahberapamuka surat nih :)

Kalau cerita pasal breastfeeding, memang la sangat banyak benda nk diceritakan. Lagi-lagi bila anak dh lebih seorang. So pengalaman tu mmg byk sikit lah.

Saya mula aware pasal breastfeeding since pregnantkan hannah lagi. Pregnant 5bulan. Masa tu kerja kt opis pon dh tak berapa bz, so byk la masa nk surfing. Actually carik topik2 berkaitan preparation menyambut baby. Klik sane klik sini, terjumpa lah laman web
susuibu.com. So dari situ lah saya mula membaca perkara-perkara berkaitan breastfeeding.

Lepas tu pulak terjumpa pulak dgn website-website yg jual breastpump. Kan main byk lagi website jual breastpump online kan?


Lepas tu, Ecar ~ Ibu Eiymann ada YM dgn saya tanya pasal preparation utk breastfeeding. Dia memang bagi galakan. Saya mengadu pasal breastpump yg harganya mcm agak mahal. Masa tu bagi saya Spectra3 tu mmg mahal huhu.. Tp ecar kata, walaupon ia mahal, ia adalah berbaloi. So dari sehari ke sehari saya dok pikir nk beli pam ni. Saya silap juga dulu, saya tak bersembang pon dengan suami saya pasal hal-hal breastfeeding. Jadi anganan saya, adalah anganan sorang-sorang.

Dan akhirnya anganan jadi kenyataan, bila saya pejam mata je transfer duit ke akaun
littlewhiz.com. Beberapa hari lepas tu. dapatla pam Spectra3 ke tangan saya. Masa tu cuma beli set pump saja. Beg dan aksesori segala tak beli.

Beberapa ketika lepas tu, tetiba je website
susuibu.com saya terblock. start dari situ la saya kurang buat study dan surf pasal breastfeeding. Saya ingat setakat ada pam je dah cukup. Rupanya macam-macam lagi yg saya tak tau.

Sampai lah ke saat saya melahirkan Hannah di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah dapat menyusukan Hannah dari dalam labor room lagi. Nurse pon ada ajarkan macam mana nk susukan dia. Masa rooming in dgn hannah kt ward, dia tak banyak menyusu, sebab asek tidur je. Saya kejutkan juga tp dia menyusu sekejap sangat.


Kami dibenarkan pulang petang itu jugak sebab tiada apa-apa masalah kesihatan pada kami berdua.


Petang, sampai kt rumah saya dapat menyusukan dia dgn baik. Tp bila malam menjelma, hannah mula menangis sekuat-kuat hatinya. huhu. Saya pulak baru mula merasa penat sebab sepanjang siang bukan dapat tidur pon, Excited dapat anak lah katakan :) Apa yg saya buat cuma sumbatkan mulut dia ngn nenen. Diamla dia. Tp setiap kali saya nk letakkan dia, dia nangis lagi. Sampai ke tahap saya letakkan dia diatas dada saya utk breastfeed. Tp husband tak bagi, dia takut dengan posisi mcm tu boleh sebabkan hannah tersepit etc.

Hari hari lepas tu berjalan dgn baik. 10 hari saya berpantang dengan mak mertua di Kajang.

Ada juga mak mertua merisik, 'ko taknak bagi anak ko susu tin ke liza?' Saya geleng-geleng saja.

Tp husband memang ada jugak belikan satu tin susu formula. Sebagai back up katanya. Juga sebagai menutup mulut emaknya huhuh! Alhamdulillah sepanjang 10 hari di Kajang, Hannah belum merasa susu formula.

Lepas tu husband hantar saya balik kampung. Sempat dia berpesan, nnt Hannah dh sebulan, boleh la ajar dia minum dalam botol. Sambil dia hulur susu tin yg masih belum dibuka tu.


Masa dekat kampung pulak, Hannah memang asek meragam je. Tak mau balik kampung ke ntah kenapa. Jadi saya yg berpantang tanpa suami disisi rasa amatlah penat. Sampai nenek dgn embah hannah temankan kami tidur sekali. Time-time hannah meragam, terpaksa la kami bergilir-gilir berjaga.

Umur Hannah sebulan, dia masih lagi meragam dan menangis malam, jadi time saya tidur, mak saya akan bancuhkan susu formula sikit utk tidurkan hannah semula. Sedih. Saya yg tak cukup ilmu, tak cukup tabah, tak cukup sabar pon redhakan saje pemberian itu..So dia boleh dikira exclusive hanya sebulan saja.


Macam yg saya bgtau tadi, saya tak cukup ilmu, Jadi jadual mengepam ketika dalam pantang, macam mana nk simpan susu, macam mana nk panaskan susu, macam mana nk bagi anak minum, semua saya TAK TAHU..sedihkan..menyesal sungguh rasanya.


