myMetro | Detik cemas dua beradik

SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
 

myMetro | Detik cemas dua beradik


KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.

SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini.

Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.


Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.


Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar.


Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi. 


Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam.

Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.  



“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

“Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam.


Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut.


Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar.


“Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.


“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.


Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis.


“Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Pagi tadi Hot Chat kt Hot.fm pon topik pasal kes larikan kereta yg ni. 

Syukur alhamdulillah, anak-anak yg diculik tu tak ape-ape. Baik juga la si penjenayah sebab bagi torchlite dan RM10. Dan paling baik sebab si kakak yg anak dara sunti tu tak diapa-apakan. Memang risau kalau kena rogol. Nauzubillah..

Parents dia tu mesti la anggap biasa je dan tak ada pape akan berlaku sebab anak yg lagi sorang dh 17tahun. Boleh tengokkan adik yg lagi sorang. Bukannya dedua kecik lagi. Cuma yg silap. dia tak lock kereta tu. Memang senang sesapa nk terjah masuk dan larikan kereta.

Aku teringat satu masa dulu, masa Abg pegi Vegas. Aku penah buat kerja gila tinggalkan dua beradik ni dalam kereta kt parking apartment. Dengan tingkap yg dibuka sedikit dan pintu yg dikunci.

Aku terpaksa. Abg tak ada masa tu utk membantu aku angkut anak-anak dengan beg yg banyak tu. Beg Spectra3, beg susu Hadif, beg baju dan handbag aku. Masa tu Hannah pulak buat hal takmo berjalan kaki turun. Terpaksa la aku dukung dedua sekali. letak kt kereta dulu. Then kunci kereta sambil berkejar naik atas semula utk amek segala beg itu. Nasib baik, pergerakan tak sampai 5 minit.

Ok la sebab takdek pape berlaku. 

Tp bila baca artikel kt Metro ni, sumpah aku takkan buat lagi. Walaupon cuma di kawasan rumah saja. Takutnya kalau ada sesuatu yg buruk berlaku kt anak-anak. Menangis darah pon tak guna lagi.

Sekarang aku dh malas nk bawak handbag, sebab aku rasa handbag tu adalah salah satu beban je. So aku selitkan je purse aku dalam beg Spectra3. Takper la tak bergaya ke opis pon, asalkan semua dalam keadaan selamat. Dapat minima kan barang-barang angkutan ke taska dan opis.



8 words from u:

kemma said...

berair mata baca berita ni...pas ni xmo dah tinggal ank2 lam kete even lock..klo nak jadi..apapon bleh jadi..huhu

Iela Fazielah said...

lydzar, tu pasal kak ila pakai sling bag kemana2 akak pergi supaya dpt minimakan brg yg nak bw, pastu beg pump akak pakai beg sandang modernmum tu.. so, yg kat tgn akak cuma beg irfan je n beg ais letak susu. jadi ms turun tangga boleh la dukung irfan dgn aman...

pastu bab tinggalkan anak dlm kete, akak mmg takut sgt.. mmg bahaya skrg ni... kita kena amik teladan dr kisah ni...mintak dijauhkan bahaya & malapetaka.. nauzubillahimunzalik

Unknown said...

betul betul..tak kira lah anak dh besar mana, kena pastikan kita sentiasa ada dgn mereka

maslinamansor said...

jangan tinggal sebarangan. Perompak nie tak tengok sapa yang ada dalam kereta tue dah...

nasib baik jumpa perompak yang separuh baik hati... kalau tak...

ZR said...

skrg nie semua benda kena alert...tak boleh lepa brg seminit...

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

Lin pun denga hotfm masa nak hanta didi gi kinder, then terus carik paper..hubby lin ckp, nasib baik ayah dia x panik..aiyoooo, kalau lin sure panik gila..konfem menangis meraung bagai!..

mmg pengajaran la kat lin..mmg slalu je parking dpn2 kedai, then turun and suruh didi lock the door..tp tak nak buat dah!takut!!!!!

akuzle ayu said...

biasernyer biler kita lalai memcm bole jadik.... nsb baik ader juger perompak berhati mulia.... mana yg lebey baik, perompak itu or bapa yg rogol anak? hmmm...sory, kona2 sikets....ehehehhhe

hah said...

member hubby penah alami situasi camni...tp tu lg teruk coz anak2 dia masih kecil. Sib baik ok...lupa camne citer diorg. So lepas ni sama2lah jadikan ia teladan. Org jahat ni ada di mana2. huhu terbayang kalo terjadi kat diri sendiri...

Teringat gak kat syahmi yang naik lift hotel >15 tingkat sorg diri... gelabah kami dengar syahmi duk meraung2...abah dia naik tangga satu2 utk cari anak dia. Masa tu dah fikir mcm2. Hah x cerita pun kat org pasal ni sbb xnak ingat.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®