Jadi ia berterusan sehinggalah saya habis pantang. Ada juga saya cube mengepam. Sekali pam cuma dapat 2oz, masa tu pakai single pumping mode. Saya wonder, cukup ke nih? Sebab itu saya meneruskan pemberian susu formula itu sehingga la saya mula berkerja semula.


Hannah, saya hantar di taska di opis saya bekerja. Saya kan tumpang opis government masa tu. Jadi boleh la tumpangkan secara berbayar anak kt situ. Kononnya anak dekat, boleh la saya turun bebila masa saya free utk susukan dia. Iye, memang itu yg saya buat. Saya tak bekalkan dia dgn EBM pon. Bekalkan susu formula. Isk Isk..! Masa ni jugak la dia mula kenal pacifier. Yang akhirnya membuat hati saya lebih sengsara.


Umur Hannah 3bulan, dia warded sebab broncholitis.


Lepas keluar dari ward, dia mula merejek direct breastfeeding. Juga merejek susu botol jika tidak terlalu lapar. Yang dia nk cuma pacifier je. Addcited to pacifier. Hati mama dia ni memang sedih sangat. Puas jugak la suakan breast, tp dia tolak. Nangis nangis..

Saya tak puas hati. Dengan dorongan seorang kawan yg ketika itu sedang pregnant, saya ajak dia temankan saya pergi Momslittleones sebab husband saya kerja masa tu. Kononnya nk carik ubat atau apa-apa yg boleh menambah susu. Ntah-ntah hannah taknak breast sebab takdek susu kot..kan? Kt situ bermula la sesi kaunseling saya dgn kak rita. Keesokan harinya saya datang lagi dgn husband saya. Kami kaji punca masalah etc
..

Puncanya, 1st hannah addicted to pacifier. 2nd flow susu saya slow sebab kekurangan stimulation. Saya tak mengepam di opis. Cuma mengharapkan hannah direct feeding time lunch hour dan malam hari je.


Kak rita cadangkan saya buat relactation.
Caranya, saya kena mengepam secara berjadual. Jadi saya mula mengepam 3kali diopis, dan 2kali waktu dirumah. Saya kena buat power pumping on weekend..Letihnya bukan main bila terpaksa bangun jam 2 dan 5 pagi utk mengepam.

Utk mengembalikan hannah kepada breast, saya kena umpan dua dulu dgn pacifier. Bila terasa mcm dia baru mula nk syok, saya kena tarik pacifier dan sumbatkan breast atau susu botol kedalam mulut dia memandangkan supply susu saya masih kurang.


Saya juga beli set bag/cooler bag/ice pack dari MLO. Utk memudahkan saya mengangkut beg pam ni.


Alhamdulillah berkat kesabaran, tak sampai 2 minggu dia dh boleh direct feed semula. Seronok nya Ya Allah..
Saya masih terus mengepam utk membuat stok pula. Tp malang, lebih 3 bulan saya mengepam secara disiplin, ditambah dengan beberapa makanan tambahan penggalak susu saya tak dapat membuat stok langsung. Hasil yg saya dapat cumalah 1oz sehari. Sangat sedih kan.

Dan akhirnya saya surrender mengepam. Saya pasrah dengan keadaan. Hannah cuma breastfeed malam dengan apa yg ada jer. Dan masa ni jugak saya dapat tahu saya pregnant lagi. Pasrah yg happy kan :)


Masa saya pregnant kedua, nipple mula terasa sensitif. Hannah masih breastfeed ketika ni. Tadek niat langsung nk suruh dia wean off. Tapi ragu dan dilema juga boleh breastfeed or tak masa tgh pregnant. Mula la surfing lagi, tanya ngn doktor, tanya ngn parents. Positive feedback cuma dari artikel-artikel dalam internet. Doktor dan parents tidak menggalakkan, Dorang suruh stopkan saja. Dan akhirnya saya keraskan hati, tak wean off kan dia. Rasa bersalah pon yer, sebab dia kecik lagi, mama ngn papa dh nak bagi dia adik. So dgn cara breastfeed je saya rasa saya dapat pujuk hati saya dan dapat keep the bonding remains.

Tapi sakitnya terasa bila dia tengah breastfeed, Allah saja yang tau. pernah juga sampai berdarah. Keadaan sore nipple tu tak lama, alhamdulillah belum abes trimester pertama, dia dah ok. alhamdulillah juga saya tiada masalah morning sickness utk kedua-dua pregnancies.


Masa mula pregnant kan hadif, saya masih di kajang, manakala husband dh mula kerja di penang. Saya juga dah tender resignation utk berpindah sama ke penang. Dan selepas berpindah ke penang, saya adalah FTHW. Alangkah bahagia, sedang pregnant dan duduk dirumah sahaja. Usaha utk mendapatkan kerja tetap berjalan, cuma tak de rezeki. Mungkin rezeki utk jaga suami, hannah dan kandungan sepenuh masa. Jadi pregnancy kedua amatla membahagiakan hati saya.

Dengan kemudahan internet, hampir seluruh masa free saya, saya luangkan utk tambah ilmu pasal breastfeeding. Sesungguhnya saya perlu tebus kesilapan saya masa Hannah dulu.


Hannah masih breastfeed sehinggalah ke hari adiknya dilahirkan. Ketika kandungan berusia 7bulan, saya dh perasan adanya cairan kuning pekat keluar dari breast saya. Dan sejak itu juga, Hannah kelihatan kenyang tiap kali lepas breastfeed. Mungkin itu adalah kolostrum. Dia mula menolak susu formula. Saya nk cerita pasal hormon segala, tak reti lah pulak huhu!

Sampai la kelahiran Hadif, Hannah masih breastfeed.


Cerita Hadif pulak. Hadif dilahirkan di hospital bukan rakan bayi. Jadi seawal saya membayar deposit, nurse kt situ dah tanya, nnt nak bagi anak susu apa. saya maklumkan kt nurse tu yang saya nk exclusive breastfeed baby saya. Noted by the nurse, dia pon remark dekat file Hadif " COMPLETE BREASTFEED"

Lepas selesai kelahiran, saya terus bgtau Doc Tan yg saya nakkan anak saya supaya saya boleh breastfeed. Doc Tan suruh nurse tolak saya ke ward dulu then breastfeed dekat ward je. Tunggu punya tunggu punya tunggu..panggil punya panggil, akhirnya lepas 2jam lebih baru la saya dpt jumpa Hadif dan breastfeed dia. Ape lah hospital nih..lambat betul nk bagi. Nurse siap questions saya, 'u ada ke susu?' sambil picit my nipple. Alhamdulilah memang ada.


Dan selepas itu, setiap 2jam 1/2 nurse datang bawakan hadif utk disusukan. Saya dh pesan dengan nurse, supaya bawak ikut jadual yg saya bagi walaupon anak saya nangis atau tak mintak susu. Alhamdulillah..


Balik dari hospital, Hannah dah tunggu. Biasala peel budak baru dapat adik. Adalah adegan merengek2, marah2 baby. Tp dapat dipujuk bila dapat nenen sorang sebelah :) Abah saya tak setuju saya buat macam tu. Kalau boleh dia suruh stopkan hannah. Tak elok katanya. Itu lah inilah dan segala jenis mitos..Huhu anak dia ni degil. Lagipon mak abah balik kampung semula masa Hadif berumur 4 hari. Jadi segala susah payah saya dan suami tanggung sendiri. Saya tak sanggup dengar hannah merengek2 nk breastfeed tapi terhalang. Bila baca kt byk forum yg tandem nursing adalah BOLEH, jadi saya teruskan jer tandem nursing itu.

Hadif is a very goodboy. Sangat senang menjaga dia waktu berpantang. Merengek sikit2 mintak susu, lepas tu tidur. Waktu malam, kadang-kadang saya yg kena kejutkan dia utk menyusu. Dia tidur nyenyak. Tak macam kakak dia dulu. Saya cukup berhati-hati supaya dia tak terlalu nyenyak. orang kata waktu malamlah susu terhasil dengan jayanya, Jadi saya tak mau Hadif terlalu lena dan tak mau badan saya tidak mendapat signal utk menghasilkan susu. Saya kena lah kejutkan dia.


Tiada masalah penyusuan Hadif. Sesekali saya pump utk buat stok. Selalu nya jam 7 pagi, ketika Hannah dan Hadif belum bangun, dan juga jam 10 or 11 malam, Ketika mereka berdua dah tidur. Kalau nk harapkan masa lain, memang tak dapat nk kumpul stok. Dorang ni asek2 nak nenen jer..Nasib baik la mama korang ni tak keje, Memang jadi kilang susu jer la kt rumah tu :) Kilang pon kilang la, tapi mama bahagia dapat bagi yg terbaik tuk anak-anak..


Sekali sekala juga saya ajarkan dia minum dalam botol. Tapi dia tak suka.


Saya mula kembali bekerja sewaktu umur Hadif 7bulan. Setelah hampir putus asa mencarik kerja di Penang, dapat pula rezeki offer di Kota Damansara. Kata sepakat dicapai antara kami suami isteri, dan selepas itu kami PJJ. Saya dan anak-anak menumpang di rumah mertua di Kajang.

Saya mula membuat stok seawal sebulan sebelum masuk kerja. Alhamdulillah, usia hadif 7 bulan, saya dapat collect 5-6oz sekali pam. Tapi travelling from kajang-kota damansara-kajang setiap hari membuat saya rasa letih yg amat. Keluar ke tempat kerja jam 6.30am, sampai rumah paling awal 7.30pm. Memang amat letih. Dan saya ambil keputusan utk mencuba set trial pack breastfeeding daripada Lyna.


Alhamdulillah, set tu berkesan utk saya. Rasa letih-letih hampir tiada. Saya rasa cergas walaupon kadangkala sampai rumah jam 8malam. Susu saya berubah menjadi lebih pekat. Dan amaun sekali pump pulak mencecah 8-9oz per pumping. Wah sgt gembira!

Hannah dan hadif pula menyusu dalam jangkawaktu yg lebih singkat. Jadi lepas dapat manja-manja nenen ngn mama sekejap. mama boleh la pi mandi dan solat dgn aman.

Tapi itu dulu, semakin meningkat usia hadif, sekarang 13bulan, production susu saya pula tak ikut meningkat. Menurun adalah! Sekarang ni sekali pam cuma dpt 4oz maximum..dan biasanya dapat 3oz je. Adakah kerana saya tak continue makan full set of the vitamins in the trial pack? sebab skg ni saya cuma continue afalfa+ostematrix je..atau memang kalau anak semakin besar, susu semakin kurang eh?

Walaupon begitu, saya masih gigih mengepam 4kali sehari utk mencukupkan bekalan hadif di taska. Hannah pulak, siang dia minum susu formula..tak termampu nk supply utk kedua-duanya.


Ketika kami baru berpindah ke rumah sewa di Subang. Ada kejadian menyayat hati dimana saya terlupa utk menutup rapat-rapat pintu peti ais. Habis beberapa botol stok susu saya mencair. Arghhh tertekan betul. Nasib baik lah masih ada beberapa botol stok susu di Kajang.

Dan ketika umur Hadif 9bulan, saya mendapat semula 'bendera merah' saya. Ini juga adalah salah satu faktor kemerosotan hasil susu saya. Sebab itu lah saya terpaksa up kan sesi pumping dari 3 sesi kepada 4 sesi.

Selain vitamins from Shaklee, saya memang ada cuba petua petua mak nenek yg orang cadangkan. Pil motilium pon saya cuba utk up kan production susu. Huhu!


Setakat ni, itu jer lah cerita penyusuan saya. Doakan saya berjaya dalam perjalanan penyusuan yg masih panjang ni.
*LOVE U LOVE U LOVE U*

pssttt : sorry laa, aku asek tepek gambar dari album photoshoot jer, sebab kamera Abg bawak, so tak dapat la nk snap gambar terbaru ini budak2..layanss ajer la ye



6 words from u:

Iela Fazielah said...

WAH.. KARANGAN YG SUNGGUH PANJNAG... salute sbb lydzar dpt bf hannah w/pun byk rintangan pada awal2nyer...

and now u do a tendem nursing... salute again 2 u....!!! moga usaha kita utk mengekalkan penyusuan exclusive berjaya... tp akak this months dah stat nak campur FM pd irfan... terpaksa...huhu

Unknown said...

@Iela Fazielah tulah, panjang giler kan! nnt kalau ada anak 3..laagi panjang kot hahahha..

owh eh, dh campur. hmm takper la. drpd irfan lapar, baik bg je kan. lgpon dh dpt 1 tahun plus fully breasfeed, alhamdulillah

MyKhalish Journey said...

congrats liza. semua dugaan ditempuhi dgn tabah. wpun byk dugaan kita as bf mom tp rs sgt berbaloi2 kan bila dpt hold anak dlm pelukan kita & main2 mata dgn dia ms tgh bf. semoga liza berjy bf hadif till 2years. gambate neh..

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

liza..lin suka baca cite2 liza pasal bf nie..lin pun lbh krg liza..masa didi, n masa tu keje, tak pandai..x reti..malu nak pam kat ofis..mcm2 la...akhir nya, bf dia about 4 months je..kesian didi and menyesal sgt!..tp, masa adini lin dah byk baca, n kwn2 pun dah ramai yg ada anak...dpt lah lin ebm adini sampai sethn 4 bln..frust jugak sbb x sampai 2 tahun..tp susu dah ckit2 je..and lin x pnah la amik supplement yg liza mkn tu..lin ikut petua org2 tua tu jee..and minum susu..knape la lin tak tahu ada suplement..hhmmm..may be baby lps nie pulak la...hehehe

Unknown said...

@Mykhalish tq ila..yer pengorbanan yg berbaloi-baloi..dengan harapan anak-anak takkan lupa perit jerih kita menyusukan mereka :)

ZR said...

musim agaknya...kat umah nie pun baru aje baik demam...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®